Bab 17

301 22 1
                                    

Aeris menunggu Rei di bawah sementara Rei masih solat asar di atas . Aeris mencapai phone miliknya sebelum dia tengok apa yang patut . Tiada apa yang menarik . Biasa saja

" Lovee , makan jom " Aeris mendengar Rei memanggilnya . Mesti baru turun

Aeris menutup phone sebelum diletakkan di tepi . Dia berjalan ke dapur juga sebelum dia terkaku melihat Rei yang tidak berbaju itu sedang menghidangkan makanan itu

Aeris diam sahaja sebelum dia duduk di situ dan mula menjamah makannya . Rei dihadapannya dipandang . Terus alih pandangan dia apabila Rei sudah memandang dirinya dulu

Hampir-hampir tercekik sahaja dia nasib belum sempat lagi . Aeris menjamah makanannya dalam keadaan agak tidak tenang . Bukannya dia tidak perasan Rei yang masih memerhatikan dirinya itu

" Kenapa tak pakai baju ? " tanya Aeris tanpa memandang ke arah Rei

" Saja . Tak suka ke ? " jawapan Rei itu membuatkan Aeris mengangkat wajah memandangnya . Rei hanya tersenyum ke arahnya sebelum dia tenung sahaja Aeris

" Ugh " Aeris laju menghabiskan makanannya . Boleh tahan lah nasi goreng yang Rei masak ni , sedap juga .

" Sedap tak ? Aku main campak-campak je " tanya Rei . " Hm bolehlah . " balas Aeris sebelum dia meminum air sejuk di dalam gelasnya itu . Gelas yang masih mempunyai separuh air sejuk yang belum diminum itu diletak semula ke atas meja

Rei selamba sahaja mengambil gelas itu sebelum dia mencari tempat bibir Aeris yang meminum air tadi diletakkan dibibirnya sebelum dia meminum baki air itu sehingga habis .

Aeris memandang dengan riak wajah muka bingung . Dia buat apa ni ? . Rei meletakkan semula gelas itu sebelum dia sengaja menjilat bibirnya sendiri .

" Sweet " kata Rei sendiri . Aeris yang mendengar itu terus membulat mata " Gila " katanya sebelum terus berdiri membawa pinggannya sekali

Rei hanya tergelak halus sebelum dia juga turut berdiri dan membawa pinggannya ke singki . Baru sahaja Aeris mahu membasuh pinggannya namun Rei sudah tegur " Tinggal je . Aku basuhkan " kata Rei

Aeris mengikut dia tinggalkan pinggannya sebelum dia berjalan ke ruang tamu semula . Dia duduk di sofa dan menonton television yang sedang menyiarkan cerita hantu itu

Memang seram . Tapi menarik , jadi dia tengok sahaja . Sampai tidak sedar Rei sudah duduk disebelahnya , Aeris hanya membiarkan . Dia bersandar di sofa sambil mata masih di kaca television

Terasa matanya mahu mengerling ke arah Rei . Aeris melihat ke arah Rei disebelahnya dengan hujung mata sahaja . Rei sengaja mengusap abs miliknya itu , Aeris tidak lepas memandang .

Bukan gatal eh ! Suami kot .

Rei tahu Aeris sedang memandang ke arahnya itu . Daripada tangannya yang berada di abs nya itu mula bergerak naik ke atas sebelum dia menyentuh bahagian lehernya sendiri perlahan dan terus meraup rambutnya ke belakang .

Gayanya memang menggoda betul . Aeris tidak tahu kenapa dia masih tidak mengalihkan pandangan , sebaliknya matanya mengikut arah tangan Rei itu

" What are you looking at , my love ? Love what you see ? " Aeris terus mengalihkan pandangannya ke kaca television semula apabila Rei menegur

Malu , kantoi lah !

Aeris berdehem perlahan , dapat dia rasakan mukanya mula terasa panas , pasti mukanya sudah merah sekarang menahan malu .

Rei yang melihat itu hanya tersenyum nakal sebelum dia merapati Aeris . Tangan kirinya menyusup ke belakang badan Aeris sehingga ke sisi pinggang kanan isterinya itu

" Eih pergilah sana . Saya tak suka orang peluk pinggang saya " Aeris menolak sedikit badan Rei menjauh walaupun dia tahu Rei memang tidak akan bergerak

Rei tidak bergerak juga . Dia tetap memeluk pinggang Aeris dari belakang . Aeris mengeluh perlahan sebelum dibiarkan sahaja . Rei mengerling ke arah Aeris sebelum tangannya yang berads di pinggang Aeris mula bergerak mengusap sisi pinggang gadis itu

" Ehh awak ni duduk diamlah ! Saya nak tengok cerita hantu ni " marah Aeris namun matanya masih memandang di kaca television itu

Sedang tekun dia melihat cerita itu tiba-tiba ..

" Ahh ! " terjerit Aeris apabila ada jumpscare . Terus tindakan spontan dia memeluk Rei disebelahnya

Rei agak tersentak namun .. dia lagi suka ! Rei membiarkan sahaja . Penakut lagi nak tengok cerita hantu .

Aeris yang baru tersedar dia memeluk Rei terus duduk tegak semula sebelum memandang Rei yang senyum mengusik ke arahnya itu

" Taknak peluk lagi ke ? Peluklah aku lama-lama sikit . " kata Rei . Aeris menumbuk perlahan perut suaminya itu

" Gatal " balas Aeris sepatah .

" Wait , kau yang peluk aku . Lepastu aku pula yang gatal ? " kata Rei tidak puas hati . " Habis awak peluk-peluk pinggang saya tadi ? Tu bukan gatal ? " balas Aeris semula tidak mahu kalah

" Itu bukan gatal . Ke .. kau nak tengok aku gatal betul-betul hm ? " Aeris memandang Rei yang baru bercakap begitu . Haa sudah mula dah !

" Eh duduk diam-diam boleh tak ? " Aeris sudah mula membuat wajah tidak puas hatinya . Rei hanya ketawa kecil sahaja .

Sedang mereka menontong television itu tiba-tiba phone Rei berbunyi . Aeris melihat nama yang terpancul di skrin phone itu

Hairina ? Ini ke gadis yang pernah disebut oleh Rei waktu tidur itu .

Rei mengangkat panggilan itu sebelum dia membuka pembesar suara . Malas pula nak letak dekat telinga phone ni

" Yes Hairina ? " sapa Rei dahulu . " Abang . Abang dekat mana eh ? " Aeris mula berkerut dahi sedikit . Abang kau .

" Aku dekat rumah . Kenapa ? " tanya Rei . Dia tidak sedar apa-apa yang Aeris disebelahnya sedang mendengar

" Abang kereta Hairina rosak . Boleh tolong ambik Hairina tak ? Hantar rumah mummy " kata gadis itu . Aeris mengerling sekilas ke arah skrin phone itu

" Abang kau lagi sorang tu mana " tanya Rei , dia malas nak keluar . " Dia memang tidaklah . Abang tolonglah eh , dah nak senja lah . Haina takut " kata gadis itu lagi

Rei mengeluh perlahan " Yelah . Send location" kata Rei sebelum dia terus mematikan panggilan itu

" Siap . Ikut aku . " kata Rei terus kepada Aeris . " Nak pergi mana ? Jemput girlfriend awak tu ? Baik awak je pergi " balas Aeris semula dengan jelingan kecilnya

Rei memandang Aeris disebelahnya sebelum dia sebelum bibirnya senyum sedikit " She's not my girlfriend . Dia adik angkat aku . Are you jealous , my love ? " tanya Rei mengusik Aeris

" Siapa jealous ? Eih tak kuasa " Aeris membalas semula . Rei hanya senyum smirk nya sebelum dia mendekati Aeris dan mulutnya berada rapat di telinga kanan gadis itu

" Cemburu tanda sayang .. " bisik Rei sebelum dia meniup perlahan telinga Aeris itu . Laju Aeris menjauhi dirinya dan menutup talinganya

" Gila ! " Aeris terus berdiri dan masuk ke biliknya . Dah suruh siap tadi dia siap sajalah . Dapat dia dengar Rei yang gelak di luar itu .

" Crazy over you babe ! " laung Rei dari ruang tamu itu . Dia tahu Aeris mendengar apa yang dia katakan

Aeris yang mendengar dari dalam biliknya itu menggeleng kepalanya perlahan . Sah suaminya ni tak berapa betul !

Forever Her ProtectorWhere stories live. Discover now