Bab 41 - pemberontak.

34 4 0
                                    

Mereka semua diberi masa rehat sebelum disuruh kembali menghadiri kelas. Dalton dan Joseph masih berehat di hospital kerana masing-masing mempunyai luka sendiri.

"Aku dengar Joseph ditahan lebih lama sebab luka dia makin teruk."Roy memulakan perbualan.

"Dalton pulak akan keluar bila dia dah stabil." Indra menambah.

"Bila agaknya diorang akan sedar?...." Ulrick merindukan kedua-dua beradik itu.

Sedang mereka berehat,

Hafizi dan Ryomae pula sedang sibuk berbincang dengan pengetua Martinez mengenai apa yang berlaku.

"Jadi,nampaknya ada dalang yang cuba mencabar pelajar-pelajar tersebut."Pengetua Martinez mendapat kesimpulannya.

"Saya ada dengar bahawa perkara ni bukan setakat berlaku kepada pelajar bernama Dalton sahaja. Tetapi juga pelajar-pelajar lain sepanjang ketiadaan kami. Mereka semua diganggu." Hafizi berkata dan Ryomae menunjukkan profil mengenai pelajar-pelajar yang sebelum ini pernah menyerang seperti Ulrick, Anya, Emy,Joseph, dan Haririe.

"Nampaknya dalang disebalik semua ini mengambil kesempatan semasa ketiadaan kalian di sisi mereka."Pengetua Martinez berkata.

"Betul tu."yang mendapat sokongan mereka berdua.

"Tapi,kita tiada semasa mereka yang sebelum ini hilang kawalan. Kamu tahu semua ni dari mana?"Pengetua Martinez bertanya mengenai sumber mereka. Takut-takut tidak boleh dipercayai.

"Izati,Roy,Indra dan Valery." Hafizi dengan senang memberitahu.

"Jika mereka,saya percaya. Tetapi....kita ada masalah." Pengetua Martinez bagaikan mempunyai sesuatu difikirannya.

"Apa masalahnya?"Mereka tertanya-tanya.

Kembali di sisi kelas Z,

Kini mereka berkumpul di wakaf di mana mereka selalu berkumpul ketika waktu rehat.

"Lepas satu,satu orang hilang kawalan. Lepas ni,siapa lagi?" Ivy risau.

"Sesiapa sahaja yang masih dibenci di akademi." Haririe menjawab benci.

"Hati-hati. Jangan sampai diri korang hilang kawalan. Remember to stay calm." Valery mengingatkan.

"Aku tak rasa diorang akan menyerang lagi." Roy berkata membuatkan mereka yang lain memandang dirinya.

"Kenapa kau rasa begitu?" Indra bertanya.

Mereka menunggu jawapan Roy. Kecuali Izati yang sudah mengetahui apa yang hendak Roy katakan. Kerana dia juga rasakan begitu.
Juga beberapa orang yang juga memikirkan hal yang sama.

"Cikgu-cikgu dah ada kat sini jadi,kita dah tak akan bertembung dengan mereka lagi. Memandangkan kita akan sibuk dengan kelas-kelas kita seperti biasa." Roy menjawab dengan tenang.

"Amin."Mereka berharap.

Keesokan harinya,

Diri mereka digemparkan dengan dua berita.

Satu,berita mengenai kematian lima orang yang sebelum ini mempunyai kaitan dengan mereka.

Iaitu Harold, Hodges, Shane, Daven dan Zelonof. Mereka semua meninggal dunia pada waktu yang sama kerana bunuh diri. Cara mereka juga sama.

Harold,Hodges dan Shane ialah tiga orang lelaki yang menganggu Ulrick,Emy dan Joseph. Dan juga yang menjadi mangsa Dalton kerana melampaui batas.

Daven pula ialah lelaki yang telah membawa pemburu-pemburu yang mengganggu hutan simpan kesayangan Anya.

(1) Z ClassWhere stories live. Discover now