" Argh ! "
Terundur Hairina apabila menerima tendangan Aeris yang melekap tepat di tengah-tengah perutnya . Hairina menunduk , main bahagian perut memang senak terus lah
Aeris laju meluru ke arah Hairina . Tangan Hairina yang memegang pisau itu dicangkam dan ditekan ke dinding , lengan sebelah tangan Aeris naik dan menekan di leher Hairina
" Mana suami aku ? Jawab ! Mana kau sorok semua keluarga aku ?! " tanya Aeris lagi dengan lengan menekan kuat lagi leher Hairina itu
" Ergh " Hairina terasa tekanan di lehernya terlalu kuat . Terus dia mengambil tindakan dengan lututnya naik dan mengena tepat di perut Aeris
Aeris terundur ke belakang tanpa sempat dia bersedia Hairina meluru ke arahnya dengan pisau sudah siap sedia di hala ke hadapan . Bila-bila masa boleh terkena diri Aeris sendiri
Aeris tidak katakan yang lawan Hairina ni satu perkara mudah . Nampak seperti Hairina pun biasa berlawan walaupun tindakan dia agak lambat .
Aeris bertindak agresif kerana dia dapat rasa badannya semakin penat untuk pertahankan diri dari tumbukan tendangan Hairina itu
" Ahh ! " entah macam mana silapnya Aeris terjatuh bila Hairina menyerang dirinya lagi
Hairina naik ke atas Aeris sebelum pisau di tangannya itu diletak di leher Aeris . Aeris diam tidak bergerak , gila ke nak gerak ?
" Kau kalah " senyum sinis Hairina pada Aeris yang masih terbaring itu
" Aku malas dah nak lawan semua ni "
Sebaik sahaja habis katanya terus Aeris bangun dari kini Hairina pula yang terbaring sendiri . Aeris menumbuk bahagian leher Hairina dan
Gelaplah dunia gadis itu sementara
Aeris mengeluh perlahan , luka di bibirnya di kesat . Terkena pisau di tangan Hairina tadi , sekarang dia pelik .. lokasi yang polis dapat itu lokasi sama bukan ? Kenapa sampai sekarang Sara dan Azri tidak sampai lagi
Ting !
Bunyi noti phone yang baru keluar itu menarik mata Aeris untuk melihat ke arah poket seluar Hairina . Laju tangannya mengambil phone dari poket seluar gadis itu dan noti yang muncul dilihatnya
Abang Hairi
Plan kau tak jadi bodoh ! Polis-polis tu guna jalan lain , datang lokasi ni cepat sebelum kau masuk lokap !Aeris yang melihat mesej itu tersenyum sinis . Haih , tak cerdik betul dua beradik ni tapi sibuk nak jadi jahat .
Aeris mengeluarkan phone dia pula dan nombor Sara di cari , dia perlu beritahu tentang lokasi ini dan polis perlu tangkap Hairina ini juga .
.
" Kau ! "
Sara menerpa ke arah Aeris yang elok duduk di motornya sendiri . Aeris hanya beriak tenang
" Kau nak mati ke ha ? Siapa suruh kau datang sini ? Kalau jadi apa-apa dekat kau mampos marah Rei tu nanti ! " marah Sara padanya . Aeris hanya mengangguk-angguk sahaja
Azri pula menghampiri mereka , kertas yang berada di tangan Azri itu laju Azri hempok di kepala Aeris . Aeris tidak marah malah tergelak sendiri .
" Gelak-gelak , kau ingat kau main character ke nak serang sorang-sorang ? " Azri pula marahkan dia
" Sorry , aku pun nak selamatkan laki aku juga " jujur Aeris dengan senyuman nipisnya
" Tapi bahaya ! Dah pergi balik kau , kitorang pergi tempat Hairi ni sekarang . Kau balik eh ! Kalau kau ikut siap ! " dengan mata membesar seperti amaran Sara beri kepada Aeris
Aeris pula hanya tenang dengan senyuman di bibirnya sendiri . Azri yang melihat Aeris sengih sendiri itu menegur " Eh kak , jangan senyum-senyum . Kau pergi balik sekarang ! "
" Ish tak menyabar masing-masing " Aeris merungut kecil sebelum helmet dipakai
Betul ke dia balik ? Tidaklah !
Aeris pandai menggunakana jalan yang berbeza untuk ke tempat Rei itu . Tak kira , kalau Rei sanggup buat apa-apa untuk selamatkan dirinya dahulu maka sekarang dia juga akan buat perkara yang sama
.
Rei terasa tenaganya semakin tak ada . Mana tidaknya seharian ini dia tidak diberikan makanan atau air , dia hanya dikurung dan dibelasah dengan Hairi tanpa henti
Sama macam apa yang terjadi dahulu ..
Tangannya juga lenguh , terdapat kesah merah dan luka di pergelangan tangan Rei kerana dia cuba untuk melepaskan diri . Rei dah tak mampu nak buat apa-apa .
Rei mendengar pintu bilik itu dibuka secara perlahan namun dia malas mahu mengangkat wajahnya . Dia tahu tu pasti Hairi ..
" A-awak .. "
Mendengar suara yang memang dirinduinya itu terus membuatkan Rei mengangkat wajahnya . Wajah Aeris yang juga terkedu melihat keadaan dia itu dilihat
" Sayang .. " Rei memanggil lemah
Datang Aeris .. tolonglah datang . Tangannya mula bergerak mahu melepaskan diri . Dia mahu peluk isterinya !
Aeris laju menghampiri Rei lalu dia melutut sendiri . Dia memeluk erat tubuh Rei . Rei menyembamkan wajahnya ke leher Aeris dengan dalam menunjukkan betapa rindunya dia pada gadis itu
" Aeris .. a-awak datang macam mana ni ? Macam mana tahu saya dekat sini " tanya Rei perlahan . Suaranya juga tidak terkeluar sekarang ni
Aeris menjarakkan dirinya . Kedua belah pipi Rei ditekap lembut dengan tangannya , ibu jari Aeris naik mengesat luka di bawah mata Rei itu .
" Saya datang nak selamatkan suami saya .. " kata Aeris . Senyum dilakar di bibirnya walaupun dia sedang menahan sebak
" Ke-keluarga awak ada dekat sini .. "
Terus membulat mata Aeris , dia laju memandang sekeliling sebelum matanya terarah ke satu lagi pintu yang berada di hujung bilik Rei ini
Tapi bilik itu ada mangga kunci
" Mama , papa ? Along ? " Aeris tunjuk ke arah pintu itu dan Rei mengangguk sahaja
" Dah call Azri dengan Sara ? " tanya Rei
Aeris mengangguk laju dan dia berdiri semula . Aeris menghampiri pintu itu dan mangga itu dipandang lama , dia perlu pecahkan mangga ini .
Aeris mahu keluar dari bilik itu semula namun suara Rei menghalang
" Aeris ! Awak nak pergi mana ? "
" Saya nak cari apa-apa yang boleh saya pecahkan mangga ni .. " jawab Aeris dan tetap mahu keluar dari bilik itu
" Aeris sabar .. kita tak tahu kalau Hairi datang nanti . Polis dah dalam perjalanan ke sini kan ? Kita tunggu .. jangan risau diorang okay dalam tu " kata Rei seperti memujuk dirinya
Namun Aeris gelisah , dia mahu tahu apa yang jadi kepada keluarga dia di dalam bilik ini .
" Aeris .. saya rindu awak " sempat pula Rei meluahkan rasa sekarang ini
Aeris menghampiri Rei semula , tahu apa yang lelaki itu mahukan . Aeris memeluk Rei semula namun tangannya melilit di leher lelaki itu . Rei menyembamkan wajahnya ke leher Aeris semula
Bam !
Pintu yang ditendang dari luar itu menyentakkan mereka berdua . Aeris berpusing ke hadapan dan tangannya ke belakang memeluk sipi-sipi tubuh Rei seperti melindungi suaminya sendiri
" Wow .. ada drama "
Aeris memandang tajam ke arah lelaki di hadapannya yang memandang menyinis kepada mereka berdua
" Hairi "

ANDA SEDANG MEMBACA
Forever Her Protector
RomanceRei Koa Arien x Aeris Nalia Semua yang terjadi , semua sudah diketahui . Rahsia disembunyikan daripada si dia hanya untuk melindungi . " No matter what happened , I always put you first my love " - Rei Koa Arien Dia .. lelaki yang melindunginya...