Sebaik sahaja Emy memasuki bas tersebut, ramai pelajar yang mula berbisik-bisik.
Tetapi,dia memekakkan telinganya dan disebabkan dia sudah biasa membisukan mulut,maka tidak menjadi masalah untuk dia melakukan hal itu lagi sekali.
Sepanjang perjalanan Emy ke sana,memang tiada sesiapa yang bercakap dengan nya. Mahupun yang mencari gaduh dengan dirinya.
Wood Forest.
Ketika Emy disuruh untuk memberitahu namanya untuk mencari bilik,
Dia ingin memberikan kertas yang sudah tertulis namanya tetapi,
"Emily Emeryna."pelajar lain menjawab bagi pihak dia.
"Oh...erm...baiklah..." pelayan itu agak kekok menjawab memandangkan dia tidak menjangkakan hal itu.
"Hey,kenapa kamu yang jawab? Bukan dia? Dia kan ada mulut?"
"Mery,jangan layan mereka macam tu. Mereka ni customer kita."Setelah menegur rakannya,pelayan baik itu memberikan kunci kepada Emy dan berkata,
"Kamu akan sebilik dengan pelajar-pelajar yang tertulis pada kad yang ada pada kunci tu. Maaf lah tentang raka---"
"Kenapa kau nak kena terangkan kat diorang? Buang masa je. Gaji tetap sama." Mery berkata selamba.
"Itu dah kerja kita. Apa yang kita buat ni memang dapat gaji. Dan selebihnya itu---" kata-kata wanita pelayan itu terpotong apabila Mery menyampuk,
"Ah,kau ni cakap banyak lah."
"Look who's talking." Mereka termasuklah pelayan baik tadi memikirkan hal yang sama.
"Anyway,aku bukan pekerja makan gaji." pelayan itu mengakhiri perdebatan itu dengan tenang.
Mery tidak dapat berbuat apa-apa walaupun dia marah. Nak tengking,takut mengganggu pelanggan lain yang akan membuatkan mereka memanggil bosnya. Ingin menggunakan kekasaran,CCTV masih berfungsi. Pastinya pengawal yang bertugas akan memberitahu bosnya pula.
Maka,dia mengambil keputusan untuk diam sahaja.
"Tunggu lah kau,budak. Disebabkan kau,aku dapat malu." Itulah pandangan yang Mary berikan kepada Emy yang tidak perasan kerana dia sedang menunjukkan kad kunci untuk rakan sebiliknya melihat.
"I feel not good about this,guys."
"Same here."
Ketika mereka berbisik sesama mereka,mereka sedar bahawa mereka memikirkan hal yang sama.
Setelah pelajar-pelajar itu pergi,
"Kau rasa,kenapa budak tu tak beritahu sendiri?"
"Aku dengar budak tu bisu."
"Heh~bisu Rupanya."
"Hey,korang tahu apa nak buat?"
"Hehehe,semestinya."
Pelayan yang baik hanya mampu mendengar itu. Dia tidak mampu berbuat apa-apa selain berdoa agar pelajar-pelajar itu tidak diapa-apakan.
Salah seorang pelajar yang sedang mengikat tali kasutnya di situ hanya memandang dengan wajah poker dan terus memberitahu yang lain melalui grup Whatappai.
Mereka mencipta grup untuk berbincang sesama mereka.
Mereka bukan bercakap buruk mengenai sesiapa di dalam itu.
Kerana mereka tidak berniat jahat pun. Bukan niat mereka untuk memalau Emy.
Mereka sebenarnya memang cuba untuk berkomunikasi dengan Emy tetapi malangnya mereka tidak tahu bagaimana kerana Emy berbeza.
YOU ARE READING
(1) Z Class
FantasyAkademi Ignesius ialah akademi di mana pelajar-pelajarnya dalam kalangan warga Hoxenlight Kingdom. Mereka memasuki akademi tersebut untuk memantapkan lagi kuasa mereka dan pembelajaran mereka untuk digunakan pada masa hadapan. Akademi Ignesius dike...