Bab 6 - sekolah

50 5 0
                                    

Setelah mereka meluahkan segalanya,mereka keluar dengan wajah biasa.

"Kau nangis."Ryomae berkata dengan wajah kosong.

"Jangan cakap macam aku seorang yang nangis! Kau pun sama!" Hafizi agak malu kerana ini kali pertama mereka menangis.

"Mungkin kita patut tenangkan diri sebelum hantar buku-buku ni pada lagi tiga orang pelajar perempuan."Ryomae mencadangkan.

Mendengar itu,mereka mendapat kata sepakat.

"So,Indra tu...memang nama yang kau nak berikan kepada anak kau?" Ryomae memulakan perbualan.

"Yeah. And kau? Valery tu....siapa yang bagi. Kau atau...Evelyn?"Hafizi bertanya. Evelyn ialah nama ibu Valery juga isteri sah Ryomae.

"Aku tak sempat berikan betul-betul. Kami ada bincang sebelum....aku ke medan perang. Aku tak tahu pulak yang ....dia akan pergi ke dalam hutan untuk selamatkan diri. Aku punya lah cari di merata-tempat. Tapi aku lupa nak cari dalam hutan sebab fikirkan dia takkan ke sana."Ryomae memandang ke bawah.

"Aku terus dapat tahu yang Indra tu anak aku.... semasa aku dapat rasakan aura dia. Ianya ada gabungan aura aku dan aura Griselda. Kau?" Hafizi berkata dan bertanya.

"Aku dapat tahu semasa kita kebumikan Evelyn. Aku terus dapat tahu yang Valery ialah anak aku sebab Valery ialah nama yang kami bincang akan berikan kalau ianya anak lelaki." Ryomae menjawab.

"Banyak jugak kau cakap ye."Hafizi cuba menceriakan suasana.

"...so....kita nak beritahu tak?"Ryomae yang keliru bertanya.

"Tak perlu lagi." Hafizi berkata laju.

Ryomae hanya memandang dan terus bangun.
"Sudahlah. Jom ke rumah pelajar perempuan pula." Ryomae memutuskan setelah bertenang.

"Alright."

Nasib baiklah Izati, Ivy dan Emy berada di rumah mereka.

"Eh,Izati tingkatan 5? Jadi Izati senior kami ke? Kejap,jadi itu bermakna Izati akan graduate dulu sebelum kami..."Ivy berkata dengan wajah sayu.

"Tiada siapa akan tahu apa yang akan berlaku nanti. Everything are possible to happen...."Izati berbisik kepada dirinya pada ayat terakhir sebelum berkata kepada mereka yang lain,

"Alah,korang boleh graduate sama-sama. Oh,and jangan nak berangan panggil aku kakak sebab kita beza setahun je,ok?"Izati bertanya.

"Alright!"Ivy menjawab dengan semangat manakala Emy menganggukkan kepalanya.

"Insya Allah,kalau panjang umur,aku akan berikan korang hadiah kalau korang dapat graduate dengan baik." Izati berkata.

"No,kitorang yang akan berikan Izati hadiah. Tengoklah nanti." Ivy berkata pula disokong dengan anggukan Emy.

"Baiklah kalau begitu,aku tunggu."

Beberapa hari kemudian, mereka ke sekolah bersama.

"Inilah sebabnya rumah kita kat atas gunung. Sebab kelas kita pun di sini. Kalau begini,senanglah kita." Haririe berkata.

"Baiklah semua. Masuk kelas cepat. Bagi pelajar tingkatan 4,akan belajar dengan saya. Pelajar tingkatan 5 boleh pergi kepada Cikgu Ryomae yang ada di kelas sebelah." Hafizi berkata di hadapan bangunan sekolah mereka.

Kelas mereka mempunyai struktur yang sama,iaitu dari kayu jati yang kukuh.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
(1) Z ClassWhere stories live. Discover now