Bab 38

337 20 2
                                    

Aeris keluar daripada keretanya begitu juga dengan Hairi . Hairi dengan senyuman hiasi di bibirnya mendekati Aeris . " You okay ke duduk dekat sini .. sementara nak terima semuanya ? " tanya Hairi

" Hm .. " Aeris hanya mengumam sebelum pintu kereta belakang pula dibukanya dan baru sahaja dia mahu mengambil beg pakaiannya Hairi sudah menghalang

" It's okay sayang . Pergi masuk , nanti I bawa masuk semua beg ni " laju Hairi mengambil beg di dalam kereta itu

Pada waktu itu juga sebuah kereta hitam parking elok-elok di sebelah kereta Hairi . Hairina , gadis itu keluar daripada kereta sebelum dia memandang ke arah Hairi dan Aeris

" Kenapa adik you .. macam tak suka je dekat I ? Dia tak kisah ke ? " Hairi memandang ke arah Hairina sebelum matanya memanah tajam ke arah gadis itu seperti beri amaran

Hairina kelihatan sedikit risau sebelum dia cuba memaniskan wajahnya . Dia mendekati Aeris dengan senyuman di bibir

" Jom lah masuk , bibik ada kat dalam . Kalau nak apa-apa bagitahu je tau ? " walaupun Aeris terasa seperti gadis ini berpura-pura namun dia mengangguk sahaja

" Bawa dia masuk dik " Hairina menarik perlahan tangan Aeris dan dibawa masuk ke dalam rumah mereka

Hairi memandang sekeliling . Dia tahu Rei tak akan duduk diam tentang hal ini , dia tahu lelaki itu pasti akan merancang macam-macam untuk dapatkan isterinya semula

Cubalah . Dia akan pastikan lelaki itu tidak dapat Aeris . Aeris milik dia !

.

" Ha ?! " terus berdiri Dato Arez mendengar apa yang baharu Aeriq beritahu itu

" Macam mana jantan tu dapat dia ?! Arien ! " Rei pula ditujunya . Kolar baju Rei dicekak sebelum dipaksa lelaki itu agar berdiri

" You ! "

" Papa ! "

Serentak Aeriq dan Datin Arna mendekati ke arah Dato Arez namun Dato Arez awal-awal mengangkat tangannya ke arah mereka berdua .

" Arien ? Kau sayangkan anak aku ke tak ? Aku bagi kepercayaan yang tinggi pada kau untuk jaga dia . Sekarang dia dah kena culik dengan lelaki tu . Apa kau buat ?! " kuat suara Dato Arez menengking lelaki itu yang hanya diam menunduk

" Papa sudahlah tu .. bukan salah Arien . " Aeriq menyentuh perlahan bahu Dato Arez

" Habis salah siapa ? Dia tak jaga amanah dia dengan baik ! " bidas Dato Arez . Dia memandan tajam ke arah Rei yang masih menunduk itu

" Papa selama ni Arien jaga Aeris dengan baik kot . Dia yang selalu perhatikan Aeris . Dia yang jaga Aeris .. kita sendiri pun tak lindungi Aeris sampai macam tu papa " Aeriq cuba menenangkan Dato Arez

" You cukup . Arien tak salah dalam hal ni .. " Datin Arna pula mendekati suaminya

Dato Arez melepaskan kolar baju Rei dengan agak kasar sebelum dia meraup wajahnya . Aeriq terus mendapatkan Rei sebelum bahu lelaki itu dipegangnya

" Maafkan saya .. "

Mereka bertiga serentak memandang ke arah Rei yang mula bersuara itu . Namun lelaki itu masih menundukkan wajahnya

" Maafkan saya .. kalau selama ni .. saya tak jaga Aeris dengan baik . Salah saya , saya minta maaf " sambung Rei lagi . Nadanya perlahan sahaja

" Dahlah bro , tak guna pun kau macam ni . Kita kena dapatkan Aeris balik sekarang " Aeriq berkata , membela adik iparnya itu

" Saya ikhlas jaga Aeris .. saya sayangkan dia lebih dari diri saya sendiri . Maafkan saya juga .. sebab " Rei berhenti seketika

" Arien .. that's enough " Datin Arna menyampuk . Sedih dia mendengar bicara maaf lelaki itu

" Kau tu suami dia Arien .. apa-apa ya g jadi sekali pun kau tetap suami adik aku . Aku berterima kasih pada kau sebab dah jagakan adik aku dengan baik selama ni " Aeriq senyum nipis kepadanya

" Rei , Rei ! "

Mereka semua terkejut dengan kehadiran dua orang manusia yang selamba masuk ke dalam rumah mereka dengan wajah seperti teruja bertambah serius

" Asal korang berdua ni ? " tanya Aeriq kepada mereka berdua

" Kitorang dah tahu Aeris dekat mana " kata Azri dengan nada bangganya . Benda senang je !

" Dia bawa balik rumah dia . Mamat tu memang bengap lah . Tak clean betul nak sorok si Aeris tu pun " tambah Sara pula

Mereka sama-sama cari cctv berdekatan mahu melihat pergerakan Hairi . Jadi mereka dapat jejak di mana dengan sekelip mata sahaja

" Tapi .. takkanlah senang sangat dia nak bagi korang tahu dia bawa Aeris ke mana " kata Aeriq pula

" Who cares " Rei mula berdiri sebelum merenggangkan otot-otot miliknya

" I'll take my wife back " tegas Rei

Sara dan Azri tersenyum bangga melihat ke arah Rei . That's our man !

" Tak ! "

Suara Dato Arez yang membantah itu membuatkan mereka semua memandang ke arahbya yang sudah berpusing menghadap mereka itu

" Selama ni .. aku ingat bila aku upah kau untuk jagakan Aeris dia akan lebih selanat . Malah tidak , kau juga orang yang rapat dengan belah mereka . " wajah Dato Arez kelihatan tegang sahaja

" Aku nak kau tinggalkan anak aku ! Kau jangan muncul depan dia lagi ! "

" Papa apa ni ?! "

" You ! Cukuplah ! You hilang akal ke ?! "

" Tak , I taknak dia bahayakan nyawa Aeris lagi . Arna , Aeriq can't you see it ? Aeris masih dalam bahaya sebab Hairi tu dengki dengan dia ! Aeris tak akan selamat kalau dia masih jadi milik lelaki ni ! " tambah Dato Arez lagi

" Papa , Hairi tu memang tak betul pun ! Habis dia dera Aeris sebab apa ? Sebab Rei juga ke ? Bukan kan ? Papa tak boleh salahkan Rei macam ni ! " Aeriq bersuara bagi membela adik iparnya

" Aeriq , dia tu adik kamu . Patut kamu lagi cuba lindungi dia ! " balas Dato Arez lagi

" Ya Aeriq tahu . Sebab tu Aeriq percayakan Rei ! Aeriq tahu dia mampu jaga Aeris " balas Aeriq

" You sudahlah , I sayangkan Arien . I percaya dia mampu jaga Aeris .. " sampuk Datin Arna pula

" Tapi dia juga yang bawa bahaya pada anak kita ! " bidas Dato Arez lagi

" Kau boleh selamatkan dia . Tapi .. "

Mereka semua menunggu apa yang Dato Arez mahu sambung ayatnya . Rei kekal dengan wajah tenangnya walaupun hatinya sudah membara .

" Kau terus hantar dia ke sini . Dan kau boleh berambus ! Jangan mimpi nak jumpa anak aku lagi ! " kata putus Dato Arez sebelum dia terus berlaku naik ke atas semula

" You ! " Datin Arna mengejar langkah suaminya , apa kena dengan suaminya ini ?

Rei terdiam .. dia tidak boleh jumpa Aeris ?

" Arien , tolong jangan dengar apa yang papa cakap . Dia tengah marah .. " Aeriq mendekati ke arah Rei yang kekal berdiri tanpa bersuara itu

" Rei , dia isteri kau Rei .. aku percaya apa-apa pun dia mesti nak kan suami dia walaupun dia ambil masa nak ingat kau " Azri pula menyampuk . Dia turut berdiri disebelah Rei dengan tangan memegang bahu lelaki itu

" Maaf " Rei memandang ke arah Aeriq

" Maaf sebab kali ni .. aku tetap akan langgar arahan papa untuk kali kedua "

Forever Her ProtectorWhere stories live. Discover now