Mereka yang lain tiada semangat untuk bersiap untuk ke kelas kerana tiada yang akan mengajar mereka.
Maka,mereka hanya berada di rumah.
Sehinggalah,diri mereka dipanggil oleh Izati yang menggunakan telepati.
"Izati,kau dah sedar!" - mereka yang lain sangat gembira mendengar suara Izati.
"Well,aku cuma perlu berehat sekejap sahaja. Ah,aku panggil korang ni sebab nak beritahu sesuatu." - Izati.
"Apa dia?" - mereka bertanya serentak.
"Korang kena berkumpul di perkarangan kelas kita sekarang. Nanti korang akan tahu." - dengan itu,telepati pun terputus.
Dan mereka mula bersiap untuk bertemu Izati.
Ketika mereka tiba,
!
Mereka amat terkejut ketika melihat Izati yang tersenyum kepada mereka selamba sahaja berdiri di sebelah tetamu penting.
Mereka pada mulanya terkejut ketika melihat wajah Izati yang berparut,mungkin kerana kesan hirisan senjata Kern Vitez. Parutnya bermula dari atas mata kiri Izati sehingga pipinya. Ianya menghasilkan parut yang panjang. Walaupun begitu, Izati tetap tersenyum bagaikan parut itu bukanlah perkara besar baginya.
Entah kenapa,beberapa orang berasa sakit hati dan bertambah dendam dengan Kern Vitez.
Antaranya,semestinya Ivy dan Emy.
Sebelum mereka terkejut melihat tetamu penting bersama pengetua Martinez.
"Pe....pengetua, apa ni..." Ulrick sangat terkejut.
"Kenapa pengetua tak beritahu kitorang apa-apa..." Anya juga turut terkejut.
"Even myself doesn't know about this." Pengetua Martinez menjawab pasrah.
"Ke...kenapa tuanku....berada di sini?"Siapa sahaja yang tidak terkejut jika raja Naufal sendiri datang ke tempat mereka.
"Korang,berikan tuanku masa untuk explain,boleh?" Izati berkata.
"......"Mereka pun diam.
"Terima kasih,Izati."raja Naufal berterima kasih.
Izati pula menjawab dengan menundukkan kepalanya.
"Tujuan beta ke sini adalah untuk menawarkan kalian tempat tinggal sementara. Beta tahu keadaan kedua-dua guru kalian,Ryomae dan Hafizi. Mereka cedera teruk maka,tiada yang akan mengajar mahupun menjaga kalian pada ketika ini. Beta dengan berbesar hati membantu kalian."raja Naufal berkata.
"......."Mereka semua terdiam.
"Jangalah kalian kawatir. Kalian sudah mendapat pangkat sebagai panglima diraja ketika diperlukan. Jadi,anggaplah sekarang ini masanya untuk kalian belajar serba sedikit. Tambahan pula,Hafizi ialah guru beta dahulu maka,ianya bukanlah masalah besar untuk beta membantu sebagai bekas anak muridnya."raja Naufal menyambung ketika melihat pelajar-pelajar tersebut diam.
"Tuanku,daripada apa yang tuanku katakan mengenai 'mengajar' tadi,patik tidak rasa bahawa kami akan ke akademi seperti tiga orang senior itu." Valery berkata.
"Hm? Kenapa kamu berfikir begitu?"raja Naufal kembali bertanya.
"Kerana cikgu-cikgu kami akan keluar ketika mereka sudah sembuh. Yang berkemungkinan tidak sampai setahun. Maka,kami tidak perlu ke sana."Indra menyampuk.
"Bagus pemerhatian kalian itu.
Benar. Kalian semua tidak akan ke akademi untuk belajar tetapi, akan tinggal di istana untuk belajar dengan guru yang telah beta pilih."
YOU ARE READING
(1) Z Class
FantasyAkademi Ignesius ialah akademi di mana pelajar-pelajarnya dalam kalangan warga Hoxenlight Kingdom. Mereka memasuki akademi tersebut untuk memantapkan lagi kuasa mereka dan pembelajaran mereka untuk digunakan pada masa hadapan. Akademi Ignesius dike...