Setelah mereka bangun,masing-masing hanya mendiamkan diri. Tiada apa yang hendak dikatakan. Tiada apa yang hendak dibualkan.
Apatahlagi pelajar perempuan. Mereka hanya diam tidak berkata apa. Seorang memang sudah pendiam maka keadaan menjadi lebih kekok.
Di sisi pelajar lelaki,
Mereka juga sama,kesemua mereka diam tidak berkata apa-apa. Malah,Hafizi yang biasanya bising juga diam.
Impak kehilangan dua orang pelajarnya membuatkan dirinya juga turut terasa.
"Aku langsung tak perasan.....yang aura mereka berbeza...." Anya berkata dengan suara yang perlahan. Tetapi tetap dapat didengari.
"Ianya bukan salah kau. Kita semua tak perasan."Valery menyampuk.
"Tak! Salah aku!" Anya tiba-tiba menepik dan berdiri diatas katilnya.
"Anya!"Mereka semua mula risau ketika Anya berkelakuan seperti orang gila.
"Aku sepatutnya sedar awal! Aku ada kuasa ni! Aku sepatutnya gunakan kuasa ni untuk bantu! Bukannya menyusahkan!" Anya menjerit.
"Snap out of it,Anya!!" Ulrick dan Joseph cuba menghentikan Anya tetapi,
"Jangan kau berani dekat,kalau tidak aku sedut aura korang sampai kering!"Anya mengugut.
Mereka kaku mendengar itu.
Ketika itu,seseorang turun dari katilnya dan,
Pang!
Dirinya ditampar oleh Haririe.
"Kalau kau sedar lebih awal sekalipun,kau pun akan terima nasib yang sama macam arwah.
Apa sahaja yang kau nak buat? Benda dah berlalu. Kau nak putarkan masa? Even magician tak pernah boleh buat benda tu. Inikan pulak kau yang lembik ni!"tidak habis dengan tamparan,Haririe menjerit.
"Kau....berani tampar aku?!" Anya memandang Haririe dengan tajam.
"Apa? Kau terasa ke?" Haririe memandang Anya sinis.
"Kau ni...." Anya turun dari katilnya.
Dush!
"Aku memang dah lama tak puas hati dengan kau,kau tahu tak?!" Anya melempiaskan amarahnya kepada Haririe.
Walaupun setelah ditumbuk,
"Heh,ingatkan kau pengecut sangat sebab tak lawan balik."Haririe tetap berani mencabar.
"Kau memang sia*!"
Disebabkan ego,kedua-dua mereka mula bertumbuk antara satu sama lain..
"Anya,Haririe! Stop!"Walaupun begitu,mereka berdua sudah dibutakan dengan amarah membuatkan mereka bergaduh di situ.
Sebelum keadaan menjadi lebih buruk,cikgu Ryomae menekan butang kecemasan untuk memanggil doktor. Untuk mengeluarkan kedua-dua mereka dan asingkan mereka.
Tidak sampai seminit,doktor sampai bersama bodyguard. Mereka pun meleraikan Haririe dan Anya dan membawa mereka pergi ke bilik yang berasingan.
"Huh...."masing-masing mengeluh dengan apa yang berlaku.
Shui dan Dalton langsung tidak terkesan dengan bunyi bising itu. Mereka langsung tidak kisah dengan apa yang berlaku. Kerana mereka terlalu asyik termenung ke luar tingkap. Entah mereka perasan atau tidak dengan apa yang berlaku.
Di luar wad.
"Ini tak bagus...."seorang lelaki melepaskan keluhan.
Ketika itu,lelaki itu didatangi dua orang wanita.
YOU ARE READING
(1) Z Class
FantasyAkademi Ignesius ialah akademi di mana pelajar-pelajarnya dalam kalangan warga Hoxenlight Kingdom. Mereka memasuki akademi tersebut untuk memantapkan lagi kuasa mereka dan pembelajaran mereka untuk digunakan pada masa hadapan. Akademi Ignesius dike...