Bab 46

239 14 1
                                    

Sebaik sahaja lampu isyarat itu bertukar hijau . Laju Rei memulas pemegang motor itu dan memecut laju . Nasib kereta tak banyak sekarang

Aeris sesekali menoleh ke belakang memandang kereta yang masih tekun mengejar mereka itu . Dah agak !

" Lajunya Rei ! " tegur Aeris . Tangannya lagi kuat memeluk tubuh lelaki itu

Rei yang berada di depan itu hanya menarik senyumannya . Terasa tangan Aeris memeluk kuat tubuhnya . Itu yang dia suka tu !

" Rei diorang dah dekat " kata Aeris itu membuatkan Rei terus membelok ke kiri

Mereka melalui jalan hutan . Aeris melihat sekeliling , gelap . Dia dahlah memang takut gelap . Rei memperlahankan laju motor itu apabila melihat ada cahaya asing yang datang bertentangan dengannya

Aeris tersentak apabila motor itu diberhentikan di tepi .

" Kenapa awak berhenti ? " tanya Aeris

" Tak apa . Kita turun je , diorang nak sangat kan " Rei membuka helmetnya sebelum rambutnya dirapikan

Aeris turut turun dari motor itu dan helmetnya juga dibuka . Mereka berdua berdiri di tengah-tengah antara dua kereta di tepi mereka . Rei menggengam erat tangan Aeris

" Haih , berhenti juga rupanya " suara itu datang dari dalam kereta itu

Pemilik suara itu keluar dari kereta dengan senyuman sinis dibibirnya . Kepalanya yang ditutup dengan kepala hoodie itu diturunkan

" Kau " bergetar nada suara Rei . Apalagi bila dia nampak Hairina yang senang berdiri di hadapan mereka

" Hai abang , rindulah dekat abang " Hairina berjalan mendekati Rei . Tangannya naik mahu memegang pipi lelaki itu namun laju sahaja tangannya ditepis kasar oleh Aeris

" Jangan sentuh laki aku " tegas Aeris

" Kalau aku sentuh juga ? " sengaja Hairina menduga dengan tangannya selamba menolak tubuh Aeris ke tepi

Aeris bengang , terus sahaja tangan kanan Hairina itu dipegang dan dipulas ke belakang .

" Argh ! Sakitlah " Aeris menolak gadis itu dengan kasar ke hadapan

Rei menarik Aeris agar berdiri di belakangnya semula . Pada waktu itu juga dua orang lelaki keluar dari dua buah kereta itu . Aeris dan Rei memandang ke arah mereka

" Apa kau nak lagi ni ? Tak serik-serik kau kan " kata Rei dengan nada tertahannya

Hairina ketawa menyinis " Selagi aku tak dapat apa yang kami nak . Kami takkan berhenti " kata Hairina . Nadanya berubah serius semula

" Kalau isteri aku tujuan utama korang , jangan harap korang boleh dapatkan dia ! " balas Rei semula

" Ugh whatever . Guys , settle them . I nak balik , semak duduk sini lama-lama " Hairina masuk ke dalam kereta miliknya dan memandau keluar dari kawasan itu

Tinggallah mereka berdua bersama empat orang lelaki berbadan sasa ini . Rei memandang mereka dengan pandangan menikam . Jangan haraplah nak sentuh isterinya !

" Easy bro , benda senang . Bagi sahaja isteri kau pada kami . Tak perlu ada yang cedera antara kita " kata salah seorang dari mereka

" In your dreams ! " Rei terus menyerang lelaki itu . Dia menyerang dua orang itu tanpa memikirkan Aeris . Fikirannya melayang !

Aeris pula memandang dua orang lelaki di hadapannya . Dua orang lelaki itu nampak seperti memandang Aeris dengan pandangan mengejek . Mungkin mereka ingat Aeris selemah yang disangka

" Senang je ni " salah seorang dari mereka terus menyerang Aeris

Aeris mengelak tumbukan lelaki itu . Lelaki disebelahnya pula bertindak mahu menendang dia , Aeris mengelak sebelum dia berundur dan memandang mereka berdua silih berganti

" Haih , serabutnya lah " rungut Aeris

Aeris laju menerkam ke arah lelaki berambut pendek itu dan tangannya laju menumbuk wajah lelaki itu tanpa lelaki itu sempat mengelak .

" Woi ! " lelaki disebelahnya itu memeluk Aeris dari belakang

Aeris menggeliat namun dia cepat bertindak dengan sikunya naik menyiku tepat wajah lelaki yang memeluknya dari belakang itu dan pelukan itu terlepas

Aeris laju menendang perut lelaki itu sebelum tangannya laju menumbuk wajah lelaki itu . Aeris memandang pula lelaki rambut pendek yang sudah mengeluarkan pisau itu

" Kau memang tak guna kan perempuan ! " lelaki itu menyerang Aeris

Aeris tidak menyerang balik selain mengelak dari pisau itu . Lelaki itu pula kelihatan terdesak mahu menikam gadis itu , bengang juga dia apabila melihat Aeris tangkas mengelak

" Ah ! " Aeris terjerit kecil apabila pisau itu terkena dan mencalarkan lengan kirinya

Lelaki itu tersenyum sinis melihat darah yang mengalir dari lengan Aeris itu .

" Aeris ! "

Tidak sempat lelaki itu mahu berpusing Rei terlebih dahulu mencengkam rambut lelaki itu sebelum kepala lelaki itu dihentak kuat ke lututnya

Terus lelaki itu rebah dengan pisau di tangannya juga terjatuh dari pegangannya .

" Aeris ! Love , are you okay ? Teruk ke darah ? " cemas Rei bertanya dengan tangannya memeriksa lengan Aeris itu

" Tak apa . Sikit je ni " balas Aeris dengan senyuman nipis

Rei membantu Aeris untuk berdiri . Aeris melihat ke arah empat orang lelaki yang sudah tumpas itu . Aeris memandang Rei disebelahnya , lelaki itu tersenyum dan berkata..

" Nampaknya rancangan kau berjaya "

.

Empat orang lelaki itu sudah ditangkap oleh pihak polis . Siasatan akan dilakukan kepada mereka , dan pasti sekarang Hairina dan keluarganya sedang gelabah

" Loveee " Rei mendekati Aeris yang duduk di atas katil itu . Laju dia memeluk Aeris dari tepi

Aeris hanya senyum sahaja padanya . Lengannya yang sudah berbalut itu dipegang sekejap .. nasiblah tidak terlalu teruk

" Sakit lagi ke ? " tanya Rei . Aeris menggeleng kepala

" Tak . Okay dah , saya penatlah .. nak tidur " Aeris melihat ke arah jam yang sudah menunjuk pukul 2 pagi itu

" Kesian penat .. jom tidur " Rei beralih ke tepi meberi ruang Aeris itu berbaring

Aeris rebahkan badannya disebelah Rei . Rei mendekati Aeris sebelum dia menarik isterinya itu rapat ke arahnya , pinggang Aeris dipeluk erat .

" Awak tak risau ke ? " tanya Aeris tiba-tiba

" Risau apa ? "

" Mereka tak akan duduk diam pasal ni .. " sambung Aeris

" Tak penting . Esok pagi-pagi kau bangun nanti kau aman dah " Aeris mengerut dahi kecil mendengar balasan Rei itu

" Kenapa ? " Rei sembunyi senyum sahaja

" Adalah , sudah tidur . Dah lambat ni " kepala Aeris ditepuknya perlahan

Forever Her ProtectorWhere stories live. Discover now