Bab 26 - percutian Indra dan Izati 3.

26 5 0
                                    

"Papa..." Izati memulakan rancangan nya.

"Ya,sayang. Kenapa? Kamu sakit ke? Itulah papa cakap,jangan keluar. Bahaya. Diorang semua akan cuba bunuh kamu kalau tahu kamu anak papa."saintis gila itu termakan dengan lakonan Izati.

"Papa...mereka...menakutkan." Izati menunjukkan kepada orang-orang saintis gila yang berada tepat dihadapannya.

Saintis gila itu memandang ke arah orang-orang nya.
"Kau tak dengar ke apa yang anak aku katakan?! Pergi sekarang!"

Ketika mereka ingin pergi,Izati cepat-cepat mengatakan.

"Tapi papa,nanti mereka cuba apa-apa kan kami. Cubalah tengok mereka yang lain." Izati merujuk kepada pelajar-pelajar yang lain. Mereka masih menggigil ketakutan. Dan kesejukan kerana berada di bawah laut terlalu lama. Entah bagaimana lah saintis gila dan orang-orang nya itu dapat bertahan...

!

Bertahan?

"Papa...kami sejuk..."Izati melakonkan dia sedang kesejukan. Dia menggosok-gosokkan badannya dengan tangannya bersama badannya yang menggeletar.

"Kamu semua,berikan mereka jaket panas kalian! Kamu tak nampak ke anak-anak aku kesejukan ni?!"saintis gila itu mengarahkan.

"Tapi tuan---"

Bang!
Satu tembakan terhasil.

"Siapa lagi yang berani langgar arahan aku?"saintis gila itu bertanya sambil mengacukan pistol kepada yang lain.

Disebabkan takut mati ditembak, mereka melemparkan jaket panas mereka ke hadapan.

"Papa...boleh...saya ambik...dan berikan kepada...yang lain?" Izati bertanya dengan nada memohon.

"Semestinya, sayang. Papa tak nak anak-anak papa kesejukan. Papa akan pastikan mereka tak buat benda bodo* jadi, kamu boleh ambil dengan tenang."saintis gila itu berkata dengan senyuman. Mereka yang lain makin ketakutan melihat itu.

Walaupun mereka tidak dapat melihat wajah saintis gila itu kerana menutup mata, tetapi mereka tetap dapat merasakan vibe menakutkan daripadanya. Dan walaupun setelah disuruh untuk menutup mata dan telinga,mereka masih lagi tertanya-tanya apa yang berlaku. Maka,mereka pun hanya melihat dari belakang. Kecuali Indra yang sememangnya ketakutan ketika ini. Dia masih menggigil.

Izati yang langsung tidak memikirkan wajah saintis gila itu terus mengambil jaket panas dan memberikan kepada mereka yang lain.

"I...Izati..."Mereka yang lain memanggil dengan nada sayu.

"Jangan risau,Biar aku handle. Korang sabar,ye. Ianya akan berakhir tak lama lagi." Izati menghadiahkan senyuman manis kepada yang lain walaupun hatinya terasa pahit. Setelah memberikan kepada mereka, dia terus menutup semula pelindung antisuara itu.

"Macam mana? Kamu...dah tak sejuk,kan? Eh,kenapa kamu tak pakai jaket panas?"saintis gila itu bertanya pelik kerana Izati tidak memakai jaket panas.

"Dah tak cukup,papa. Mereka yang lain pun berkongsi. Saya sebagai kakak paling tua perlulah lebihkan mereka dahulu. Mereka kan anak-anak papa jugak?" Izati bertanya dengan senyuman manis juga.

"Anak papa memang baik hati."tanpa amaran,saintis gila itu memeluk Izati.

Izati tidak bergerak,walaupun dia terkejut.
"Just endure it a bit...."

"Papa..."

"Ya,kenapa sayang? Ada apa-apa lagi yang kamu mahukan?"saintis gila itu melepaskan pelukan dan memandang Izati.

"Mereka...menakutkan... Mereka tak nak pergi ke? Nanti....macam mana nanti..mereka akan bunuh kami?"Izati mula menangis palsu untuk menggoyahkan kepercayaan saintis gila itu terhadap orang-orangnya.

(1) Z ClassWhere stories live. Discover now