Bab 1 - pelajar

214 9 0
                                    

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Nama aku Valery. Valery Hyuga. Yeah,aku tahu nama aku hampir sama macam nama cikgu baru aku, Ryomae Hyuga tapi tu tak bermakna kitorang ada kaitan apa-apa.

Sebelum ni,aku tinggal berdua dengan satu-satunya ibu aku yang sabar dan tekun besarkan aku. Tapi baru-baru ni ibu aku meninggal dunia kerana Mana Core dia semakin meretak. Aku tak pernah tahu pun sebelum ni sehinggalah ibu aku hampir berada di hujung nyawa.

Disebabkan kehilangan satu-satunya keluarga aku,aura aku terkeluar tanpa aku sedar.

Nasib baiklah ketika itu aku berada di hutan memandangkan kami menetap di dalam hutan. Memang pelik tetapi ibu aku kata untuk keselamatan aku. Aku dapat tahu kuasa aku berbeza dengan orang lain maka agar tidak terjadi perbalahan atau aku hilang kawalan,kami tinggal di dalam hutan. Aku tinggal di sana bukan hanyalah sebagai beban semata-mata. Ok,sebelum ni memang beban memandangkan aku masih kecil tapi ketika aku dalam umur 5 tahun,aku membantu ibu aku agar dia boleh berehat sedikit. Aku juga ada berlatih gunakan kuasa aku agar lebih stabil. Maka,hutan memang tempat yang sesuai untuk berlatih memandangkan tiada sesiapa yang akan menganggu atau akan terkena tempias.

Lagipun,aku ada dengar yang terdapat peperangan berlaku ketika aku masih dalam kandungan ibu. Sebab tulah ibu aku ke hutan dan bersembunyi daripada peperangan itu.

Ah,aku juga ada dengar yang ayah kandung aku ialah salah seorang panglima tentera diraja maka dia juga turut sama menyertai peperangan. So....boleh jadi....dia dah tak ada.

Tapi,aku bersyukur terhadap ilahi sebab aku diberikan kehidupan yang selesa sekarang sebagai seorang pelajar di akademi Ignesius, di kelas Z.

Sebelum ni,aku fikirkan hidup aku hanya akan tinggal di dalam hutan sampai mati tapi rupanya aku dapat keluar dari hutan itu.

Dan sekarang,aku tinggal di sebuah rumah yang di sediakan khas untuk aku dan bakal pelajar-pelajar kelas Z yang lain. Memandangkan kelas kami jauh dari yang lain,maka kami perlu tinggal di asrama sendiri atau lebih kepada rumah.

Bilik sendiri-sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bilik sendiri-sendiri.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
(1) Z ClassWhere stories live. Discover now