Bab 1

1.8K 44 2
                                    

Aeris berjalan dengan senang-lenangnya untuk ke tempat kerjanya . Earphone yang berada ditelinga dibetulkan sedikit apabila terasa ia seperti mahu jatuh sahaja dari telinganya

Topi yang berada dikepalanya dibetulkan . Mask juga dibetulkan , inilah dia seorang Aeris Kalia . Dia memang seorang yang tidak begitu bergaul dengan orang dan kurang bercakap

Dia tidak sukakan suasan begini yang ramai orang , bising . Susah jadi orang seperti dia .

Aeris melajukan langkahnya apabila tidak terlalu jauh dia sudah nampak nama cafe tempat dia bekerja itu .

Sampai-sampai sahaja dia terus masuk sebelum berlalu ke arah dapur . Suis lampu dan kipas dibukanya sebelum dia membersihkan apa yang patut dahulu di cafe itu

" Hai Aeris ! Baru sampai ke ? " gadis yang bertudung hitam yang baru keluar dari dapur itu menegur dirinya

" Haah . Baru je " balas Aeris sebelum dia menanggalkan jaketnya

" Dah makan ? Kalau belum .. tu . Aku ada beli nasi lemak lebih tadi sebab tahu kau memang akan sampai awal punya . " Aeris melihat ke arah yang ditunjukkan oleh gadis itu sebelum dia mengangguk sahaja

Aries mencapai kain lap meja sebelum dia mula mengelap semua meja yang ada di cafe itu . Tengah elok dia lap meja matanya terdetik mahu memandang ke hadapan

Terkaku dia apabila dia ternampak dalam jarak yang lebih kurang jauh namun masih kelihatan ada seorang figura badanya seperti lelaki yang sedang berdiri disitu

Aeris mengerdipkan matanya beberapa kali sebelum dia tidak hiraukan . Dia hanya sambung buat kerjanya seperti biasa .

" Morning semuaa ! "

Aeris tersentak apabila pintu cafe itu dibuka dengan suara sapaan lelaki itu yang kuat .

" Ops , sorry Aries .. kau terkejut ke ? " tanya lelaki itu apabila sedar Aries berada di tepi pintu sahaja

" Tak adalah . Okay je " Aries membetulkan masknya sebelum terus berlalu pergi ke dapur semula

" Siapa datang tadi ? " tanya Sara yang memakai tudung hitam tadi

" Azri " Aeris meletakkan lap kain itu di atas meja sebelum dia berjalan ke arah meja yang ada nasi lemak yang Sara belikan tadi

Masknya diturunkan sebelum dia mula menjamah nasi lemak itu . Sara datang kepadanya sebelum satu air kotak teh bunga diberi

" Thanks " ucapnya

" Sama-sama . Makanlah , aku buat kerja dekat depan sekejap " Aeris mengangguk kepalanya sahaja

Sedap dia tengah makan nasi lemak itu tiba-tiba ..

" Weyh Aerissss !! "

Hampir tercampak sudunya apabila Azri datang laju menghampirinya dengan melaung namanya dengan kuat . Tolonglah lelaki ni !

Aeris memandang tajam ke arah Azri sebelum sudunya diletak kasar di atas meja dan dia berdiri tegak

" Kau kalau aku tumbuk kau Azri ! " kata Aeris dengan nada kerasnya

" Alah sorrylah aku yang excited ni ! " Azri masih dalam mood terujanya

" Apa bendanya ? " tanya Aeris kasar

" Kau ni Aeris , hari-hari nak moody . Cubalah ceria sikit , kau tak takut cepat tua ke ? " dengan muka-muka Azri sekali membuat mimik muka sambil bertanya

Aeris menanggalkan topinya sebelum tangannya sudah bersedia mahu menghempok topi itu ke kepala Azri namun Azri cepat bersuara

" Okay ! Okay ! Ugh gurau sikit pun tak boleh ..period betul " gumam Azri sendiri dengan wajah tidak puas hatinya

Aeris menjeling kecil Azri , nak marah pun bukannya lelaki ni faham bahasa .

Azri menghulurkan satu kotak hadiah bewarna hitam itu kepada Aeris dengan senyuman lebarnya , teruja . Aeris mengerut dahi sebelum mengambil kotak hadiah itu

" Ini je yang buat kau teruja macam tu ? " tanya Aeris dengan tangan masih membelek kotak hadiah itu

" Biarlah ! Kau ni semua nak emo eih menyampah " dengan hentak kaki Azri keluar daripada dapur itu dengan tangan bersilang

Aeris memandang pelik ke arah Azri sebelum dia membuka ikatan reben di kotak hadiah itu dan penutup kotak itu dibukanya

Ada patung beruang kecil dengan satu kad yang bertulis ' i love you ' dihadapannya . Aeris memandang jelik kad itu sebelum dibukanya

' You always look beautiful everyday .. it makes me fall harder for you '

" Apa benda lah ni . Serabut " kad itu dimasukkan semula ke dalam kotak hadiah itu sebelum dia meletakkan kotak itu ke atas meja semula

Malas lah nak layan semua ni . Aeris menyambung semula menjamah nasi lemaknya yang belum habis itu .

Tepat pukul 10 pagi cafe mula beroperasi dan orang mula datang . Aeris ke hulur ke hilir membawa dulang dengan pesanan yang diminta oleh pelanggan

" Weyh Aeris , tolong ambik order mamat tu . Aku nak buat air juga ni " Lana meminta tolong Aeris yang baru sampai ke kaunter depan itu

" Ha ? Yelah " Aeris mengambil kertas dan pen di dalam apron nya sebelum dia berjalan ke arah meja lelaki itu

Lelaki yang segak memakai kaca mata , berkemaja putih lengannya dilipat serta rambut hitam pekatnya yang diikat men bun namun masih segak .

Aeris membetulkan masknya sebelum dia berdiri disebelah meja lelaki itu

" Order sir " Aeris sudah bersedia mahu menulis

" You " Aeris rasa seperti dia salah dengar sahaja

" Pardon ? "

" I want you " ulang lelaki itu sambil matanya memandang ke arah Aeris

Aeris tidak memandang lelaki itu sebelum dia membetulkan lagi masknya . Haih dia nak ambil order sahaja ni .

" Kidding " lelaki itu membetulka kaca matanya sebelum mengalihkan pandangannya

Aeris menghembus nafas lega . Seram lah orang sekarang ni tiba-tiba je .

" Latte . " Aeris mengambil pesanan itu

" Anything else ? " tanya Aeris

Lelaki itu menggeleng kepala sahaja . Aeris laju meninggalkan lelaki itu sebelum ke dapur memberi pesanan itu .

Lelaki itu memandang lama Aeris sebelum bibirnya disebalik mask itu tersenyum nipis .

" She's so beautiful " gumamnya sendiri

Lelaki itu tidak mengalihkan pandangan langsung daripada Aeris yang ke hulur ke hilir itu .

Siapakah dia ?

Forever Her ProtectorWhere stories live. Discover now