Bab 34 - padang.

15 3 0
                                    

Keesokan harinya,seperti yang dijanjikan,mereka pergi ke padang. Ada yang berlatih kuasa,ada juga yang beradu kuasa.

Seperti Indra dan Roy. Mereka berlatih atau beradu kuasa bersama.

"Come. Gunakan yang kau ada. Jangan teragak-agak memandangkan kita berdua he yang akan cedera nanti." Roy berani berkata begitu memandangkan Izati sudah meletakkan pelindung di sekeliling mereka.

"No regret?"

"Nope." Roy berkata santai.

Indra menghasilkan dua bilah dagger.

"That looks new." Roy perasan akan dagger itu yang sangat berkilat.

"Sebab aku baru belajar pasal senjata ni semalam." Indra melagakan kedua-dua bilah itu dan terus menyerang Roy.

Maka,bermulalah perlawanan mereka berdua.

Lutfi,Riyadh dan Taufiq tiada di situ kerana mereka masih di perpustakaan.

"Kita nak buat apa?" Nieji bertanya kepada Shui yang berada di sebelahnya. Mereka berdua sedang melihat pertarungan Roy dan Indra

"Kenapa? Kau nak lawan dengan aku?" Shui bertanya.

"Not a chance!"Nieji terus berkata lantang dengan nada takut. Dia memandang ke arah Shui dengan mata yang menggeletar.

"Kau masih takut dengan aku ke?" Shui bertanya dengan nada kosong.

"Memanglah. Kuasa kau lagi kuat dari kuasa aku. Aku sendiri tak boleh kawal kau dengan benang aku,tau? Disebabkan mata kau yang tajam,kau boleh terus tengok kata mana benang aku berada jadi kau boleh elak malah kau pernah cuba serang aku dengan benang sendiri."
Nieji menceritakan ketika perlawanan antara dia dan 001 iaitu Shui sebelum ini.

"......then,kita lawan tanpa guna kuasa?" Shui mencadangkan.

"?"Nieji memandang Shui.

"Aku dengar kau bagus dalam pertarungan depan-depan."Shui berkata.

"Er...ma...mana kau dengar tu?"

"Semasa kat 'sana'." Shui menjawab.

".....alright. Memandangkan kita tak de benda nak buat."

Maka,mereka berdua pun memutuskan untuk berlawan jarak dekat iaitu perlawanan tanpa kuasa. Mereka meminta Izati untuk membina pelindung sepertimana dia lakukan kepada Indra dan Roy. Dan sedikit penambahan iaitu mengenakan magic nyahkuasa kepada mereka memandangkan mereka akan berlawan tanpa menggunakan kuasa.

Dalton dan Joseph pula sedang berborak mengenai kuasa mereka. Mereka berfikir-fikir untuk membuat gabungan.

"Tapi...bukan ke air dan api tak boleh bergabung?" Anya yang berada berdekatan bertanya. Dia tidak tahu mahu membuat apa.

Haririe sedang berlari mengelilingi padang tanpa menggunakan kuasanya dan tanpa mengganggu pelajar lain.

Ivy dan Emy pula berlatih seni mempertahankan diri dengan Izati sebagai guru.

Sementara itu,Valery berada di suatu penjuru padang sedang berlatih seni mempertahankan diri juga. Dengan berbekalkan apa yang dia belajar daripada lelaki tua ketika dia bercuti dahulu,dia berlatih sendirian.

Begitu juga Ulrick. Mereka berdua berlatih sendirian dengan menggunakan apa yang diajar ketika percutian dulu.

Ketika itu Haririe yang terasa dahaga kerana telah berlari keliling padang untuk pusingan yang entah ke berapa berhenti seketika. Dan ketika itulah,dia perasan bahawa dia tidak membawa air mineral ke padang.

"Hah,what an idiot. Aku sepatutnya bawak air memandangkan aku nak berlari..."

Maka,dia keluar padang untuk membeli air daripada vending machine yang ada berhampiran kelas mereka.

(1) Z ClassWhere stories live. Discover now