Bab 62 - mencari

14 3 0
                                    

"Jadi,apa strategi kalian?" Arwin Derex bertanya setelah mereka yang lain habis berlatih.

Hari ini dia menamatkan latihan awal kerana mahu mendengar strategi pelajar-pelajar lain.

"Saya akan track laluan yang musuh lalui dengan angin." Roy memulakan.

"Seperti biasa,wind knows everything." Izati berkata yang mendapat sokongan pelajar lain.

"Saya juga boleh kesan aura musuh memandangkan kuasa saya juga ialah aura." Anya menambah.

"Dan setelah kita jumpa Kern Vitez,...."Dan mereka pun memulakan perbincangan strategi mereka.

(Sorry,but aku tak pandai buat strategi)

Setelah selesai,

"Baiklah,jika begitu kita jumpa pagi esok. Pastikan kalian mendapat kebenaran tuanku diraja. Nanti hilang tiba-tiba, risau pula baginda." Arwin berkata.

"Kenapa kita kena start pagi esok? Kenapa tak start sekarang je?" Anya merungut.

"Kalau kau pergi sekarang,kau nak makan apa? Kau nak pakai apa? Kita tak tahu berapa lama kita perlukan untuk cari musuh. Kita dah lah tak ada barang persediaan." Haririe membalas panjang.

"Tch. Janganlah marah." Anya merungut lagi.

"Kerja kau ni merungut je,kan?"

"Hey,aku pun bantu Roy untuk kesan musuh,tau." Anya membalas kembali.

"Guys!" Valery menjerit kepada mereka membuatkan perbalahan mereka itu berhenti.

Melihat tiada halangan lain,mereka pun berjalan pulang setelah memberi salam.

"Valery Hyuga. Sama seperti bapanya,lantang dan tegas. Tapi,mungkin ada sedikit sifat ibunya membuatkan dia mempunyai sifat pemimpin tegas dan baik pada masa yang sama."

Setelah mereka pulang,

Izati seperti biasa meminta kebenaran daripada raja Naufal.

"Adakah kamu pasti? Ianya membahayakan."raja Naufal berasa risau akan sepupu jauhnya itu.

"In sya Allah." Izati menjawab ringkas. Dia sendiri tidak tahu apa yang akan menimpa mereka nanti.

".....beta benarkan." Akhirnya,raja Naufal membenarkan.

"Terima kasih,tuanku." Izati membongkokkan badannya.

Raja Naufal memandang sosok belakang tubuh Izati yang ingin keluar. Dia mengeluh. Kalau boleh,dia mahu memanggil Lutfi,Riyadh dan Taufiq untuk bersama mereka sebagai langkah keselamatan tetapi,mereka tidak boleh keluar dari akademi selagi tidak graduate. Jadi,dia tidak boleh berbuat apa-apa. Walaupun dia boleh sahaja menggunakan kuasa dia sebagai seorang raja untuk memanggil,tetapi ketiga-tiga mereka pun baru sahaja masuk maka,ianya akan menarik perhatian orang lain untuk membuat cerita-cerita palsu dan pelbagai spekulasi sendiri.

"Ya Allah,Ya tuhanku. Kau bantu dan jagalah mereka sepanjang perjalanan mereka yang penuh bahaya itu. Hanya Engkau sahaja sebaik-baik pelindung,Ya Allah..."raja Naufal memohon kepada pencipta yang Satu.

Setelah itu,Izati pun memberitahu rakannya untuk bersiap.

"Alright guys,mari berkemas. Kita dah dapat kebenaran tuanku." Valery berkata kepada pelajar lelaki lain.

"Baik!"

Keesokan harinya,

Awal-awal pagi setelah mereka sarapan,mereka sudah berada di taman rekreasi lama.

Sambil-sambil menunggu,mereka sempat berborak kosong.

"Guys,korang tahu tak? Aku terjumpa kucing tadi. Warna dia kelabu. Comel giler!aku nak je cubit pipi dia tapi itulah,aku kena cakar dulu...." Roy menceritakan apa yang dia lalui pagi tadi.

(1) Z ClassWhere stories live. Discover now