Bab 31 - problems.

25 3 0
                                    

Setelah seharian menghadiri kelas,mereka pulang. Dalton masuk bilik untuk tidur manakala Anya,Joseph dan Ulrick sambung bermakna game. Haririe dan Valery pula memasak.

Di sisi seseorang,

Dia sedang termenung di dalam biliknya. Seharian dia tidak keluar. Dia tidak tahu mahu melakukan apa... nak keluar,dia takut.

Tiba-tiba, sedang dia mengelamun ke arah siling biliknya,

Seekor kucing berwarna hitam menaiki katil nya dan memandang dirinya.

"Kucing hitam? Bukan... bayang?"
Melihat itu,dia terus tahu pemilik kucing tersebut.

Shui...

Ketika itu jugalah,seseorang mengetuk pintunya.

Dia pun terus masuk ke dalam selimutnya dan membatukan diri.

"Indra,kalau kau tak nak bukak,aku sendiri akan buatkan kau bukak."

Suara Nieji kedengaran dari luar. Disebabkan tidak mahu dirinya dikawal,dia terus membuka pintu tanpa sedar.

Sebaik sahaja membuka pintu,Indra boleh lihat Shui yang mempunyai sisa bayang pada tangannya membuatkan dia terus dapat tahu bahawa kucing tadi milik kuasa Shui bersama Nieji yang telah tersenyum sinis kerana dapat mengeluarkan Indra daripada terperangkap dalam biliknya dan Valery yang membawa sedulang makanan.

"Hah,kan aku dah cakap. Dia akan keluar punya." Nieji berkata dengan senyuman lebar.

"Dah kau ugut dia. Mestilah dia keluar." Valery berkata datar.

Shui pula menganggukkan kepalanya tanda sokong.

"Alah,dia tetap buka pintu,kan? Hehe." Nieji ketawa tidak bersalah.

".......Sorry kalau aku menyusahkan korang." Indra meminta maaf ketika melihat rakan-rakan nya yang sedang berusaha untuk menceriakan dirinya.

"Alah,no problem. Lagipun,kau macam ni jugak sebelum ni. Terperap dalam bilik." Valery berkata dengan senyuman.

"Oh,dia memang macam ni ke dulu?" Nieji bertanya.

Valery menganggukkan kepalanya.

"Er...er... Shui,macam mana kau buat kucing bayang ni? Macam mana aku boleh pegang? Bukan bayang tak boleh pegang ke?" Indra mengubah topik kerana malu.

"Aku belajar daripada seseorang semasa cuti aku dulu. Banyak benda juga aku belajar dalam dua minggu tu. Dia juga ada kuasa bayang. Dan aku dah pandai buat semua yang dia ajar selama seminggu tu." Shui berkata dengan nada sedikit gembira.

Mereka yang mendengar itu agak terkejut,
"Oh~kau nampak gembira."

"Jangan fikir macam-macam, pengajar aku tu lelaki." Shui memberitahu sebelum salah faham berlaku.

"You did a great job,Shui." Valery berkata.

Shui yang mendengar itu agak malu kerana itu ialah pertama kali dia mendengarnya.

"Hah,kau nak kena puji rupanya." Nieji menyakat Shui.

"S...shut up."

Nieji terus menerus ketawa ketika melihat wajah Shui yang semakin merah. Susah nak tengok Shui membuat emosi memandangkan dia seorang yang pendiam.

Valery sudah menggelengkan kepalanya. Dulang telah diletakkan pada meja bilik Indra.

Melihat itu,Indra mengukir senyuman nipis. Gembira dia rasa.

Roy yang melihat kejadian itu dari jauh juga tersenyum nipis.

"Alhamdulillah, semuanya dah baik." Dia gembira ketika melihat mood Indra yang semakin cerah.

(1) Z ClassWhere stories live. Discover now