Di sisi pelajar kelas Z lelaki,
Ramai antara mereka yang sedang tidur walaupun matahari telah naik. Ini kerana setelah mereka bangun untuk solat subuh tadi,rasa mengantuk kembali membuatkan mereka tidur semula.
Kecuali seseorang. Dirinya yang tidak suka tinggal di suatu tempat lama-lama membuatkan dia keluar.
Katanya dia mahu mengambil angin.
"Finally,boleh jugak aku keluar."seseorang dengan senyuman lebar diwajahnya berkata
"Walaupun kau keluar berkerusi roda?" Seorang lagi yang ditarik oleh pelajar tersebut menyindir sambil menolak kerusi roda pelajar yang bersemangat tadi.
"Ehehe. Alah,sekali-sekala Jo nak keluar. Apa salahnya,kan?" Jo atau Joseph berkata kepada peneman dirinya dengan senyuman.
Si peneman hanya menggelengkan kepalanya.
Ketika mereka sedang bersiar-siar di koridor hospital,
Mereka berdua dilalui oleh beberapa orang dengan sangat laju.
"Pastinya mereka rindu ingin bertemu keluarga mereka."Itulah apa yang mereka fikirkan.
Dan itu jugalah apa yang berlaku semalam iaitu selepas diri mereka dirawat.
Ibu bapa mereka memasuki wad tersebut dengan wajah yang sangat risau. Nasib baik lah di bilik itu hanya ada mereka berdua.
Joseph terperasan akan seseorang yang melalui mereka tadi bertanya,
"Abang,kenapa satria tadi ke arah bilik pelajar perempuan kelas kita?""Maksud kau,satria yang selamatkan kau sebelum ni? Satria tadi dari Alamein Kingdom, negara asal Ivy. Mungkin dia ingin bertemu dengan puteri nya?" Dalton iaitu abangnya meneka.
"Erm...mungkin..."
Di sisi pelajar perempuan.
"Er...bonda? Kenapa bonda masih memakai uniform bonda? Hal lain masih belum selesai ke? Kenapa bonda terus ke sini sedangkan bonda belum menukar pakaian? Bagaimana jika ada yang tertanya-tanya? Ah,bonda ada luka-luka ke?" Ivy bertanya bertubi-tubi ketika melihat bondanya,Shazwarma yang masih dalam sut uniform satria nya.
Rupa-rupanya, satria yang menyelamatkan Joseph sebelum ini ialah bonda kepada Ivy,Shazwarma.
Takut juga dia jikalau hal di medan peperangan belum selesai.
"Kamu tak perlu risau."permaisuri Shazwarma berkata sambil menanggalkan topi satria nya. Maka,terlihatlah wajah seorang wanita yang agak berumur bersama sedikit kedutan pada wajahnya. Walaupun begitu, senyuman tidak luntur dari wajahnya yang dilitupi oleh tudung yang dimasukkan ke dalam baju kerana tidak mahu mengganggu pergerakan nya.
"Hal di sana sudah selesai kerana bantuan rakan-rakan kamu yang menyelesaikan para pengguna Magix maka,kami boleh habiskan semua dengan lebih senang."dia menyambung.
YOU ARE READING
(1) Z Class
FantasyAkademi Ignesius ialah akademi di mana pelajar-pelajarnya dalam kalangan warga Hoxenlight Kingdom. Mereka memasuki akademi tersebut untuk memantapkan lagi kuasa mereka dan pembelajaran mereka untuk digunakan pada masa hadapan. Akademi Ignesius dike...