Seperti yang dijangka,stok minuman manis mereka sudah habis seperti pek milo.
"Baiklah,seperti yang dijanjikan, Joseph dan Dalton akan keluar membeli barang. Aku dah senaraikan so just beli apa yang ditulis. Ini duit nya." Valery memberikan senarai barang yang hendak dibeli bersama duitnya.
"Alah,tak de upah ke?" Joseph meminta.
"Hek'eleh,nak upah bagai. Macam budak je." Nieji sempat mengejek.
"Naturally, aku budak bagi abang Dalton. Betul tak?" Joseph merangkul lengan Dalton.
Dalton hanya membiarkan Joseph memperlakukan dirinya begitu.
"Korang ni macam couple. Geli aku." Haririe berkata dengan wajah jijik.
"Kesian aku tengok Dalton. Mempasrah je dia." Roy berkata dengan senyuman lebar.
"Ok,sudah sudahlah dengan drama korang. Pergi beli. Gunakan duit lebih tu untuk beli apa yang kau nak." Valery meleraikan perbualan mereka.
"Yey! Terima kasih. Jom abang!"Joseph terus menarik abangnya dan berlalu turun ke gunung.
"Hyper dia masih belum hilang." Anya berkata ketika melihat kelajuan Joseph.
"Apa kau expect? Hari masih cerah,memang banyaklah tenaga dia." Haririe membidas.
Mereka memandang sesama sendiri dengan pandangan tajam untuk memulakan pergaduhan sebelum,
"Op,op. Jangan marah-marah, nanti fly kan korang." Roy berdiri di tengah-tengah.
"Jom pergi padang. Kalau tak silap aku,abang-abang senior yang bertiga tu pun datang jugak." Indra mengubah topik.
"Tak boleh ke kau panggil gelaran abang dengan nama diorang je? Panjang pulak aku dengar kau sebut macam tu." Nieji bertanya.
"Ehehe...sorry....but....aku tak ingat nama diorang." Indra berkata malu.
"Jahatlah kau. Kalau diorang dengar ni,kecil hati diorang,tau." Ulrick menyampuk.
"Sudah,sudah. Jom pergi. Jangan buang masa. Tak malu ke kalau pelajar perempuan dulu yang sampai sedangkan perempuan bersiap lama?" Valery meleraikan perbualan mereka lagi dan mula berjalan ke padang.
Setelah mereka tiba,Ivy bertanya,
"Mana Joseph dan Dalton?"
"Diorang keluar beli barang keperluan. Dah habis diorang makan semalam." Roy menjawab.
"Jangan cakap orang,kau pun sama." Anya menyampuk.
"Hehe,aku cuma makan epal Valery je,ok. Tak baik membazir." Roy membalas.
"Sudahlah korang. Jom panaskan badan lepas tu training." Dengan itu,mereka mula memanaskan badan.
Di sisi Joseph dan Dalton,
Setelah siap membeli barang,"Abang baiklah dulu. Saya nak singgah beli benda lain." Joseph berkata kepada Dalton.
"Hati-hati."Setelah mengambil barang yang dibeli,Dalton berjalan pulang. Meninggalkan Joseph yang berjalan ke sebuah kedai dengan senyuman lebar.
Dia mempunyai lebihan wang jadi dia mahu membeli apa yang dia mahukan.
Ketika dia sedang seronok melihat barang yang hendak dia beli,
"Yo,adakah ini Joseph si api biru pelik?"
"!!"
Di sisi Dalton,
Sebaik sahaja dia ke padang setelah menghantar makanan di rumah,dirinya ditanya oleh Anya,
"Dalton,Joseph tak balik dengan kau ke?"Dalton menggelengkan kepalanya.
YOU ARE READING
(1) Z Class
FantasyAkademi Ignesius ialah akademi di mana pelajar-pelajarnya dalam kalangan warga Hoxenlight Kingdom. Mereka memasuki akademi tersebut untuk memantapkan lagi kuasa mereka dan pembelajaran mereka untuk digunakan pada masa hadapan. Akademi Ignesius dike...