Nasib baiklah perjalanannya tenang tanpa masalah. Walaupun pelajar-pelajar yang lain boleh tahan bising,tetapi tidaklah terlalu bising kerana mereka lebih fokus dengan barang-barang yang mereka bawa.
Pelajar yang lain langsung tidak mempedulikan kehadiran nya. That's a good thing. Sama seperti Dalton,dia suka jika dirinya tidak dipedulikan. Agar pertelingkahan tidak tercetus. Tiba-tiba pula dia teringat akan Haririe.
"Apahal aku teringat mamat tu?"Anya tertanya-tanya.
Untuk mereka tiba destinasi mereka iaitu Cyperia Island,mereka perlu menaiki feri.
Ramai yang mabuk laut memandangkan cakap-cakap mereka mengenai pernah menaiki feri mewah hanyalah cakap kosong.
Ketika Anya sedang menikmati angin laut di atas feri itu,
"Kau nampaknya dah biasa."seseorang menyapa dirinya.Walaupun terasa pelik kerana itu kali pertama ada orang menyapa, Anya tetap menjawab dengan tenang.
"Aku tak pernah naik feri tapi aku pernah menyeberang laut dengan kuasa aku."Wajahnya masih menghadap ke atas,langsung tidak memandang ke arah seseorang itu. Tetapi,daripada suaranya, dia dapat tahu bahawa orang yang menyapa dirinya ialah seorang lelaki.
"Apa kuasa kau yang boleh buatkan kau seberang laut tu?"lelaki itu bertanya ingin tahu.
"Nature. Dengan bantuan haiwan laut,aku dapat ke sana." Anya menjawab selamba.
"Oh..."
"Kau mesti fikir kuasa aku ni pelik,kan?"
"....bagi aku,ianya unik."Lelaki itu menjawab tenang.
"?"Jawapan itu membuatkan Anya memandang ke arah lelaki tersebut.
Dia mempunyai rambut oren bersama mata berwarna kuning. Macam Joseph pula.
"Kadang-kala, aku terfikir. Kenapa manusia bencikan sesuatu yang berbeza dengan mereka? Kalau difikirkan,jika tiada pernah berbeza di dunia ni, semuanya akan jadi bosan."Lelaki itu berkata.
"Betul cakap kau. Sebab tulah,aku tak rasa malu dapat kuasa ni. Sebab aku berbeza dan unik." Anya berkata dengan penuh yakin.
"Eceh,aku puji sikit kau dah kembang,ye."Lelaki tersebut membuat lawak.
"Hehe,alah, sekali sekala. Kat kelas aku sebelum ni hanya ada kami sahaja jadi aku bosan." Anya menjawab.
"Then,you have a new friend now. Perkenalkan, nama aku Lloyd. Aku ada kuasa api."Lelaki tersebut memperkenalkan dirinya.
"Aku nak beritahu nama aku tapi aku takut kau gelak."
"Kenapa?" Lloyd bertanya.
"Nampaknya dia ni memang tak kenal aku..." Anya bermonolog.
"Nama aku macam....perempuan sikit."
"Beritahulah aku. Kau cakap macam buatkan aku lagi nak tahu." Lloyd tidak sabar.
YOU ARE READING
(1) Z Class
FantasyAkademi Ignesius ialah akademi di mana pelajar-pelajarnya dalam kalangan warga Hoxenlight Kingdom. Mereka memasuki akademi tersebut untuk memantapkan lagi kuasa mereka dan pembelajaran mereka untuk digunakan pada masa hadapan. Akademi Ignesius dike...