Bab 22

303 16 3
                                    

Rei yang memandu disebelahnya dijeling kecil , serta keluhan kecil terbit dibibir Aeris . Dia geram sahaja dengan Rei sekarang ni

" Lovee , kenapa muka masam ni ? Cuba senyum sikit " Rei menegur dengan bibirnya yang senyum-senyum itu . " Bawak jelah kereta tu diam-diam " balas Aeris keras nadanya

" Aloo marah lah ni . Alah aku suruh pakai topi tu je . Style apa , bukannya buruk pun " Rei sengaja menarik sedikit topi beanie yang dipakai oleh Aeris itu ke belakang

Aeris diam sahaja sambil tangan membetulkan kembali beanie itu . Inilah syarat Rei tadi , kenapa pakai beanie ni tidak boleh buka , dahlah dengan bersulam di beani itu tertulis

Rei's priority

Sabar sahajalah ! Bak kata Rei , nasib baik beanie ni style . Bolehlah juga Aeris memakainya .

" Nanti balik aku ambik juga ya , jangan nak gatal balik sendiri . " pesan Rei dan keretanya diparking di tepi jalan cafe itu . Aeris menghulurkan tangannya kepada Rei dan Rei menyambut huluran tangan Aeris itu

" Pergi dulu " baru sahaja Aeris mahu menarik tangannya semula namun Rei memegang tangannya . Rei mendekatkan wajah sebelum kedua belah pipi Aeris diciumnya

Aeris terasa pipinya mula berasa hangat , ah dia tidak suka rasa ni ! Laju Aeris menarik tangannya semula sebelum menarik masknya menutup sebahagian mukanya itu .

" I love you , my love . Jaga diri " Rei berkata serta berpesan . Aeris mengumam sahaja sebelum dia keluar daripada kereta itu . Sengaja tidak membalas kata itu , dia dengar sahaja

Rei yang sengaja mahu menyakat dia mnurunkan tingkap kereta bahagian penumpang itu . " Aeris Nalia , I love you ! " kata Rei sedikit kuat

Aeris berpaling apabila mendengar Rei berkata begitu , matanya membulat sebelum memandang ke kiri dan kanan . Adalah orang-orang sedang memandang ke arahnya

" Apa benda awak ni ! Diamlah " marah Aeris dihadapan tingkap itu . " Where's my ' I love you ' ? " tanya Rei dengan kening diangkat ke arah Aeris

" Ish , love you . Dah pergi balik ! " Aeris mula berpaling mahu berjalan semula namun Rei berkata lagi " Tak ikhlas . I need more " kata Rei sengaja menyakat

" Tak ada masa nak layan awaklah " Aeris berkata tegas sebelum dia mahu jalan sahaja tidak hiraukan Rei . " Nak aku jerit lagi sekali ke ? Boleh je " Rei mula mengugut dengan senyuman nakalnya

Aeris mengeluh sebelum dia menarik masknya kebawah sebelum dia senyum manis dan pusing semula dan masuk ke dalam kereta semula . Rei memandang pelik Aeris yang masuk ke dalam kereta semula itu

" I love you so much , my koala Rei ! " ucap Aeris dengan nada menyindirnya serta senyuman manis itu . Terus dia menarik masknya ke atas semula dan keluar daripada kereta

Rei yang mendengar itu terus tersenyum sebelum menggeleng kepala perlahan , comel ! Comel sangat !

Rei terus menaikkan tingkap keretanya semula dan mahu mula memandu . Namun phone nya yang berbunyi membuatkan dia mengangkat panggilan phone itu dahulu .

" Yes ? " keluar nada serious nya

Rei mendengar semua yang diberitahu oleh si pemanggil itu dengan wajah tegangnya . Seketika dia mengetap rahangnya sendiri sebelum dia mengeluh perlahan

" I get it . Thanks " terus panggilan itu ditamatkan . Matanya memandang ke arah Aeris yang sudah masuk ke dalam cafe itu

" Nobody can touch my wife . " katanya sendiri sebelum dia mula memandu untuk pergi ke satu tempat .

.

Aeris masuk ke dalam cafe itu dengan lagak biasa . Dia tersenyum nipis mengingat apa yang dia baru kata kepada Rei tadi . Tidaklah dia maksudkan apa dia cakap cuma .. dia malu !

Forever Her ProtectorWhere stories live. Discover now