Mereka hidup harmoni sebelum semuanya musnah sekelip mata setelah kematian ibu bapa kandungnya dan setelah berpisah dengan seseorang yang dia sayangi ketika di rumah anak yatim.
Dia di ambil oleh sebuah keluarga yang harmoni. Tetapi segalanya hilang bagaikan debu setelah kematian wanita yang mengambil dirinya ke dalam keluarga tersebut.
Setiap hari,dia dilayan bagaikan pembantu rumah yang tidak bergaji. Setelah disuruh melakukan itu ini,mereka hanya memberikan dia roti untuk di makan. Atau sisa makanan yang ada,itupun kadang-kadang anak lelaki di rumah itu akan melemparkan makanan tersebut sehingga terkena lantai yang kotor.
"Eat that,bit**"
dengan gelak tawa,dia meninggalkan Izati yang sedaya upaya makan sisa tersebut. Apa boleh buat? Dia lapar.Adalah juga dia cuba makan secara senyap setelah dia dapat keluar dari 'bilik'nya untuk melaksanakan tanggungjawab nya.
Dia bukan di ambil sebagai anak angkat tetapi pembantu rumah tidak bergaji. Disebabkan rumah itu tidak mempunyai pembantu rumah, memang hanya Izati sahaja yang mereka harapkan untuk membersihkan satu rumah.
Disebabkan anak gadis di dalam rumah itu selalu berada jauh daripada rumah itu, maka senang untuk keluarga tersebut melakukan serangan fizikal terhadap dirinya.
"Kau budak tak guna! Kalau bukan disebabkan Amalina ada,lagi teruk aku kerjakan pada kau,kau tahu?!"
Amalina,anak gadis yang innocent, tidak tahu apa-apa mengenai apa yang berlaku di rumah. Hari lahir gadis tersebut sama dengan hari kematian wanita di rumah itu. Tetapi,mereka tidak menyalahkan Amalina mengenai itu. Malah,mereka menyalahkan Izati kerana berada di rumah itu. Dikatakan sebagai pembawa malang.
"Kenapa perlu orang yang mama ambik orang yang ada kuasa pelik ke rumah ni agaknya. Entah-entah kau yang hasut mama aku untuk ambik kau!"Anak lelaki rumah itu memfitnah.
"Salah korang sendiri sebab ambik aku tanpa ketahui kuasa sebenar aku. And aku tak pernah sentuh puan Celina." Izati dengan berani menjawab.
"Kau berani cakap belakang aku?!"
Pak!
Dirinya ditampar."!!"bunyi itu menyedarkan Izati yang bermimpi buruk,bukan. Itu ialah memori lama dia.
Izati melihat sekeliling. Dia berada di hospital.
"Ah,kamu dah sedar?" Seorang doktor yang kebetulan masuk untuk memeriksa Izati bertanya. Terlihat pada tag namanya,Lyra.
"Kamu jangan risau tentang rakan-rakan kamu. Mereka semua di rawat di tempat lain memandangkan...." kata-kata doktor itu,Lyra terhenti seketika sebelum dia menyambung,
"Memandangkan mereka tidak cedera. Cuma...takut sedikit sahaja."
"Doktor tak perlu menipu saya." Izati menyampuk.
Lyra memandang ke arah Izati. Yang ketika itu hanya menutup matanya. Mungkin cuba untuk menenangkan dirinya.
"Saya tahu apa yang berlaku. Saya tahu apa akibatnya. Disebabkan itulah saya tidak membenarkan mereka melihat apa yang berlaku selepas itu. Agar mental mereka tidak menjadi lebih teruk. Walaupun hakikatnya masih ada yang berdegil untuk tengok." Izati tersenyum hambar. Teringat pula dia mengenai pelajar-pelajar lain yang berusaha untuk hidup dengan menentang saintis gila itu.
YOU ARE READING
(1) Z Class
FantasyAkademi Ignesius ialah akademi di mana pelajar-pelajarnya dalam kalangan warga Hoxenlight Kingdom. Mereka memasuki akademi tersebut untuk memantapkan lagi kuasa mereka dan pembelajaran mereka untuk digunakan pada masa hadapan. Akademi Ignesius dike...