Bab 20 - percutian Valery.

16 3 0
                                    

Tanpa menghiraukan pandangan orang ramai,dia memasuki bas dan melihat pemandangan di luar bas sebaik sahaja bas tersebut bergerak.

Dia dapat melihat pelbagai benda baru di sepanjang perjalanan. Memandangkan dia tinggal di dalam hutan sepanjang hidupnya sebelum ini,pastinya perkara seperti itu membuatkan dirinya teruja.

Tetapi,dia punya teruja tak delah sampai nak menjerit. Hanya gembira.

Tidak seperti pelajar-pelajar yang lain.

Mereka langsung tidak gembira dengan destinasi mereka.

Kenapa?

Kerana destinasi mereka ialah sebuah kampung bernama Valley Village.

Dari nama sahaja pun mereka sudah tahu bahawa mereka akan ke kampung.

Mereka semua merungut sebaik sahaja mengetahui destinasi mereka. Ada yang cuba mengelat dengan menukar destinasi atau melarikan diri tetapi, sebelum mereka memasuki bas,pemandu telah memastikan bahawa semua orang ada.

Tiada pengecualian.

Bagi yang masih berdegil, pemandu bas tersebut tidak teragak-agak untuk membawa pelajar tersebut dengan kuasa anginnya.

Dia dengan selamba melakukan hal tersebut kerana telah mendapat kebenaran dari pengetua untuk melakukan apa yang boleh untuk memastikan mereka semua memasuki bas.

Situasi Valery agak berbeza dengan yang lain kerana bas tersebut memang muat-muat maka ada pelajar lain di sebelahnya dan di seat line sebelahnya.

Boleh dilihat bahawa pelajar di sebelahnya itu tidak suka dengannya.

Kerana jika mereka tersentuh walaupun sedikit,dia akan marah.

"Alahai kau ni. Kenapa nak sentuh-sentuh orang pulak?"

"...."Valery tidak menjawab apa-apa dan sambung melihat luar.

"Tck,dasar anak buangan."

Valery mendengar itu. Dia marah,tetapi tidak boleh menimbulkan masalah.

Akhirnya,mereka tiba di Valley Village. Sebaik sahaja tiba,mereka terus mencari tempat tinggal mereka.

Setelah tiba,masing-masing mengeluh.

"Ini dikatakan Hotel? Bukan ke ini lebih kepada asrama?"seorang pelajar bertanya pelik ketika melihat tempat tinggal mereka.

Iaitu sebuah rumah yang cukup-cukup untuk mereka. Satu rumah untuk lelaki lagi satu rumah untuk perempuan. Mereka bukan bersebelahan tetapi berhadapan.

"Ini rumah sewa atau boleh dikatakan homestay." Valery menjawab sambil menilik rumah tersebut.

"Ada aku tanya kau ke?"lelaki tersebut bertanya marah.

"Saya cuma membetulkan." Valery menjawab selamba.

"Alah,kau tu biasa lah sebab kau tu asal kampung. Kami ni bukan."

"Incorrect. Aku asal hutan,bukan kampung. Kampung ada penduduk manusia,aku punya penduduk haiwan. Tapi....aku malas nak explain kat diorang."
Valery menghiraukan mereka dan memasuki rumah tersebut dengan senang hati.

"Ha'ah. Kau memang sesuai sangat duduk sini."

"Ergh...kenapalah kita kena datang tempat jijik macam ni?"

Tiga kembar,Eiji, Reiji dan, Reid berkata serentak.

Pandangan daripada penduduk kampung dihiraukan oleh mereka.

Berbeza dengan pelajar yang lain. Bagi mereka, rumah itu cukup baik kerana bertatahkan kayu jati yang kukuh lagikan cantik.

Bagi mereka,rumah itu sangat cantik. Sejuk lagi.

(1) Z ClassWhere stories live. Discover now