Rei membetulkan mask miliknya sebelum dia mengemaskan rambut hitam pekatnya . Bila terasa rimas getah rambut dicapai sebelum rambutnya diikat dan beberapa helai rambut dibiar terjuntai dikiri kanannya
Rei melihat gambar Aeris yang berada di cerminnya itu sebelum dia tersenyum nipis . Gambar itu diusap perlahan , gambar Aeris sedang berjalan sewaktu mahu pergi ke kerjanya
" You so beautiful .. " katanya sendiri sebelum dia melihat pula gambar Aeris yang lain yang ditampal di cerminnya itu
Ya memang orang akan kata dia gila , dia terlalu gilakan gadis yang tidak pernah kenal dirinya ini. Tapi apa yang seorang Rei Koa Arien peduli ? Dia tetap mahukan gadis ini !
Rei keluar daripada biliknya sebelum dia berjalan ke arah dapur dan roti dicapai dan air susu kotak juga diambilnya , mahu bagi Aeris . Malam ni Aeris belum makan apa-apa lagi , lapar pula kesayangan dia itu nanti .
Rei terus naik ke tingkat atas sebelum dia mengambil kunci di dalam poket seluarnya dan pintu bilik itu dibuka , mesti Aeris tengah-
" What the- " roti dan kotak susu ditangannya diletakkan ke atas meja sebelum dia melilau mencari Aeris di dalam bilik itu
" Mana pula dia ni ? " perasaan marah mula mengusai dirinya sebelum dia menyelak kepala hoodienya turun
Matanya teralih ke arah tingkap yang sudah separuh terbuka itu sebelum dia laju mendekati tingkap itu . Mesti Aeris keluar ikut sini ! Rei laju turun ke bawah sebelum dia keluar daripada rumahnya , mana nak cari Aeris ni ?!
Tengah-tengah hutan ni lah .
Rei terasa mahu bergerak ke arah kiri kerana jika diikutkan arah keluar dari hutan yang tidak begitu dalam ini lebih senang untuk keluar jika ke kiri . Laju Rei berlari ke arah kiri hutan itu , bunyi guruh mula kedengaran menandakan sudah mahu hujan jadi dia kena cepat !
.
Aeris berjalan tanpa arah di dalam hutan itu , kenapalah ada manusia yang duduk di dalam hutan ? Gila betul lah ! Aeris terasa kakinya sudahlenguh berjalan dari tadi jadi dia mengambil keputusan untuk duduk sementara di bawah pokok untuk berehat
" Haih dah malam ni .. macam mana aku nak keluar " gumamnya sendiri sebelum tudungnya dibetulkan sedikit
Aeris duduk diam sahaja bersandar di batang pokok besar itu , dia bukanlah penakut sangat cuma yelah dia takut juga berada di dalam hutani ni .. takut binatang buas sahaja. Guruh yang lagi kuat dilangit itu membuatkan Aeris tidak senang duduk
Aeris melihat ke arah langit yang disinari dengan bulan itu sebelum bulan itu mula terlindung dengan awan tebal , Aeris mula berasa risau .. tolonglah jangan hujan . Dia takutkan guruh dan kilat .
" Aeris Kalia ! "
Aeris terus menolah ke kanan apabila terdengar ada suara lelaki memanggil namanya namun suara itu kedengaran sedikit jauh namun Aeris terus berdiri sebelum mula berlari ke arah kirinya , tidak tahulah ke mana tapi kena lari !
" Aeris ! Kau jangan buat gila dengan aku Aeris ! " suara lelaki itu berbunyi lagi
Kalini seperti makin mendekat ! Aeris semakin lajukan lariannya sebelum dia menoleh ke kiri dan kanannya , mana dia mahu sembunyi ni .
" Huh ? " Aeris terasa ada titisan air yang jatuh di tangannya dia melihat ke arah langit yang sudah tiada cahaya bulan itu sebelum rintikan hujan mula turun
" Cit , waktu macam ni lah nak hujan " Aeris melilaukan matanya sebelum dia bersembunyi di salah satu pokok dan melihat ke arah belakang
" Aeris Nalia ! I know you scared of rain and thunder dear .. you better come out now ! " kata Rei kuat
Aeris mengerut dahinya mendengar Rei kata begitu , macam mana lelaki itu boleh tahu yang dia takutkan petir ?
Aeris menyorokkan lagi dirinya apabila sudah ternampak Rei yang muncul dengan mata lelaki itu mencari-cari kelibatnya
" Ugh damn it ! " Rei terus berlari terus tanpa perasankan Aeris yang bersembunyi itu
Aeris mengambil peluang ini dengan berlari ke bawah semula arah bertentangan dengan Rei tadi . Sedang dia berlari tiba-tiba kilat memetir dilangit dengan kuat
" Ahh ! " tanpa sedar Aeris terjerit sebelum menutup kedua belah telinga sendiri
Aeris terdiam , pasti Rei sudah terdengar jeritannya tadi . Aeris berlari lagi dengan menutup kedua belah telinganya
" Aeris Nalia ! " Aeris menoleh ke belakang dan apa yang buatkan di terkejut Rei sudah berada tidak jauh di belakangnya
Laju nya !
" Run babe run ! " terdengar suara Rei gelak sendiri setelah berkata begitu , macam psiko !
Aeris tidak pedulikan Rei , dia tetap berlari dengan menutup kedua belah telinganya dan pada waktu itu juga kilat memetir lagi sekali dengan kuat berserta cahaya dan itu membuatkan Aeris terus terduduk
" Ahhh ! " Aeris terduduk dengan kedua belah tangan menutup telinganya sendiri bersama mata yang tertutup rapat
Aeris kaku disitu dengan hujan yang mula lebat membasahi dirinya , Aeris terasa dia sudah seperti mahu menangis sahaja sekarang
Terasa ada tangan menyentuh belakang badannya tanpa menunggu rerus dia memusingkan badannya dan memeluk tubuh lelaki itu
Dia tidak terfikir langsung siapa yang dia memeluknya itu yang dia tahu dia takut dan perlukan seseorang
Rei yang melihat itu tersenyum nipis sebelum dia membiarkan sahaja Aeris yang memeluk dirinya itu lalu sebelah tangannya naik menepuk lembut kepala Aeris yang berlapik tudung itu
" Your hug feel so warm , my love " katanya perlahan agar tidak didengari Aeris
Terasa tangan Aeris yang berada dipinggangnya longlai dan tubuh Aeris menyandar ke tubuhnya . Rei menolak sedikit tubuh Aeris sebelum melihat Aeris yang sudah menutup kedua belah mata itu
Rei menggeleng kepala perlahan sebelum tubuh Aeris dicempungnya sebelum laju dia berjalan untuk ke arah rumahnya semula
Nak lari konon .
Next ? Comment dulu kalau nak . Kita nak tengok ada orang baca ke tidak huhu
YOU ARE READING
Forever Her Protector
RomanceRei Koa Arien x Aeris Nalia Semua yang terjadi , semua sudah diketahui . Rahsia disembunyikan daripada si dia hanya untuk melindungi . " No matter what happened , I always put you first my love " - Rei Koa Arien Dia .. lelaki yang melindunginya...