Bab 35 - dewan.

25 4 0
                                    

Keesokan harinya, Mereka semua berehat memandangkan ianya cuti mingguan.

Setelah dua hari mereka bercuti,mereka kembali ke kelas. Walaupun guru mereka tiada,mereka tetap perlu menghadiri perhimpunan mingguan.

"Emy,cepatlah. Nanti lambat." Izati memanggil.

"Awak semua pergilah dulu. Nanti saya ikut." Emy berkata dalam bahasa isyarat.

"Ok. Kalau macam tu," Izati menyentuh pergelangan Emy.

"Emy sentuh lengan Emy lepas dah siap. Dengan ini,Emy boleh terus ke dewan."

Emy berterima kasih dalam bahasa isyarat.

"Baiklah. Ivy,jom pergi." Dengan itu,mereka meninggalkan Emy yang terlewat dan ke dewan dengan magic Izati.

Di sisi Emy.

Setelah siap,dia terus menyentuh lengannya dan pop,dia terus sampai di perkarangan sekolah.

Ketika dia dalam perjalanan berlari ke dewan kerana sudah lewat,

"Yo,girl."Ada yang menarik dirinya ke tepi yang membuatkan dia terjatuh.

"Ops,sengaja. Hahaha."pembuli itu ketawa mengejek.

Emy cuba untuk tidak mempedulikan mereka dan bangun untuk ke dewan.

Tetapi,mereka tidak mengizinkan.

"Hey,hey. Nak pergi mana tu?"dirinya ditarik oleh pembuli.

Dan mereka mengepung Emy agar dia tidak melarikan diri.

Emy ketakutan,dia mengetap bibir agar dia tidak menjerit. Dia kalau boleh mahu meminta tolong tetapi,kuasanya ialah suara maka dia tidak boleh bercakap sesuka hati.

"Alahai,bosan lah kau ni..."

"Apa kata kita light it up?"Sebaik sahaja salah seorang daripada mereka berkata,dia menghasilkan api menggunakan kuasa nya.

Manakala dua orang lagi menahan Emy.

Emy ingin membalas tetapi tidak berdaya. Apa sahaja gadis seperti dia dapat lakukan menentang tiga orang lelaki?

Dia cuba menahan dirinya daripada menjerit malangnya,api itu terlalu kuat membakar tangannya.

Yang membuatkan dia menjerit.

"Arrgh!"

Kesannya,kuasa Emy keluar yang membuatkan telinga mereka berdesing.

Walaupun dia mempunyai rantai,suaranya terlalu kuat yang membuatkan ianya retak.

"Kau!"

Di sisi Izati,

Dia mula rasa tidak sedap hati kerana waktu sudah lama berlalu tetapi Emy masih belum tiba.

Disebabkan risau,dia membuat keputusan untuk keluar mencari.

"Izati,kau nak pergi mana tu?"Ivy yang melihat itu bertanya dalam nada berbisik.

"Cari Emy. Aku takut dia sesat."Izati terus keluar.

"Aku nak ikut." Ivy pun ikut sekali kerana dia takut seorang diri di situ memandangkan mereka bertiga sahaja perempuan dalam kelas Z.

Sebaik sahaja mereka tiba di tempat Emy,

Kelihatan Emy sedang dipukul oleh tiga orang lelaki yang tidak dikenali.

Tanpa menggunakan magic,Izati terus menendang mereka dengan sekali libatkan.

"Ergh..."

"Aik,takkanlah korang dah kesakitan kot." Izati mengejek ketika melihat Pembuli-pembuli itu mengerang kesakitan.

(1) Z ClassWhere stories live. Discover now