"Kern Vitez." Hafizi teringat ketika dia memandang ke arah seorang lelaki yang memandang pemergian Arwin.
Ketika perasan dirinya diperhatikan,Kern Vitez memandang ke arah Hafizi dan menarik topinya kehadapan sebagai tanda hormat bersama senyuman licik."Dia orangnya..." Ryomae berkata dengan penuh dendam.
"Kern Vitez. Apa lagi yang dia nak dengan kita? Takkanlah disebabkan dia gagal mendapat tempat di akademi dia berani buat kerja kotor?" Ryomae sedang memikirkan sesuatu yang logic.
"Hati dia terlalu rapuh. Aku dapat rasakan yang dia seorang yang sensitif dan cepat cemburu." Hafizi mengatakan berdasarkan pemerhatiannya.
"Tch,dasar tak pandai kawal emosi." Ryomae menggenggam tangannya erat. Berani betul dia membuatkan rakan mereka sehingga begitu sekali. Lihatlah nanti,apa yang dia boleh lakukan.
"Sudah,kau rehat dulu. Biar aku carikan ke mana hilangnya kawan kita tu."dengan itu,Hafizi pun keluar.
"Tak. Aku takkan berdiam diri sahaja." Dengan tekad itu,Ryomae terus keluar daripada bilik itu dan mencari Kern Vitez.
Setelah menjumpai lelaki tersebut, Ryomae tanpa berfikir dua kali mula berlawan dengan Kern Vitez. Musuh pula hanya mengelak dengan senyuman sinis.
Sebelum Kern Vitez menghentikan langkahnya,
"Mungkin kita patut mulakan permainan sekarang."dengan senyuman sinis.Disebabkan langkahnya yang sudah berhenti,membuatkan Ryomae terus mencengkam kolar baju Kern Vitez dan menolak dengan agresif. Yang membuatkan Kern Vitez menghentam dinding.
"Tch."kesannya membuatkan Kern Vitez terasa sengal di kepalanya.
Disebabkan dendamnya,Ryomae dikawal emosi negatif yang membuatkan dia menumbuk Kern Vitez lagi dan lagi.
"More,more!"Kern Vitez mencabar walaupun setelah dirinya ditumbuk.
"Grrr..."Disebabkan amarah dan dendamnya,Ryomae menumbuk lelaki tersebut dengan lebih ganas. Dengan mata yang penuh dendam.
"Hahahaha!"Walaupun dirinya ditumbuk, Kern Vitez masih ketawa bagaikan orang gila.
Dia semakin galak ketawa ketika melihat Ryomae yang sudah keletihan kerana menumbuk Kern Vitez sepenuh tenaganya.
"Huh...huh..."
Perlahan-lahan, Kern Vitez bangun dengan senyuman sinis.
"You're weak. You can't even save your one friend. Macam manalah kalau aku sentuh lagi seorang? Mesti kau menggila. Hahaha. Your parents must be really,really disappointed with you."Kern Vitez memprovok lagi untuk membuatkan Ryomae semakin marah. Dan jatuh ke dalam kegelapan bersama dia.
Ketika Ryomae ingin membalas,
Seseorang menyambar tangan Ryomae.
"Move,Hafizi."Ryomae berkata dengan penuh kedinginan kepada Hafizi,lelaki yang menghalang dirinya. Dia langsung tidak memandang rakannya.
"Na'ah,bro. I won't let you. Kalau kau bunuh dia sekarang,dia takkan dapat seksaan dunia. And kau pulak yang akan dapat seksaan dunia dan akhirat,kau tahu tak?!"Hafizi cuba menghentikan dendam Ryomae.
Tetapi,daripada memandang dirinya, Ryomae masih lagi memandang Kern Vitez tajam yang menandakan dia masih mempunyai dendam untuk membunuh Kern.
"Ryo!"buat seketika,Hafizi mendapat perhatian Ryomae. Kerana lelaki itu memandang ke arah Hafizi yang menggunakan telepati untuk memanggilnya.
"Kau nak jadi macam dia,ke? Kau jangan buat gila,Ryo. Stop this nonsense right now! Snap out of it!"Hafizi berkata dengan nada memohon.
Ryomae menggenggam tangannya,dia buntu mahu buat apa.
YOU ARE READING
(1) Z Class
FantasyAkademi Ignesius ialah akademi di mana pelajar-pelajarnya dalam kalangan warga Hoxenlight Kingdom. Mereka memasuki akademi tersebut untuk memantapkan lagi kuasa mereka dan pembelajaran mereka untuk digunakan pada masa hadapan. Akademi Ignesius dike...