Dari masuk mall tadi Aeris tidak melepaskan lengan abangnya itu . Memang diorang rapat dari kecik , memang dia dingin dengan semua orang tapi dengan abangnya sahaja dia menjadi seorang yang manja
" Adik abang nak makan apa ? " tanya Aeriq kepda Aeris
" Hmm apa-apa pun boleh .. " balas Aeris
" Kenapa adik selalu pakai macam ni ? Macam lelaki lah " Aeriq melihat pemakaian adiknya
Bukan macam lelaki cuma .. adiknya memang gemar memakai hoodie serta seluar jeans baggy , dia bukannya tidak suka cuma .. dia kalau boleh mahu adiknya memakai pakaian lebih kepada arah perempuan
" Selesa . Malas lah pakai dress , skirt semua tu . Bukan style adik " balas Aeris nadanya kedengaran seperti biasa sahaja
" Taknak ke try pakai dress ke , pakai baju labuh-labuh ke ? " tanya Aeriq lagi
" Taknak " ringkas jawapan Aeris
Aeriq hanya menggeleng kepala kecil . Sukahati lah asalkan adiknya tutup aurat itu cukup .
" Abang .. Aeris nak masuk kedai buku boleh ?" tanya Aeris lengan abangnya digoyangkan perlahan
" Hmm , jom "
Aeris berjalan bersama Aeriq sebelum mereka bersama masuk ke dalam kedai buku itu . Mereka mencari buku masing-masing . Aeris berjalan bersendirian di rak berlainan dengan Aeriq . Sedang dia leka ..
" Hai sayang " Aeris pantas menoleh apabila seseorang memanggilnya begitu
Membulat sedikit matanya apabila dia melihat lelaki dihadapannya sekarang . Dia ..
" Kenapa terkejut sangat ni yang .. tak rindu I ke ? I rindu gila you tau " lelaki itu lebih mendekati Aeris
" Ha-Hairi .. macam mana " tergagap dia mahu berkata bila berjumpa semula lelaki ini
" Macam mana apa yang ? I bukan masuk penjara pun . You lupa ke ? " tanya lelaki itu sebelum dia gelak sendiri
Aeris mahu lari ke arah abangnya namun lelaki itu lebih pantas menarik lengan Aeris sebelum dikepung nya Aeris di dinding
" Sakitlah Hairi ! Kau nak apa ?! " tanya Aeris bernada kuat
" Shhh senyap sayang .. " Hairi lebih dekatkan wajahnya kepada Aeris
Itu membuatkan Aeris menutup matanya sebelum dia menunduk . Tolonglah abang .. mana abang ni
" Aeris ? " suara Aeriq mencari dirinya kedengaran
Aeris mahu menyahut namun laju Hairi menutup mulut Aeris dan itu membuatkan Aeris terdiam dengan badan menggeletar
" Shh senyap . I tahu .. you tak bukak mulut pasal benda ni . Kalau I dapat tahu .. siap you " kata Hairi serta amaran
Terus dia beredar meninggalkan Aeris . Aeris terduduk sebelum dia terasa semua memori lamanya mula berlayar semula . Itu membuatkan dia menutup telingannya sendiri dengan mata terpejam rapat
" Adik ! " Aeriq terus mendapatkan adiknya sebelum bahu Aeris dipegang
" Adik , adik ! Abang ni " Aeriq berusaha mahu menenangkan adiknya
" Taknak Hairi .. jangan pukul aku ! Jangan pukul aku ! Aku taknak Hairi ! " Aeris mula meracau disitu
Orang awam mula memandang ke arah mereka . Aeriq mendapatkan adiknya sebelum tubuh Aeris dipeluknya
" Aeris Nalia ! "
Aeris terus tersedar apabila namanya dipanggil , terus dia memeluk tubuh abangnya dengan erat sebelum tubuhnya terasa menggigil
" A-abang , dia .. di-a ada dekat sini " kata Aeris perlahan serta bergetar-geta
" Shh shh sabar dik jangan fikir " Aeriq memeluk erat tubuh adiknya . Tidak dipeduli pandangan orang awam ke arah dirinya
.
Aeris mendiamkan diri sahaja di dalam kereta , Aeriq tenang memandu walaupun dia masih risau tentang adiknya . Aeris diam dari tadi
" Eh abang berhenti ! "
Aeriq terus berhenti ke tepi apabila adiknya menyuruh secara tiba-tiba . Aeris melihat ke cermin arah belakang , matanya tertumpu kepada satu susuk tubuh yang terbaring di tepi jalan itu
Mata Aeris terus terbuntang sebelum dia keluar daripada kereta sendiri dan terus meluru ke arah lelaki yang terbaring itu
" Eh adik ! " Aeriq turut keluar daripada kereta mengejar langkah adiknya
" Ya Allah ! Rei ! " Aeris terus melutut sebelum badan Rei dipusingkan
Belakang kepala Rei yang berdarah itu dipegang sebelum matanya tertumpu kepada satu kertas yang berada di sebelah Rei itu
This guy trying to protect you from me huhh nonsense . You I punya Aeris
Terpejam mata Aeris membacanya , sudah tahu ini angkara siapa . Terus Aeris menoleh memandang abangnya yang masih kelihatan bingung itu
" Abang kita kena bawak dia pergi hospital . Sekarang ! " Aeriq laju meletakkan sebelah tangan Aeriq dibelakang lehernya sebelum dia mengangkat tubuh lelaki itu menggunakan sebelah tangannya
Aeris laju membuka pintu belakang kereta abangnya dan Aeriq meletakkan tubuh Rei ke dalam sebelum pintu ditutup
Mereka berdua turut laju masuk ke dalam kereta dan Aeriq terus memandu pergi ke hospital .
Aeris menoleh seketika memandang Rei di belakang sebelum dia terdiam . Kenapa Rei harus terkena sekali ..
" Adik . Ni semua angkara Hairi ? " tanya Aeriq dengan nada tegangnya
" Ke-kenapa dia kena serang Rei sekali .. " tanya Aeris sendiri
Aeriq mengetap rahangnya . Lelaki jahanam tak guna tu !
.
Aeris melihat tubuh Rei yang terbaring di katil hospital itu . Nasib tiada apa yang serious cuma kepalanya sahaja berbalut akibat dipukul oleh objek keras kata doktor .
" Siapa dia ni dik ? " tanya Aeriq
" Ni lah .. "
" Ini lah bakal .. suami adik " sambung Aeris
Matanya dari tadi tidak lepas memandang Aeriq yang masih tidak sedarkan diri itu .
" Adik okay ? " Aeriq memeluk Aeris dari trpi sebelum bahu Aeris diusap lembt
" Dia nak apa lagi .. kenapa dia kacau adik lagi . Kenapa abang " Aeris bertanya sendiri sebelum dia mengeluh perlahan
" Dia cederakan adik ke tadi ? " tanya Aeriq sebelum melihat adiknya
" Tak .. tapi , Aeris tahu dia mesti takkan duduk diam lagi lepasni . Kalau Rei pun dia boleh cederakan .. siapa-siapa pun dia boleh cederakan lepasni " kata Aeris . Bila berkata begitu dia mula rasa pening kepala , pening dengan semuanya
" Abang akan report polis lagi , kalini dia tak akan terlepas " kata Aeriq bernada tegas
Aeris diam sahaja .. harap-harapnya lah .
YOU ARE READING
Forever Her Protector
RomanceRei Koa Arien x Aeris Nalia Semua yang terjadi , semua sudah diketahui . Rahsia disembunyikan daripada si dia hanya untuk melindungi . " No matter what happened , I always put you first my love " - Rei Koa Arien Dia .. lelaki yang melindunginya...