Bab 7 - cuti minggu.

46 3 0
                                    

Hubungan mereka semakin rapat apatahlagi dengan perangai Cikgu Hafizi dan Roy yang agak bising. Cuma masih ada yang kekok antara satu sama lain. Apatahlagi dengan Indra kerana dia terlalu diam yang membuatkan mereka yang lain rasa menyeramkan.

Hafizi dan Ryomae cuba bercakap mengenai ini tetapi mereka pun rasa seram. "Pergh,betul ke dia ni anak aku? Dari siapa dia dapat vibe ni?! Wait,ibu...yep,vibe ni dari ibu.."Hafizi terfikir mengenai ibu nya yang mempunyai aura yang menakutkan juga tetapi semakin berkurang memandangkan dia sudah tua.

"Apa kata kalau kau cuba bercakap dengan yang lain? Kalau kau tak suka,cakap tak suka. Kau tak boleh bergantung pada isyarat sahaja sebab bukan semua orang boleh faham bahasa badan kau. Aku sendiri pun ada yang tak faham.

Plus,bukan aku seorang je yang ada kat sini. Ramai lagi orang lain. Roy,Haririe, Anya,Ulrick dan Dalton. The girls also here. Kita semua dah besar,Indra. Aku tahu kau pastinya masih lagi takut dengan orang ramai tapi aku harap kau dapat keluar daripada kegelapan ciptaan kau tu." Setelah bebelan panjang daripada Valery,Indra semakin jarang keluar bilik. Hanya untuk mengambil makanan sahaja. Setelah itu,dia akan keluar semula untuk meletakkan pinggan dan mangkuk tetapi selepas sudah tiada orang di dapur.

Dia pun sudah kurang pergi ke kelas. Perkara ni merisaukan mereka yang lain terutama sekali Hafizi. Jika perkara ni terus berlaku,nama Indra mungkin akan diketahui oleh pengetua dan masalah lain akan timbul...

"Ergh...aku rasa aku salah cakap lah..." Valery menyesal dengan apa yang dia katakan.

"Takpe,asalkan kau dah cuba." Anya berkata.

"Kita memanglah patut bagi dia masa tapi,kita tak boleh beri terlalu lama." Valery menambah.

"Dah tu,kita nak buat apa?" Haririe bertanya

"Nak Ulrick keluarkan dia?" Ulrick mencadangkan.

"Eh,tak payah. Tak pasal jadi pertarungan pula kat sini. Aku tak nak cikgu-cikgu hukum kita semua sebab kau." Haririe berkata kasar.

"Ayat kau,tak pernah lembut,kan? Cubalah berlapis sikit." Valery berkata.

"Yelah..." Haririe menjawab acuh tak acuh.

"Eh,tapi mana Dalton dan Roy?" Ulrick perasan itu bertanya.

"Dalton dalam bilik tengah study rasanya. Roy pula....entahlah." Anya menjawab.

"Apa lagilah agaknya yang dia buat."

Di sisi Roy.

"Kau sure tak nak keluar lagi?"

"....."

"Ah...nak buat macam mana agaknya. Kita tak boleh beradu kuasa memandangkan cikgu letak tracker power pada kita..." Roy berkata.

Tracker power ialah sebentuk artifak yang berfungsi untuk mengesan dan menghantar isyarat kepada penerima sebaik sahaja mereka mengeluarkan kuasa mereka.

"Aku terfikir juga."

"?" Roy memandang ke arah suara tersebut. Bukan dari Indra kerana dia juga turut memandang ke arah suara tersebut.

"Kenapa Indra berani beradu kuasa dengan kau sedangkan dia takut nak berlatih kuasa?" Dalton yang juga diheret oleh Roy untuk menemani dirinya dan Indra bertanya ingin tahu.

"Sebab kami beradu kuasa di tempat lain. Di tempat yang tiada orang so kami tak perlu risau pasal impak. Lagipun,aku ada pelindung yang lindungi diri kami daripada cedera mahupun mencederakan. Alah,lebih kurang macam berlatih tanpa kesan. Kami cuba panaskan badan je..."Roy menjawab dengan senyuman.

"......"Tiada perbualan antara mereka membuatkan bilik itu sunyi.

"Hey,esok sekolah tau. Kau jangan tak datang. Kalau tidak,tahulah apa aku buat. Kau akan jadi orang first yang akan kena dengan aku kalau kau tak keluar bilik juga esok. Bye,Assalamualaikum."Roy pun terus keluar dari bilik itu.

(1) Z ClassWhere stories live. Discover now