Ketika pelajar-pelajar lain sedang termenung kerana tiada apa yang hendak dibualkan,
"Argh!"Anya menjerit ketika merasakan sesuatu pada pipinya.
"Hahaha. Apalah kau ni. Benda macam tu pun terkejut ke?" Roy bertanya dengan tawanya.
"A...apa tadi tu?" Anya bertanya. Mereka yang lain pula menunggu jawapan kerana mereka tak tahu apa yang berlaku.
"Hahaha. Tak delah. Aku letakkan air tin sejuk ni kat pipi kau je. Chill lah." Roy berkata sambil memberikan minuman dan snek yang dibeli tadi.
"Kau ni.... Buat terkejut aku je lah..." Anya merungut.
"Sudahlah,Anya. Makan je." Haririe berkata sambil memakan snek yang dibeli.
Maka,mereka pun menjamu selera.
Setelah selesai,mereka pulang ke kelas masing-masing.
Pada waktu pulang,mereka semua mula berasa berat kepala.
"Ah...ni mesti sebab aku tidur lambat malam semalam...."Mereka meneka.
"Apa kata kalian pulang dan berehat dulu?"Cikgu Hafizi yang melihat mereka yang lain bagaikan tidak sedap badan berkata.
"Tak pe ke cikgu?"Mereka yang lain memandang cikgu-cikgu mereka untuk kepastian.
"Macam mana dengan kelas kuasa waktu petang nanti?" Valery menambah.
"That's fine. Kesihatan korang tu penting. Mental dan fizikal. Sudah,pergilah balik."Cikgu Hafizi berkata dengan senyuman.
"Erm...baiklah cikgu. Terima kasih.
Kami pergi dulu,Assalamualaikum."
Mereka semua pun pulang.
Tetapi,ada seseorang yang belum pergi bersama rakan-rakannya.
"Kenapa ni Roy?"
"Rasanya saya ada benda nak beri cikgu tapi....saya lupa...erm..."Roy cuba mengingati.
"Ah,baru ingat. Ini,cikgu-cikgu minumlah. Sekarang ni musim panas,kan? Saya ada nampak yang air cikgu Ryomae dah habis semasa mengajar tadi. So,basahkan tekak dengan air tu,ok?"Roy memberikan dua air tin sejuk kepada Cikgu Hafizi dan Ryomae.
"Wah~Terima kasih,Roy. Tahu-tahu je kamu yang cikgu tengah dahaga."Cikgu Hafizi berkata dengan penuh kegembiraan.
".....Terima kasih."Cikgu Ryomae berkata tanpa memandang Roy.
"Hehe,minum tau,jangan tak minum. Membazir duit saya nanti!!"Roy pun berlalu pergi setelah tugasnya selesai.
Pada waktu malam,
Mereka semua termasuklah pelajar perempuan dan guru-guru lelaki masuk tidur awal kerana kepala mereka berasas semakin berat.
Tanpa mereka ketahui,mereka telah memasuki perangkap musuh,Suon.
"......"Roy yang tidak dapat tidur hanya memandang ke bulan malam melalui tingkap biliknya. Senyap sahaja. Hanya diiringi bunyi cengkerik dan alunan daripada pokok sahaja.
Tingkap dibuka agar dirinya terkena angin malam yang sejuk.
YOU ARE READING
(1) Z Class
FantasyAkademi Ignesius ialah akademi di mana pelajar-pelajarnya dalam kalangan warga Hoxenlight Kingdom. Mereka memasuki akademi tersebut untuk memantapkan lagi kuasa mereka dan pembelajaran mereka untuk digunakan pada masa hadapan. Akademi Ignesius dike...