Bab 12 - lambang

22 2 0
                                    

Ketika mereka sedang berlawan,Indra dan Nieji dikatakan main tipu kerana mereka mempunyai pisau lain yang mereka sembunyikan.

"Aku kalau boleh tak nak keluarkan benda ni memandangkan benda ni barang larangan. But,aku lebih suka guna dua pisau." Nieji sempat berkata sebelum dia menghiris dari bahu hingga jari Reiyan yang membuatkan seluruh tangan lawannya itu berdarah teruk. Yang menyebabkan Reiyan kehilangan banyak darah dan tumbang.

"Yey,I win, I win!"dia melompat-lompat keriangan sedangkan musuhnya telah tumbang teruk.

"Me too!"Indra menjerit setelah dia menumbangkan musuhnya.

"Yey!" Indra dan Nieji yang berada berdekatan terus bertepuk tangan bersama setelah masing-masing telah mengalahkan lawan mereka.

"Kau nampak tak muka diorang tadi?"Nieji memulakan perbualan.

"Nampak, nampak. Lawak sangat. Hahaha haha!" Mereka bergelak ketawa bagaikan ekspresi lawan mereka yang kalah tadi menggelikan hati mereka.

"How could I be with them all this time?" Shui yang memandang mereka menari keriangan bersama dari tepi berbisik kepada dirinya. Dia juga telah mengalahkan Kei. Dia siap sudah duduk di atas Kei lagi.

Di sisi yang lain,

"You lost." Haririe berkata setelah dia menumbangkan Redley dengan cangkul nya. Kepala Redley pun sudah berdarah teruk kerana terkena pada bahagian cangkul yang tajam. Haririe sendiri pun tak perasan bahawa Redley terkena pada bahagian tersebut tetapi,dia tetap melawan kembali.

"Game over!" Joseph berkata setelah mengalahkan Hans dengan kayu yang sudah pecah kerana impak serangnnya terlalu kuat. Ditambahkan pula terdapat paku pada kayu tersebut. Dia langsung tidak sedar sebelum ianya terkena lawannya.

Manakala Dalton masih dengan wajah dinginnya.

Roy pula,sempat berbisik kepada Kyle,
"Bukan aku je yang ada sisi lain. Semua orang ada sisi lain. Apatahlagi kami yang unik ni. Jadi,aku harap kita tak jumpa lain. Kalau tidak,kau tahu apa akan berlaku pada kau." Roy tersenyum ketika menyatakan hal itu. Kyle dapat merasakan satu figura gelap yang sedang tersenyum menyerikan berada di belakang Roy yang membuatkan dia menggigil ketakutan.

Di sisi girls pula,

"Bagaimana kau....tahu menggunakannya?"

"Mesti awak fikir saya tak pandai guna pistol,kan? Sebenarnya,saya pernah gunakan pistol sebelum ni. Saya menilik pistol tadi sebab saya perlu ketahui jenis pistol itu sebelum menggunakannya. Agar saya tak tersilap langkah. Kalau saya salah tekan picu, nanti memakan diri." Ivy dengan baik hati menerangkan kepada lawannya yang curious, Arina.

Arina telah pun ditembak berkali-kali pada bahagian yang tidak memudaratkan iaitu pada tangan atau kaki. Dia agak terkejut ketika melihat Ivy langsung tidak tersenyum mahupun berwajah ketat ketika berlawan tadi. Malah,Ivy berlawan dengan penuh santai.

Emy pula tersenyum kepada Leticia yang juga tersenyum gembira ketika melihat kelebihan gimnastik yang ada pada Emy. Yang tak ramai tahu.

Tidak seperti Kyle,lawan Roy yang menggigil ketakutan,Leticia tersenyum puas kerana dapat berlawan dengan seseorang yang hebat di pandangan matanya.
"Heh,nampaknya kau pandai sembunyikan kelebihan kau."

"Saya tak mahu menunjuk." Emy menjawab dengan menuliskan pada pasir padang.

Sharon Shannon pula kini sedang memandang Izati dengan penuh ketidakpercayaan.
"Kau...siapa...sebenarnya?" Sharon Shannon bertanya kepada Izati setelah dirinya dikalahkan. Walaupun badannya kini sudah basah dengan darah nya sendiri,dia tetap gagah bertanya.

(1) Z ClassWhere stories live. Discover now