Di sisi Ulrick,
Dia kini perasan bahawa dirinya sudah terpisah jauh daripada rakan-rakannya. Walaupun begitu, monsters yang masih ada membuatkan dia terleka lagi sekali.
Setelah ianya berakhir,dia menyandarkan dirinya pada dinding berdekatan. Atau lebih kepada bongkah simen kerana bangunan yang sedang dia berada sekarang sudah roboh kerana serangan monsters.
Ketika sedang berehat,barulah dia perasan bahawa tangan kanannya sudah berdarah teruk.
"Errghh..."Ketika sudah tiada apa-apa perkara lain di dalam fikirannya,dia mula merasakan kesakitannya.
Tiba-tiba,
"Huuu...."Dia terdengar tangisan kecil dari arah kanannya. Ianya terlalu dekat.
Disebabkan ingin tahu,dia terus mencari pemilik suara tersebut sambil menahan tangan kanannya yang cedera dengan tangan sebelah lagi.
!
Setelah menemui pemilik suara tersebut,dia agak terkejut kerana dia dapat melihat seorang kanak-kanak lelaki sedang menangis sambil menghimpitkan dirinya pada dinding yang berdekatan.
"Hey budak. Kamu tak apa-apa?" Ulrick bertanya kepada budak itu.
Kanak-kanak itu tersentak ketika disapa tiba-tiba.
Walaupun begitu, kanak-kanak itu tidak berkata apa. Tangisannya sudah berhenti maka itu sudah cukup baginya.
Tanpa disangka,
Krak.
Bunyi bagaikan sesuatu yang meretak kedengaran.
!
Terkejut Ulrick ketika perasan bahawa siling di atas mereka meretak sedikit demi sedikit.
Ulrick ingin membawa kanak-kanak tadi ke tempat lain tetapi,
Bum!
Siling yang berada di atas mereka terjatuh ke atas mereka.
!
Nasib baiklah Ulrick sempat menarik kanak-kanak tadi ke tepi tetapi malangnya,dirinya pula yang dihempap siling tersebut walaupun sipi-sipi.
Akibatnya,kaki Ulrick tersepit.
"Kamu....tunggu sekejap,ye..." Ulrick berjata sambil menahan sakit. Setelah perasan dirinya sudah tersesat pada mulanya,dia sudah meminta bantuan daripada Anya tetapi lelaki itu sedang sibuk maka dia terpaksa menunggu lama sedikit. Pelindungnya berada agak jauh darinya manakala senjatanya sudah melayang entah ke mana.
Sedang mereka menunggu bantuan,
Ggggrrr...
Seekor makhluk datang.
Ianya mula menghembuskan nafas di mana-mana tempat yang menghasilkan bunyi. Tidak kiralah ianya bunyi daripada kotak yang bergerak kerana angin atau hanyalah tikus yang melalui lorong tersebut,makhluk itu akan terus menghembuskan nafas berapi pada tempat tersebut.
Melihat itu,kanak-kanak itu menggigil ketakutan. Yang menyebabkan kanak-kanak itu menggelabah.
Maka,untuk tidak menakutkan budak itu lagi,Ulrick menarik kanak-kanak itu perlahan ke dalam pelukan nya tanpa bunyi.
Dan sebagai langkah keselamatan, Ulrick berfikir-fikir mahu menarik sepetak blok simen yang hancur kerana goncangan sebelum ini untuk melindungi mereka daripada kelihatan.
Walaupun makhluk itu bergantung kepada deria pendengarannya, berkemungkinan juga deria penglihatan nya masih berfungsi.
Tetapi,Ulrick perlu melakukannya dengan cepat kerana tarikan tersebut akan menghasilkan bunyi yang akan menarik perhatian makhluk tersebut.
YOU ARE READING
(1) Z Class
FantasyAkademi Ignesius ialah akademi di mana pelajar-pelajarnya dalam kalangan warga Hoxenlight Kingdom. Mereka memasuki akademi tersebut untuk memantapkan lagi kuasa mereka dan pembelajaran mereka untuk digunakan pada masa hadapan. Akademi Ignesius dike...