"Macam mana benda macam tu boleh muncul?"Dia musykil kerana soalannya tidak mempunyai jawapan.
"..........
Kenapa sisik naga? Ketika di medan sebelum ini,aku bagaikan sudah biasa berlawan. Aku tak ingat caranya tapi.... otot aku bagaikan tahu apa yang perlu dilakukan untuk menyerang. Adakah ini yang orang katakan sebagai....ingatan otot?"
Dia sempat mengeluh seketika sebelum kembali berfikir,
"Kenapa terlalu banyak benda yang aku rasakan penting aku lupakan? Aku perlu ingat. Supaya aku tahu siapa aku. Dan siapakah mereka. Macam mana kami boleh bersama.
Aku tahu ianya akan menjadi menyakitkan.
Dan aku tak takut untuk merasainya."Si dia mengurut dahinya yang terasa sakit kerana terlalu banyak berfikir. Ditambahkan pula dengan dia yang baru sahaja selepas tamat berlawan dengan musuh tentera yang ramai.
Dialah Riyadh, lelaki misteri yang hilang ingatan yang dibantu oleh Izati ketika percutian menyerikan itu. Disebabkan memorinya yang hilang,dia semakin ingin tahu siapakah dirinya. Kenapa dia berasa dirinya lain? Bukan kerana kuasanya tetapi,kerana sesuatu perasaan.
Peperangan sudah tamat beberapa jam yang lepas. Dan setelah tamat,serta setelah membersihkan badan di rumah tanpa memberitahu sesiapa,dia ke situ. Jika diikutkan,mereka semua memang boleh terus pulang ke rumah masing-masing manakala mereka yang cedera pula dirawat.
Tetapi disebabkan Riyadh tidak mahu Lutfi bertanya lebih,dia terus pergi tanpa kata.
Setelah selesai dengan perkara dirumah,dia pergi ke hospital walaupun dirinya tidak tercedera. Dan terserempak dengan Shui yang sedang berkawal.
Tanpa apa-apa perbualan,mereka bersama-sama menjaga kedua-dua wad dari luar. Disebabkan bilik mereka dekat kerana keadaan mereka yang sama,maka senang untuk mereka berkawal.
"Kenapa kau datang sini,tak rehat?" Shui sempat bertanya.
"Feeling not good." Riyadh menjawab ringkas.
"Lutfi?"
"Rehat,rumah."
Disebabkan tiada perbualan lain,ditambahkan pula dengan mereka yang antisocial, maka mereka masing-masing diam.
Di sisi seseorang,
Dia melawat rakannya yang cedera parah.
Yang bernama Ryomae. Dia masih perlu tinggal di hospital kerana cedera parah. Sedangkan dia tidak cedera teruk tetapi menunjukkan dirinya cedera kerana mahu ditahan di wad. Agar dia senang keluar.
Dia memandang ke arah Ryomae yang masih belum membuka matanya.
"Sorrylah aku tinggal kau. Aku ada kerja."dia berkata kepada Ryomae walaupun lelaki tersebut tidak mendengar malah dapat menjawab.
Disebabkan kecederaan yang serius,sehingga sekarang Ryomae tidak membuka matanya. Hal ini bukanlah kerana dia lemah tetapi musuh terlalu ramai menyerang dan mengerumuni dia membuatkan dia sukar berlawan.
Nasib baiklah terdapat Hafizi yang menghabiskan mereka dengan angin kencang. Disebabkan kuasa Ryomae hanyalah membekalkan senjata, membuatkan dia sukar berlawan memandangkan dia masih belum handal mengawal senjatanya tanpa menggunakan tangan. Dia pernah belajar tapi masih belum memahirinya.
"Kau sepatutnya belajar mahiri benda tu dulu. Supaya nanti kau boleh ajar aku pulak."
Dia cuba menggembirakan dirinya dengan membuat lawak tetapi,ianya tidak berhasil. Senyuman manisnya tidak terhasil.Keesokan harinya,
Di sisi pelajar-pelajar kelas Z,
Mereka yang baru sahaja mahu membuat sarapan pagi menjadi buntu.
YOU ARE READING
(1) Z Class
FantasyAkademi Ignesius ialah akademi di mana pelajar-pelajarnya dalam kalangan warga Hoxenlight Kingdom. Mereka memasuki akademi tersebut untuk memantapkan lagi kuasa mereka dan pembelajaran mereka untuk digunakan pada masa hadapan. Akademi Ignesius dike...