Keesokan harinya,
"Wey,kitorang nak keluar hari ni. Kitorang makan kat luar je tau jadi tak perlu masakkan untuk kitorang."Joseph berkata sebagai ingatan.
"Alright." Valery menjawab.
"Jangan sakan sangat memborong tu. Habis duit jangan pinjam dengan aku." Haririe yang berada di sofa ruang tamu menyampuk.
"Alah,kitorang bukannya shopping sangat pun. Nak jalan-jalan je." Anya membalas.
"Sudah,korang pergilah." Valery berkata tidak mahu ada pergaduhan lain di situ.
Setelah Anya,Joseph,Dalton(peneman dan penjaga Dalton) dan Ulrick pergi,
Roy pula yang membuka pintu.
"Roy? Kau pun nak keluar?" Haririe bertanya.
"Aku nak ambik angin sekejap. Korang tahu,sedap angin pagi-pagi ni. Sejuk~"
"Kau makan angin tu,ke?" Haririe bertanya sarcastic.
"Hah,makan angin tu nanti. Lepas habis SPAA kita makan angin,ye."Roy menjawab selamba. Lagipun,ianya bukanlah perkara besar kepadanya. Haririe memang selalu begitu.
"Itu pun kalau boleh."Roy sempat berbisik kepada dirinya. Tetapi tiada yang mendengarnya kerana dia hanya berbisik dari dalam hatinya."Heh." Haririe pula tidak membalas lebih dan menyerah kalah.
Valery menggelengkan kepalanya ketika mendengar itu.
"Hahaha. Well,nanti masuk balik."
"Hati-hati, jangan lama sangat." Indra mengingatkan dari biliknya.
"Ok!"
Setelah keluar,Roy berjalan ke satu arah.
"Assalamualaikum."Roy yang tiba disebuah rumah memberi salam.
"Waalaikumusalam. Eh,Roy? Kenapa kau ada kat sini?"Ivy berkata sambil membuka pintu.
"Dah alang-alang yang lain keluar,aku pun nak keluar sekejap ambik angin. Dan......aku nak... jumpa Izati sekejap, boleh?" Roy bertanya malu-malu.
Ivy yang mendengar itu ingin menyakat Roy,
"Ada apa Roy jumpa saya?" Izati menyampuk."Err...ada something...aku nak mintak..."
Perasan akan pandangan Roy,Izati berkata kepada Ivy,
"Ivy,kau pergilah bersiap dulu. Emy dah siap.""Alright."maka,Ivy pun masuk ke rumah kembali.
Dilihatkan daripada ekspresi Roy yang bagaikan tidak mahu yang lain mendengarnya,Izati pun keluar dan menutup pintu.
"Korang....nak pergi mana?" Roy bertanya.
"Oh,kitorang nak pergi pasar sekejap. Nak beli barang basah. So,Roy nak minta apa?" Izati kembali ke topik asal.
"Er....boleh tak kalau kau...buatkan artifak penyendap bunyi?"
"Kenapa? Bukan ke kau yang biasanya buat bunyi?" Izati berseloroh.
"Hahaha. Tak de lah. Aku nak study untuk peperiksaan akan datang. Macam yang kau tahu,bukan aku je yang bising biasa. So....aku nakkan ketenteraman. Lagipun,aku tak de duit nak beli. Kau tahu lah,artifak ni mahal. Kalau dengan kau,aku nak mintak free,boleh?" Roy juga turut berseloroh.
"Hehe,kau ni. Ambil kesempatan betul. Kejap ye,aku buatkan. Kau tunggu luar sekejap,boleh?"
"Ah... boleh."Maka,Izati pun masuk ke dalam semula sambil Roy menunggu diluar.
Ketika dia sedang menunggu,
"Apa kau nak buat dengan penyendap bunyi tu?"suara Suon kedengaran.
YOU ARE READING
(1) Z Class
FantasyAkademi Ignesius ialah akademi di mana pelajar-pelajarnya dalam kalangan warga Hoxenlight Kingdom. Mereka memasuki akademi tersebut untuk memantapkan lagi kuasa mereka dan pembelajaran mereka untuk digunakan pada masa hadapan. Akademi Ignesius dike...