Bab 77 - apa?

26 5 0
                                    

Ketika mereka sedang membantu,mereka perasan bahawa seseorang sedang mengamuk teruk.

Cikgu Ryomae.

"Pastinya sesuatu telah berlaku." Mereka semua memikirkan hal yang sama.

Pada ketika itu,salah seorang daripada mereka mula merasakan sesuatu.

Valery. Dia yang melihat keadaan Ryomae yang mengamuk sakan itu terasa takut.

Bagaimana dia ingin bertanya jikalau dekat pun tak berani? Pada masa yang sama,dia dapat rasakan sesuatu pada dirinya.

"!!"

Dia memandang ke arah Ryomae yang sedang mengganas itu. Matanya menunjukkan kebencian dan amarah yang sukar dikawal. Dan dia juga........dapat merasakan perasaan itu. Kenapa? Bukan hanya kebencian dan amarah,tetapi dia juga dapat merasakan kesedihan pada mata Ryomae.

"Hey,what's going on here?"Joseph bertanya kepada tentera-tentera yang berdekatan. Tetapi, mereka kelihatan takut untuk memberitahu maka mereka menyibukkan diri dengan menyerang monsters walaupun ianya monsters yang tidak kuat.

Salah seorang tentera yang perasan akan kekeliruan pelajar-pelajar itu memberanikan dirinya untuk menarik Valery ke tempat lain.

Dan memberitahu hal yang sebenar.

"Yang sebenarnya....tuan Hafizi berada di dalam tahanan.... ketua musuh... kerana itulah tuan Ryomae bertindak begitu. Dia mahu cepat pergi markas musuh untuk menyelamatkan tuan Hafizi tetapi.... dengan keadaan sekarang,ianya sukar."tentera tersebut berkata.

"Cikgu....Cikgu Hafizi....di... di ambil musuh....?" Mereka semua terkejut mendengar itu. Patutlah Ryomae mengamuk, rakan baiknya diculik oleh musuh manakala dirinya pula dikelilingi penghalang.

Disebabkan hanya ada Valery,Joseph dan Dalton sahaja di situ, salah seorang daripada mereka memanggil yang lain menerusi telepati.

"Kita kena pergi ke sana sekarang juga. Ulrick, Emy dan Haririe. Kalian berehat. Biar kami yang lain teruskan." - Valery.

"....baiklah."Walaupun mereka mahu membantah, tetapi mereka perlu sedar akan keadaan mereka pada ketika itu.

"Anya,tolong carikan di mana aura cikgu Hafizi berada. Sambil-sambil tu, kita lawan yang dekat sini dulu." - Valery memutuskan.

"Baiklah."- dengan persetujuan yang lain, mereka mula berlawan dengan makhluk-makhluk jahat yang cuba memasuki Hoxenlight Kingdom.

Pada masa yang sama,ada antara mereka yang berani-berani cuba untuk mendekati pengguna Magix. Untuk menamatkan semuanya dengan lebih cepat.

Mereka itu ialah Joseph,Dalton,Shui,Nieji dan Indra.

Mereka cuba mendekati pengguna yang asyik memanggil makhluk-makhluk Dark itu tetapi,

Terdapat monsters dan Dark Demonic Beast yang menghalang.

"Arg!" Joseph yang tidak perasan dengan musuh dibelakang nya diserang. Dia terjatuh manakala pedangnya melayang ke tempat lain.

Yang tinggal hanyalah sarung tangan larva nya.

Dark Demonic Beast itu cuba menyerang Joseph lagi. Joseph yang tidak berputus asa menahan serangan tersebut dengan sarung tangan larva nya.

Ianya berjaya menghentikan serangan tetapi hanyalah seketika sahaja.

Kuku tajam Dark Demonic Beast itu hampir-hampir terkena badan Joseph.

Dan tepat pada masanya,

Sring!

Dark Demonic Beast itu diserang oleh seseorang.

(1) Z ClassWhere stories live. Discover now