Bab 4 - beberapa hari sebelum sekolah.

74 5 0
                                    

Lima hari kemudian.

"Wey,lagi beberapa hari kita dah nak start sekolah,kan? Macam mana dengan barang-barang sekolah?" Valery bertanya sebaik sahaja teringat akan hal itu.

"Ah,aku baru teringat. Kita tak ada apa-apa barang sekolah lagi...."

"Jom,kita jumpa cikgu dan tanya. Aku rasa dorm cikgu sebelah dorm kita je."

"Dorm ke rumah?" Haririe bertanya pening.

"....entah."

"Sudah,jom pergi."

Baru sahaja mereka ingin keluar untuk bertemu guru mereka,

Pintu rumah mereka telah terbuka terlebih dahulu.

"Eh,korang nak pergi mana?" Hafizi yang melihat mereka yang bagaikan ingin keluar itu bertanya.

"Kitorang sebenarnya nak jumpa cikgu." Valery sebagai ketua mereka berkata.

"Untuk apa?"Hafizi bertanya pula.

"Bagaimana dengan barang persekolahan kami nanti? Kami tak ada barang sekolah." Valery berkata.

"Ah,pasal tu. Hmm...mungkin korang boleh pergi beli sendiri kat Market Mark. Korang pandai cari barang,kan?"

"Saya....tak tahu."majoriti mereka menggelengkan kepala mereka.

"Tak pe,saya akan buat senarai untuk mereka." Valery yang bijak mengurus berkata.

"Baguslah kalau begitu. Esok kami berikan korang duit untuk korang gunakan beli barang sekolah." Hafizi berkata.

"Ok. Oh cikgu....buat apa ke sini agaknya?" Valery yang perasan bahawa Cikgu mereka datang ke dorm mereka pasti ada sesuatu.

"Ada kawan baru ke?!" Roy meneka teruja.

"Ting ting,betul. Korang ada kawan baru. Perkenalkan, nama dia Anya Walter--"

"An....Nya?"Mereka agak pelik dengan nama itu. Yang mana ianya nama yang agak common untuk perempuan.

Lelaki tersebut yang juga turut tahu mengenai namanya hanya mampu mengangguk kepala nya pasrah dengan nama yang diberikan. Diorang boleh nampak mukanya yang mula merah walaupun sudah menurunkan kepalanya.

"Sudah,sudah. Korang berbincang nanti. Kuasa dia ni unik so jangan berani-berani ajak dia berlawan tanpa kebenaran kami,tau."

"Apa maksud cikgu....ajak berlawan?" Mereka yang tidak tahu apa-apa tertanya-tanya.

"Mungkin ada yang tak tahu bahawa ada dua orang manusia yang kadang-kala beradu kuasa di padang luar."pada ketika itu, Ryomae memandang ke arah Roy dan Indra.

Mereka yang terasa diri mereka menjadi perhatian terus memandang ke tempat lain bagi Indra manakala Roy hanya tersenyum tidak bersalah.

"Beradu kuasa?! Diorang lawan-lawan kuasa ke cikgu?" Ulrick yang pertama kali mendengar hal itu menjadi teruja.

"Jika saya dapati terdapat pelajar yang menggunakan kuasa tanpa kebenaran, saya akan berikan kepada pelaku tersebut gelang yang berfungsi menyahaktifkan kuasanya. Jadi,jangan kalian berani-berani melakukan perkara tersebut." Ryomae berkata tegas.

Yang membuatkan Ulrick muram.

"Baiklah,itu sahaja. Kami balik dulu. Kalau ada apa-apa soalan,boleh tanya kami terus memandangkan kalian dah tahu di mana dorm kami." Hafizi menamatkan semuanya di situ.

"Baiklah cikgu."

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

(1) Z ClassWhere stories live. Discover now