Keesokan harinya,
"Kenapa kita kena bersiap? Nak pergi mana?" Anya bertanya.
"Kalau setakat nak pergi perpustakaan kelas kita,pakai biasa-biasa sudahlah...." Haririe menyambung.
"Tapi tak silap aku,bukan ke kita dah geledah satu perpustakaan hari tu? Masih tak jumpa jawapan...." Joseph menyampuk.
"Guys,tolong bagi peluang untuk Shui bercakap,boleh?" Nieji bertanya 'lembut' bersama senyuman untuk menahan diri daripada mengamuk di situ.
Shui tak cakap habis lagi diorang nak menyampuk. Memang geramlah.
Indra pula hanya diam disebelah Nieji.
"Cikgu Hafizi dah discharge,kata nak pergi perpustakaan di istana." Shui menambah.
"Akk...yelah." Mereka yang baru teringat akan hal itu terus masuk ke bilik masing-masing untuk bersiap.
"Eh eh,diorang ni. Makan pun tak habis lagi." Valery menggelengkan kepalanya melihat mereka yang lain meninggalkan makanan tengah hari yang dihidangkan sebentar tadi.
Kini,hanya tinggal dia,Dalton,Indra,Nieji dan Shui sahaja di dapur.
"Tak pe,biar aku makan. Indra,Shui. Makanlah dulu." Nieji dengan senang hati duduk ditempat duduk Anya,dihadapan Valery.
Tanpa banyak soal,Indra dan Shui juga turut duduk dan makan. Indra duduk ditempat Joseph iaitu sebelah Dalton dan Shui duduk ditempat Haririe iaitu dihadapan Anya atau kini diduduki oleh Nieji.
Kadang-kala mereka makan pada waktu yang berbeza.
"Eh,kejap. Shui,dari mana kau tahu yang cikgu Hafizi dah discharge?" Valery bertanya.
"Semasa keluar, pergi hospital." Shui menjawab.
"Kau dah beritahu pelajar perempuan belum? Nanti lambat pulak diorang bersiap." Valery bertanya lagi.
Shui menjawab dengan anggukan sahaja.
"Ok,kalau macam tu,aku pun pergi bersiap jugalah. Lepas korang habis makan pergi basuh,tau."dengan itu,Valery juga turut masuk ke biliknya untuk bersiap.
Begitu juga dengan mereka yang lain kerana sudah siap makan.
Setelah kesemua mereka bersiap,mereka bertemu dengan Emy dan Ivy di perkarangan kelas mereka.
"Eh...er...Emy...mana Ivy?" Joseph bertanya pelik.
"Dan siapa sebelah kau tu? Aku tak pernah nampak perempuan tu sebelum ni." Ulrick juga turut bertanya.
"Kawan kau ke?" Anya meneka.
Emy yang mendengar itu menutup mulutnya yang hampir-hampir ketawa besar. Tidak sangka mereka tidak mengenali Ivy yang bertudung itu.
"Apa korang ni? Takkanlah tak kenal aku." Ivy memandang setiap seorang daripada mereka.
"Tak."Mereka menggelengkan kepala mereka serentak.
"Ini Ivy,lah. Izarina Viera." Ivy memperkenalkan dirinya dengan wajah yang mahu merajuk.
"Ivy?!"Mereka memang terkejut gila apabila melihat perubahan mendadak gadis itu.
"Kau buat pembedahan plastik ke?" Anya yang tidak pandai menapis mulutnya terus dipukul oleh Haririe yang geram.
"Kau ni...." Ivy sudah menggenggam penumbuk nya kerana geram.
"Salah ke aku tanya?" Anya yang tidak memahami apa-apa bertanya.
"Ada jugak aku renjat dia ni kang...." Haririe menahan amarahnya daripada meletup di situ.
YOU ARE READING
(1) Z Class
FantasyAkademi Ignesius ialah akademi di mana pelajar-pelajarnya dalam kalangan warga Hoxenlight Kingdom. Mereka memasuki akademi tersebut untuk memantapkan lagi kuasa mereka dan pembelajaran mereka untuk digunakan pada masa hadapan. Akademi Ignesius dike...