Bab 40

266 16 4
                                    

Hairi menyarungkan tshirt hitam miliknya sebelum rambutnya dikemaskan . Dia keluar dari biliknya sebelum dia memandang Aeris yang sedang elok duduk di sofa

Aeris tekun melukis , dia dimana-mana pun dia boleh melukis . Hairi menghampiru gadis itu sebelum menegurnya

" Sayang I nak keluar dah , you duduk rumah diam-diam ya ? " Aeris memandang Hairi sekilas sebelum mengangguk sahaja

Hairi senyum nipis sebelum dia mencapai kunci kereta miliknya dan keluar daripada rumah itu . Aeris mengeluh perlahan , kenapa dia rasa tak tenang

Kenapa dia rasa dia seperti sudah membuat keputusan yang salah ? ..

" Mana Hairi ? " Hairina yang baru turun dari tingkat atas itu menegur Aeris . " Dia baru je keluar " balas Aeris

Hairina mengangguk . Tangannya bergerak menghubungi seseorang sebelum dia meletakkan semula panggilannya . Nasib bibik dah balik

Senanglah dia nak buat kerja

" Erm .. awak nak air apa-apa ? Saya boleh buatkan " tanya Hairina

" Boleh juga , tak menyusahkan ke ? " Hairina menggeleng sahaja dengan senyuman nipis dibibirnya

Hairina laju melangkah ke dapur . Dua cawan diletakkan sebelum air chocolate dibancuhnya . Hairina meninjau sedikit Aeris yang masih elok duduk di ruang tamu itu sebelum dia mengeluarkan sesuatu dari poketnya

2 pil ubat tidur diletakkan di dalam cawan putih itu dan dikacaunya . Hairina laju menyimpan semula plastik ubat itu di dalam poketnya sebelum dua pemegang cawan itu dipegang dan dibawa ke ruang tamu

" Nah , enjoy your drink " Hairina meletakkan cawan putih itu di atas meja berhadapan Aeris . " Thanks , susah-susah je " ucap Aeris . Dia senyum sedikit kepada Hairina yang tidak lepas memandang dirinya itu

" Saya nak tanya boleh ? " tanya Aeris . Buku lukis dan pensil di letak ke tepi .

" Tanyalah "

" Awak memang bercinta dengan Rei ke ? " tanya Aeris terus kepadanya .

Hairina kelihatan terkebil-kebil . Bibirnya dikemam rapat sebelum dia mengeluh kecil .

" Kenapa tiba-tiba awak tanya ? " tanya Hairina pula

" Nak kepastian je " balas Aeris . Air chocolate didalam cawan itu dilihatnya . Entah kenapa dia tiada rasa mahu minum pula

" Hm bolehlah . Macamtu jelah hubungannya " balas Hairina . Sengaja mahu bagi Aeris rasa ragu-ragu

Aeris mengangguk perlahan . Dia mencapai buku lukisannya dan pensil miliknya itu dan kaki mula mahu melangkah untuk masuk ke bilik semula

" Eh air awak tu . Taknak ke ? " laju Hairina bertanya . Aeris memandang ke arah cawannya semula , tangannya memegang pemegang cawan itu dan turut dibawa ke biliknya

Sempat Hairina senyum kepadanya apabila melihat Aeris mencapai semula cawan itu .

Aeris meletakkan pensil dan buku lukis itu di atas meja . Tudung di kepalanya ditanggalkan dan terus dia rebahkan diri ke atas katilnya . Tiba-tiba dia rasa penat , biarlah dia lena sekejap

Aeris tersedar dari lenanya apabila terdengar seperti ada suara sedang bercakap di luar pintu biliknya . Aeris dengan keadaan masih mamai turun dari katil dan mendekati ke arah pintu bilik itu

Belum sempat dia mahu membuka pintu dia terdengar ..

" Mana duit 50,000 aku ? "

Terdiam . Aeris diam sahaja , dia mendekatkan telinganya ke arah pintu bagi cuba mendengar jelas apa yang dikatakan

Forever Her ProtectorWhere stories live. Discover now