Bab 32 - pengetahuan baharu.

42 4 0
                                    

Keesokan harinya,

Mereka yang sudah bersedia dengan pakaian sekolah dan beg sekolah berhenti di perkarangan kelas mereka di mana guru-guru mereka sedang menunggu. Dengan pakaian formal,bukan seperti sebelum ni. Mereka biasanya akan memakai pakaian biasa untuk mengajar.

"Cikg--"belum sempat mereka bertanya,

Hafizi dan Ryomae memberikan kepada mereka dos penenang setiap seorang.

"Kenapa ni Cikgu?" Valery bertanya pelik.

"Kami ada urusan berkenaan pengetua Martinez. Jadi,kami takkan dapat mengajar korang. Pengetua Martinez pun terpaksa berikan tempat duduk dia kepada penolong dia sementara dia tak ada." Cikgu Hafizi berkata.

"Er...cikgu nak pergi berapa lama?" Joseph bertanya.

"Mungkin....seminggu?" Cikgu Hafizi mencongak

"Hah?!"Mereka semua terkejut.

"Maaf,tapi memang cikgu kena pergi."

Tiba-tiba, Cikgu Hafizi terdengar suara seseorang melalui mindanya.
"Cikgu risau sebab cikgu juga dapat rasakan,kan?" - seseorang.

Telepati.

Hafizi yang mendengar itu tidak menjawab apa-apa memandangkan dia belum mengenalpasti siapakah itu. Lagipun,dia sedang mengagihkan dos penenang itu kepada yang lain.

"Disebabkan cikgu ada kuasa angin juga, cikgu mesti dapat rasakan angin yang tak baik di sini." - seseorang.

"Ianya ribut kencang. Yang akan melanda. Tapi,cikgu tak tahu bila ianya berlaku. Jadi,cikgu berikan kepada mereka termasuklah kamu dos penenang ni." - Hafizi menjawab memandangkan dia sudah mengetahui siapakah itu.

Akhirnya,telepati itu tamat.

"Tapi cikgu,macam mana kami nak gunakan kalau cikgu hanya berikan dos nya?" Indra bertanya. Buat pertama kalinya,Cikgu Hafizi lega kerana akhirnya Indra membuka hatinya untuk bercakap. Dia tersenyum nipis.

"Jangan risau,Riyadh ada. Kuasa dia kan shape-shifting jadi dia boleh berubah menjadi pistol untuk awak tembak." Haririe menjawab bagi pihak cikgu-cikgu.

"Lagipun,saya rasa cikgu tak berikan kita pistol sebab tak semua pandai guna dan ianya berbahaya untuk kita pegang." Valery dapat meneka.

"Betul."cikgu Hafizi menjawab manakala cikgu Ryomae yang dari tadi diam menganggukkan kepalanya.

"Remember, just use it when dangerous come,ok?"cikgu Hafizi mengingatkan mereka.

"Baiklah."Mereka menganggukkan kepala mereka serentak.

"Tapi,kenapa cikgu tak beritahu awal-awal yang hari ni tak de kelas." Ivy bertanya.

"Ha'ah, berat beg saya hari ni,tau." Anya merungut.

"Maaflah,cikgu tak sempat beritahu sebab kelam-kabut nak mengemas barang semalam. Last-last kami terus tertidur." Hafizi berkata kekok.

"Baiklah,cikgu hati-hati kat sana nanti tau." Valery berkata begitu juga yang lain. Indra juga.

Yang membuatkan mereka berdua terharu kerana pelajar-pelajar mereka risau akan keselamatan mereka.

"Kami pergi dulu."tanpa dijangka,cikgu Hafizi menyentuh rambut Indra sedikit sambil tersebut begitu juga cikgu Ryomae yang menyentuh rambut Valery.

"Assalamualaikum."Hafizi dan Ryomae berkata dengan senyuman tidak bersalah setelah menyentuh rambut mereka berdua.

"Waalaikumusalam."tidak seperti Valery dan Indra yang tergamam,mereka yang lain menjawab dengan lancar. Mereka mungkin tidak sedar bahawa ianya sentuhan istimewa antara ayah dan anak lelaki. Kecuali seorang magician yang tersenyum gembira.

(1) Z ClassWhere stories live. Discover now