Bab 44 - mencari penawar.

25 5 0
                                    

Masalah yang disangka sudah selesai rupa-rupanya hanyalah serangga sahaja.

"Berani kalian menyerang rakyat negara kami! Kalian akan menerima balasannya!" Raja Gama Kingdom berteriak sambil diikuti laungan orang-orang nya.

Tanpa sesiapa sedar,mata mereka masing-masing berwarna merah terang. Tetapi disebabkan jauh,mereka tidak melihat mahupun perasan akan itu.

"Mereka yang memasuki dan menganggu negara kami dahulu. Mereka memang sepatutnya dikenakan hukuman tersebut kerana telah menceroboh negara kami dan telah menyebabkan kekacauan." Raja Naufal yang berada di baris hadapan melaung kuat juga.

Putera pertama berada disebelahnya hanya diam walaupun dia memasang wajah ketat kerana berani mengganggu kawasan nya.

"I don't damn care about it! Attack!"Raja Gama Kingdom memulakan serangan.

"Nampaknya dia keluarkan semua army dia."salah seorang pahlawan berkata.

"Jangan risau. Kami takkan biarkan perkara ini."putera kedua Alamein Kingdom, Izakaya Daisuke berkata dari atas kudanya.

Dia dan keluarganya serta tentera mereka yang elit sudah tiba.

Begitu juga dengan keluarga Hu Yan Zhi dari Diaz Kingdom.

"Jangan lupakan kami."raja Diaz Kingdom iaitu ayahanda kepada Hu Yan Zhi berkata.

"Mereka telah berani-berani mencederakan permaisuri kalian. Yang juga ialah puteri kami. Mereka sememangnya menempah maut."permaisuri Diaz Kingdom yang juga ialah bonda Hu Yan Zhi berkata tegas.

"Now,ATTACK!"

Dengan itu,bermulalah serangan antara Gama Kingdom dan Hoxenlight Kingdom bersama Alamein Kingdom serta Diaz Kingdom.

Di sisi pelajar-pelajar lain.

Mereka semua tidak dibenarkan untuk menghadiri pertarungan kali ini kerana majority mereka telah cedera dan mereka masih terlalu muda untuk menghadapi peperangan yang besar begini.

Maka,mereka semua berada di hospital begitu juga dengan cikgu-cikgu. Kecuali Lutfi dan Riyadh yang diperakui kekuatan mereka oleh raja Naufal. Lagipun,mereka sahaja yang tidak cedera maka hanya mereka bertiga sahaja yang dibawa ke medan perang.

Taufiq pula diminta oleh raja Naufal untuk terus mencari maklumat mengenai racun yang berada di dalam darah dari musuh agar lebih cepat mereka mendapatkan penawarnya.

"Erg...aku rasa useless..." Ivy mengeluh.

"Kenapa kau nak mengeluh pulak? Keluarga kau membantu kerana kau memberitahu mereka. Ianya satu bantuan yang besar,kau tahu?" Angelica bertanya.

"Memanglah tapi.......
Aku rasa useless sebab tak dapat bantu Izati... aku langsung tak perasan apa-apa yang pelik pun....." Ivy menutup wajahnya dengan kedua telapak tangannya.

Emy pula menepuk-nepuk perlahan belakang Ivy untuk menenangkan.

"Sekurang-kurangnya kau cuba membantu juga dari segi bantuan. Kau tahu,tak ada siapa pun yang perasan selain Izati dan seorang lagi pelajar lelaki korang tu,tau? Kita langsung tak terfikir yang benda tu boleh berlaku. So,jangan salahkan diri. Lebih baik kau tenangkan diri then cuba cari jalan penyelesaiannya." Anita menyampuk.

"Hmm...."

Di sisi pelajar lelaki,

Ketika mereka sedang termenung memikirkan nasib rakan-rakan mereka,

"Err....Assalamualaikum..."

Mendengar suara tersebut yang dekat,mereka memandang.

"Waalaikumusalam."Mereka menjawab apabila melihat beberapa orang pelajar lelaki yang agak cedera kerana turut serta dalam pertarungan sebelum ini menyapa. Walaupun mereka kelihatan was was untuk bertanya.

(1) Z ClassWhere stories live. Discover now