Bab 38 - keakraban

26 3 0
                                    

"Haih...cikgu masih belum balik....kata seminggu je." Anya mengeluh.

"Kau ni dah kenapa?" Roy bertanya.

"Bila tak ada benda nak buat,bosan pulak rasanya." Joseph menjawab.

"Ha'ah. Rindu nak pergi kelas." Ulrick menambah.

Penyataan Ulrick mendapat anggukan daripada Anya dan Joseph.

Mereka yang lain terus memandang mereka berdua pelik.

"Korang ni demam ke apa?"Serentak itu, Haririe meletakkan telapak tangannya pada dahi Anya manakala Roy pada dahi Ulrick. Dalton juga turut melakukan hal yang sama kepada Joseph.

"Korang ni apahal?" Anya menepis tangan Haririe kuat.

"Sakit lah bingkai." Haririe mengusap-usap telapak tangannya yang terasa sengal.

"Bingkai?"Mereka yang lain keliru kerana tidak pernah mendengar carutan itu.

"Apa? Nak aku cakap binga*?" Haririe bertanya kasar.

"....Kitorang cuma beritahu apa dalam fikiran kitorang je..." Ulrick cuba membawa mereka topik asal.

"Hehe,sorry. Gurau sikit je." Roy menepuk-nepuk belakang Ulrick.

"Salah ke?" Joseph memandang abang tirinya.

"It feels weird." Dalton menjawab jujur. Mendengar itu,Joseph terasa menyesal bertanya.

"Alah,cuma pelik je. Tiba-tiba korang terasa 'rindu nak ke kelas.'" Haririe menyindir.

"Sudahlah tu korang. Kita ikut ke rutin seharian kita sebelum cikgu balik." Valery menenangkan keadaan yang agak tegang.

"So,esok kita pergi mana?" Ulrick bertanya.

"Padang." Indra yang entah dari mana datang menyampuk.

"Oh,Indra, Nieji. Korang pergi mana tadi? Tak nampak pun." Roy bertanya ketika melihat kelibat kedua orang jejaka itu.

"Kitorang duduk kat rooftop. Sedap wey,kena angin malam." Nieji menjawab dengan penuh keterujaan.

"Memanglah tapi sejuk sangat jugak tak boleh." Indra membalas.

Mendengar itu,Nieji tersenyum tidak bersalah.

"Mana Shui? Bukan biasanya dia dengan korang ke?" Roy bertanya ketika melihat Shui tiada bersama mereka.

"Dia tengah buat milo panas untuk kitorang. Lama sangat duduk atas sampai tak perasan kitorang dah kesejukan." Indra berkata dengan senyuman kekok.

"Lah,kenapa tak ajak kitorang? Shui! Aku pun nak milo panas!" Anya menjerit.

"Ulrick pun nak!" Ulrick juga sama.

"Aip,jangan menjerit. Ingat sikit kita kat mana(atas pergunungan). Jaga adab. Orang sebelah dengar nanti,diorang buat spekulasi macam-macam pulak." Valery melarang mereka daripada menjerit agar tidak mengganggu orang sebelah.

Sedangkan orang sebelah,

"Wey,Riyadh. Kau tak bosan ke asyik baca buku tu selalu? Sejak daripada kau masuk perpustakaan dan nampak buku tu,kau asyik berkepit dengan buku tu je. Malah,bila kita outing kat luar pun kau cari buku tu untuk dibeli. Bila masa dah nak habis,kau hantar sehari lepas tu pinjam buku tu semula. Kenapa kau macam obses sangat dengan buku tu?" Taufiq dengan mukaddimah panjangnya akhirnya bertanya.

Riyadh yang berada di sebuah tempat khas untuk dia berehat yang mana dari tadi tidak melakukan apa-apa selain membaca buku hanya memandang dengan ekoran matanya yang berwarna hitam kerana kanta lekap sebelum menjawab,

(1) Z ClassWhere stories live. Discover now