Setelah segalanya selesai,kelas Z terus berlalu pulang ke kelas mereka. Mereka tidak mahu membuang masa berada di perkarangan akademi yang dipenuhi dengan orang-orang yang membenci mereka.
Tak nak buatkan diorang 'panas' pulak.
Sebaik sahaja mereka tiba di pergunungan,
Mereka berkumpul di pondok besar mereka untuk berehat dan mengambil angin seketika.
"Alahai,kenapalah aku sendirian..." Anya merungut sebaik sahaja mereka tiba.
Mereka mendapat destinasi yang berbeza-beza. Membuatkan perjalanan mereka pastinya dipenuhi cabaran.
"Bukan kau seorang je."Haririe membidas.
"Sudah, sudah. Cikgu-cikgu dah berikan kita masa untuk balik ke rumah." Valery berselisih untuk bangun.
"Untuk?" Anya bertanya.
"Packing barang lah. Takkan itu pun tak leh fikir." Haririe membidas lagi.
"Ada aku tanya kau ke?" Anya memandang Haririe.
"Dah aku dengar,aku jawablah." Haririe menjawab.
"Kau ni..." Anya menahan marah.
Mereka yang lain hanya menggelengkan kepala kerana mereka sudah tidak boleh berbuat apa. Semakin lama mereka kenal, semakin banyak mereka bergaduh.
Ingat,Anya ialah seorang lelaki. Don't ship them. Ianya hanyalah persahabatan antara lelaki.
"Haih. Guys,marilah balik. Emy,Ivy dan Izati dah balik packing barang dah pun. Takkanlah kita tak bergerak lagi." Joseph juga mengajak.
"Alah,sekejap je kemas. Kita bukannya ada banyak barang pun. Lain lah kalau yang perempuan punya."Anya menjawab.
"Apa-apa sahajalah. Aku tak nak tengok esok korang kelam-kabut nak kemas barang. Sesiapa yang nak balik,ikut aku." Valery berkata dan terus berjalan ke rumah. Diikuti Indra,Nieji, Shui, Haririe, Dalton dan Joseph.
"Hey,Ulrick, Roy. Korang nak bawak barang apa je nanti?" Anya memulakan perbualan sambil membiarkan mukanya terkena cahaya matahari.
Malam itu,ketika mereka yang lain masih lagi mengemas barang,
Seseorang sedang termenung di atas bumbung rumah.
Ketika dia sedang menikmati angin malam,dia dapat merasakan ada orang lain di situ.
Tanpa membuka matanya,dia bertanya,
"Kenapa korang selalu datang sini?""Sebab aku nak jumpa kau lah,of course." Nieji menjawab ceria.
"Kau?"Indra bertanya lagi seorang.
"Korang lalu bilik aku." Shui berkata straight. Betul apa yang dia katakan. Untuk ke bumbung, mereka perlu melalui bilik Shui yang mempunyai pintu yang boleh dibuka untuk ke bumbung. Seperti di bilik Valery.
"Oh,yeah. Lupa. Sorry." Indra mengaku kesalahannya dan memandang ke arah lain.
Suasana sunyi buat seketika.
"....so,apa yang kau risaukan? Jangan cakap sebab kau takut berjauhan dengan kami. " Nieji membuat lawak untuk menceriakan rakannya itu.
"Aku....tak pernah pergi jauh sebelum ni..." Indra berkata. Masih dalam posisi baringnya. Maka,Nieji juga berbaring. Melihat itu,Shui turut sama berbaring tetapi agak jauh dengan mereka.
"Jangan risaulah. Aku ada dengar yang Izati pun satu destinasi dengan kau." Nieji cuba menghilangkan rasa risau rakannya itu.
"Ye ke?" Indra bertanya.
"Ha'ah. Aku ada dengar semasa kita berjalan balik,diorang(girls) ada borak pasal destinasi diorang. And Izati satu destinasi dengan kau, Oceana City." Nieji menjawab.
YOU ARE READING
(1) Z Class
FantasiAkademi Ignesius ialah akademi di mana pelajar-pelajarnya dalam kalangan warga Hoxenlight Kingdom. Mereka memasuki akademi tersebut untuk memantapkan lagi kuasa mereka dan pembelajaran mereka untuk digunakan pada masa hadapan. Akademi Ignesius dike...