Baru sahaja mereka ingin mendekati,
"Aaaarghhh!"
Masalah kembali semula apabila Roy bangun,dia masih trauma.
Disebabkan dia tinggal dalam rumah yang sama dengan pelajar yang lain,mereka semua dapat mendengar jeritan Roy.
Malah,Lutfi,Riyadh dan Taufiq yang berada di sebelah juga mendengarnya.
"ARRGHHH!"
Mereka semua menjadi semakin cemas apabila mendengar jeritan yang bercampuran dengan tangisan itu. Bagaikan orang di dalam sedang menahan perit."Roy! Bukak pintu ni!!"
Mereka bertambah cemas apabila pintu bilik Roy tidak boleh dibuka.
Pada masa yang sama,orang sebelah rumah tiba.
"What happen?"
"Jeritan siapa tadi?"
Lutfi dan Taufiq bertanya serentak setelah tiba. Manakala Riyadh memandang sekeliling.
"Tak tahu. Tiba-tiba je kitorang dengar jeritan Roy. Kitorang nak masuk..tapi...tapi pintu tak boleh bukak!" Valery yang sebelum ini tenang menjadi cemas apabila mendengar jeritan Roy lagi.
"Let me try."
Terkejut mereka yang lain ketika melihat cikgu-cikgu juga datang.
Tetapi,masih gagal.
"Kuasa angin Roy menolak pintu daripada dibuka. Malah,saya dapat rasakan yang angin bercelaru Roy memenuhi biliknya." Cikgu Hafizi menerangkan.
"Maksudnya,dia hilang kawalan?!"Mereka bertanya serentak dengan nada risau. Malah,Dalton dan Shui juga menunjukkan reaksi yang sama.
Kecuali Riyadh yang hanya memandang.
Dengan wajah yang berat,cikgu Hafizi menganggukkan kepalanya.
"Panggil pengetua." Shui berkata pantas.
"Kenapa pengetua?" Nieji yang faham apa yang rakannya ingin lakukan terus memanggil. Manakala yang lain masih keliru.
Tidak sampai seminit,pengetua Martinez tiba dengan menggunakan kelajuan kilat.
"Tuan tahu apa yang berlaku kepada Roy sebelum ini. Mungkin tuan boleh tenangkan dia." Indra berkata.
"Lagipun,sukar untuk kami sendiri masuk ke dalam." Valery menyambung.
"Saya boleh cuba masuk menggunakan teknologi yang berada di dalam biliknya. Telefonnya mungkin."Pengetua Martinez membuat perancangan.
Sebelum dia bersetuju.
"Baiklah,saya akan cuba."
Dengan menggunakan kuasanya,dia memasuki skrin telefon Roy yang berada di atas meja.
Dia dapat mendengar suara tangisan dan jeritan Roy yang semakin kuat.
"Roy Clayton?"
"KAU JANGAN PANGGIL NAMA AKU! ITU BUKAN NAMA AKU! AKU TAK ADA KELUARGA! TIADA SIAPA YANG MENJAGA AKU,TIADA YANG LAYAN AKU MACAM MANUSIA! MEREKA LAYAN AKU BAGAIKAN ALATAN!"Roy menjerit.
Dia kini sedang duduk melutut sehingga menutup wajahnya.
"Roy,saya tahu kamu takut dan trauma--"
Belum sempat pengetua Martinez menghabiskan kata-kata nya,
"YES,MEMANG AKU TAKUT,MEMANG AKU TRAUMA! JADI APA?! KAU NAK AKU TENANGKAN DIRI DAN LUPAKAN SEMUANYA MACAM TAK PERNAH BERLAKU?! TAK,KAU TAK FAHAM APA YANG AKU RASA!
YOU ARE READING
(1) Z Class
FantasyAkademi Ignesius ialah akademi di mana pelajar-pelajarnya dalam kalangan warga Hoxenlight Kingdom. Mereka memasuki akademi tersebut untuk memantapkan lagi kuasa mereka dan pembelajaran mereka untuk digunakan pada masa hadapan. Akademi Ignesius dike...