Di sisi pelajar lain,mereka sedang fokus mempelajari sesuatu yang baru mengenai kuasa mereka.
Seperti Emy yang mengetahui bahawa kuasa suaranya bukan sahaja boleh memusnahkan benda tetapi juga dapat mengawal seseorang. Gelombang daripada suara pemilik kuasa mempengaruhi otak seseorang yang ingin dikawal.
"Mengawal seseorang......?" Emy yang membaca itu takut. Dia akan pastikan dia tidak menggunakannya untuk mengawal orang lain. Jika keadaan tidak memaksa memandangkan dia sudah mengetahui hal itu.
Gelombang suaranya boleh mengawal seseorang dengan mengganggu atau mempengaruhi pemikiran seseorang itu. Selain itu, pemilik kuasa boleh menghantar gelombang sama ada Gelombang kecemasan atau gelombang untuk menghantar pesanan atau menghantar amaran. Asalkan pandai kawal dan pemilik kuasa hendaklah confident dengan keputusan nya. Pemilik kuasa perlu fokuskan dirinya untuk perkara itu sahaja.
Selain itu,pemilik kuasa gelombang mempunyai kelebihan untuk mendengar sesuatu yang jauh dan mendengar fikiran atau hati seseorang jika mahu.
"Ianya privasi tetapi,ianya mungkin berguna jika mahu tahu rancangan musuh." Maka,Emy pun belajar cara untuk membaca fikiran dan hati seseorang. Dia mencatat apa yang dia baca dan menulis nota kecil mengenai apa yang dia fikirkan.
Ivy pula mempelajari bahawa Telekinesis boleh dikawal melalui fikiran sahaja tanpa menggunakan tangan seperti yang dia biasa buat. Syaratnya ialah,pemilik kuasa memerlukan latihan dan fokus. Tenang dan tidak memikirkan apa-apa.
Pernah ada satu kes di mana pemilik kuasa ini di mana dia terlalu terikutkan emosi sehingga semuanya hancur dikawal oleh dia. Ianya berlaku diluar kawalan dia kerana dirinya tidak tenang. Fortunately, rakan-rakan nya yang lain ada untuk membantu."Ada orang lain selain aku pernah ada kuasa ni rupanya..."terangguk-angguk kepala Ivy membaca itu.
Telekinesis hanya boleh mengawal pepejal termasuklah manusia dan haiwan. Telekinesis tidak berkesan pada kuasa kerana pemilik kuasa tersebut telah mengawalnya tetapi,pemilik kuasa Telekinesis boleh mengawal pemilik kuasa tersebut. Telekinesis juga tidak boleh mengawal tenaga seperti tenaga elektrik atau tenaga solar atau lain-lain jenis tenaga.
"Kalau begini,senang aku nak berlawan. Hanya mengawal pemilik kuasa tu je. Tapi,aku perlu berlatih jugak. Apatahlagi kawal melalui minda. Kalau begini,lawan aku takkan tahu langkah aku seterusnya."
Ivy terus mencatat nota tersebut di dalam sebuah buku kecil yang dia sempat bawa bersama kotak pensel agar tidak lupa. Dia sambung membaca nya.Ketika dia sedang mencatat nota,
"Er...Assalamualaikum Ivy."
Salam dijawab dan Ivy terus memandang seseorang itu.
"Kenapa Joseph?" Ivy bertanya."Er...sebenarnya...boleh tak...kalau kitorang nak pinjam pensel dan....kertas? Kitorang lupa nak bawak." Joseph bertanya. Sambil diperhatikan oleh pelajar lelaki yang lain.
Sebelum ini,mereka baru perasan bahawa mereka tiada apa-apa untuk digunakan bagi mencatat nota. Sebaik sahaja mereka melihat Ivy yang menggunakan alat tulisnya,mereka terus bermain air,batu, burung dengan tiba-tiba. Dan result nya,Joseph kalah maka dia perlu meminta. Memang itulah gaya mereka. Jika mereka berbelah bahagi antara mereka,maka mereka akan bermain air,batu, burung.
"Semestinya." Ivy memberikan kotak penselnya bersama beberapa helai kertas.
"Eh...cukuplah lima pensel je..."
"Alah,aku guna satu pensel je. Ambillah. Asalkan korang jangan hilangkan satu apa pun kat dalam tu kalau tak nak kena 'something'."
Rakan sekelas Ivy yang sudah mengetahui amarah Ivy ketika barangnya hilang menganggukkan kepala mereka serentak. Manakala Emy yang mendengar itu hanya tersenyum kekok.
YOU ARE READING
(1) Z Class
FantasyAkademi Ignesius ialah akademi di mana pelajar-pelajarnya dalam kalangan warga Hoxenlight Kingdom. Mereka memasuki akademi tersebut untuk memantapkan lagi kuasa mereka dan pembelajaran mereka untuk digunakan pada masa hadapan. Akademi Ignesius dike...