"Wey,kenapa kita tiba-tiba kena panggil ni?"Joseph bertanya kepada mereka yang lain.
Kerana dia dan rakan-rakan nya yang lain dipanggil oleh pengetua untuk ke pejabatnya.
"Entah. Jomlah pergi. Nanti kita kena denda sebab lambat." Indra berkata.
"Guys!!"
Pelajar-pelajar lelaki terkejut mendengar laungan itu.
Rupa-rupanya ianya ialah suara Ivy.
"Hey,kenapa ni?" Joseph bertanya risau.
"Kami....huf...kami tak jumpa Izati." Ivy berkata dengan penuh risau. Entah kenapa tangannya menggigil. Mungkin kerana tidak henti-henti berlari dari tadi.
"Mungkin dia dah pergi pejabat kot." Ulrick meneka.
"Ta....tapi,dia suruh kitorang cari dia ka... kalau dia keluar lebih sejam..." Ivy masih risau.
"Janganlah risau. Diakan magician." Nieji menenangkan gadis itu. Bukan hanya Ivy tetapi juga Emy yang dari tadi mengambil nafas. Mereka benar-benar mencari Izati sebelum dipanggil.
"Sudahlah. Jom pergi." Valery mengarahkan mereka memandangkan mereka bagaikan sudah terlewat.
Ketika mereka dalam perjalanan ke pejabat pengetua,mereka bertembung dengan beberapa orang pelajar yang mereka kenali.
Tetapi,mereka tidak perasan akan kehadiran mereka memandangkan mereka perlu cepat.
"Kenapa diorang tu macam cemas je?" Molly yang perasan berasa pelik.
"Entahnya. Langsung tak tegur." Sulvares bertanya.
"Alah,diorang tak nampaklah tu." Hans berkata santai.
"Bukan kau ke yang biasa nya tak nampak sebab selalu dengan phone?" Katz bertanya sarcastic.
"Erk."
"Izati tak de pun kat situ. Mana dia?" Molly berasa pelik ketika Izati tidak kelihatan.
"Mungkin dia dah pergi tinggal kawan dia kot." Niell berkata.
"Sudah,jom masuk kelas. Nanti cikgu bising. Jangan nanti cikgu tahu yang kita ni mengelat kelas dia,ye."Lloyd mengingatkan.
"Aww....aku rasa suspicious lah. Diorang bukan jenis yang senang-senang turun sini selain masa perhimpunan. Panggilan pengetua bukan main-main tau."
"Jadi?" Anita bertanya pelik dengan pernyataan Milly.
"Jom intip."Bukan hanya seorang tetapi beberapa orang mengatakan hal yang sama.
"Korang ni..." Katz menggelengkan kepalanya.
Lloyd sudah mengeluh.
"Alah,aku tahu yang korang pun nak tahu. Jomlah~" Angelica cuba menghasut.
"Kau jangan macam-macam. Macam mana kalau pengetua nampak kita?"
"Alah,sekejap je." Anita berkata.
"Ah.... jom."Disebabkan hasutan yang lain, Lloyd dan Katz pun terikut sama.
Mereka pun mengekori kelas Z ke pejabat pengetua.
Ketika mereka sampai,mereka terus melekapkan telinga mereka pada pintu untuk mendengar dengan lebih jelas.
Dan berita yang mereka dapat sangat mengejutkan mereka.
"Dukacita dimaklumkan bahawa Quizatin Amrina binti Alen Lopez sudah meninggal dunia sebentar tadi."pengetua Martinez berkata dengan penuh hampa. Nada suaranya juga serak ketika ingin mengatakan kebenarakan itu kepada pelajar-pelajar tersebut,yang merangkap rakan kepada gadis yang baru sahaja meninggal dunia.
YOU ARE READING
(1) Z Class
FantasyAkademi Ignesius ialah akademi di mana pelajar-pelajarnya dalam kalangan warga Hoxenlight Kingdom. Mereka memasuki akademi tersebut untuk memantapkan lagi kuasa mereka dan pembelajaran mereka untuk digunakan pada masa hadapan. Akademi Ignesius dike...