Bab 3 - kawan baru.

77 4 0
                                    

Di sebuah kampung,terdapat sebuah kawasan yang telah hancur kerana perbuatan seseorang.

Hanya dengan satu hayunan tangannya ke kiri, seluruh kawasan yang berada di sebelah kiri akan hancur musnah. Ramai yang mula mengepung dan menyalahkan dirinya. Mereka tidak peduli dengan apa yang akan terjadi kepada mereka. Kerana di fikiran mereka,jika mereka cedera,lebih teruk lelaki tersebut akan dipersalahkan.

"Tolonglah....pergi..."Dia cuba menahan diri daripada bergerak kerana satu gerakan sahaja boleh membuatkan kerosakan yang teruk.

Malangnya,penduduk kampung tidak mendengar rengekan lelaki berbadan sasa tersebut.

Walaupun badannya sasa,walaupun dia seorang lelaki,dia tetap manusia yang mempunyai perasaan takut sehingga air mata jantan nya tumpah.

"Hisk...hisk..."suara esakkan nya itu tidak kedengaran kerana bukan itu apa yang mereka ingin dengari.

Manusia hanya akan dengar apa yang mereka mahu dengar. Betul tak?

Baru sahaja dia ingin merempuh penduduk kampung yang mengepung dirinya untuk keluar dari tempat yang sesak itu,cikgu-cikgu datang tepat pada masanya. Tanpa membuang masa dengan apa-apa salam mesra, mereka mengambil lelaki tersebut dan terus menarik nya untuk mengikut kelajuan angin yang telah ditetapkan oleh Hafizi untuk bergerak laju tanpa dilihat oleh penduduk kampung. Maka,apa yang mereka lihat hanyalah satu lembaga yang bergerak laju telah mengambil lelaki tersebut.

"Apa yang berlaku?!"penduduk kampung tercengang kerana perkara tersebut berlaku terlalu pantas membuatkan mereka tidak dapat memproses apa yang baru berlaku.

Di sisi cikgu-cikgu,

"S...si..siapa...k..ka..kam..kamu semua?"lelaki tersebut bertanya tergagap-gagap kerana takut.

"Sudah,tak payah takut. Kitorang bukan nak ngap kau."

Entah kenapa mendengar gurauan Hafizi itu membuatkan lelaki tersebut berhenti menangis.

"Hoi,kita datang ni nak tenangkan dia bukan takutkan dia." Ryomae berkata tegas.

"Sorry,sorry. Baiklah,biar kami memperkenalkan diri. Nama aku,Hafizi Ammar. Yang disebelah ini pula Ryomae Hyuga. Kami ialah bakal cikgu kamu jika kamu mahu menyertai kelas Z. Di sana, kamu akan belajar cara mengawal kuasa kamu dengan lebih baik. Kamu pun boleh dapat ijazah dengan cara ni. Masuk free so kamu cuma perlu hadiri kelas dan cuba yang terbaik untuk kawal kuasa.

Oh,disana juga ada ramai orang lain yang mempunyai kuasa macam kamu jadi kamu tak perlu risau mengenai pembuli. Ok,mungkin akan ada pembuli tapi rakan-rakan kamu yang lain juga akan ada bersama so,jangan risau."Hafizi menerangkan.

".......boleh ke...sekolah? Tapi... tak ada mak ayah,hidup kampung je..." lelaki tersebut berkata rendah diri.

"Alah,kamu jangan risaulah. Macam yang saya cakap tadi,kamu--ump!"Hafizi memandang ke arah Ryomae, orang yang telah menutup mulutnya.

"Tak payah nak explain lagi sekali..." Ryomae cuba menahan sakit hati terdapat rakannya itu.

"So,adakah kamu setuju untuk ke kelas Z?" Ryomae bertanya.

"...erm...."

Di rumah lelaki kelas Z.

"Yeah,kita dapat kawan baru!"Roy berkata kegembiraan.

"Nama dia,Ulrick Zoltan. Dia ada kuasa tanah yang tak stabil so tolong jaga dia,ok?"

"Semestinya. Cikgu ingat kami ni siapa? Hey, Ulrick,jom lah masuk. Cikgu-cikgu boleh terus pergi,bye bye~"tanpa balasan cikgu-cikgu, Roy telah menutup pintu rumah dan menarik Ulrick ke ruang tamu.

(1) Z ClassWhere stories live. Discover now