Rei memandang Aeris lama dengan tanda tanya , macam mana gadis ini boleh ingat ?
" Macam mana awak ingat .. ? " soal Rei penuh persoalan
" Oh saya .. saya dah ingat " Aeris senyum nipis sahaja padanya . " Really ? Why don't you tell me ? " tanya Rei lagi
" Saya malas nak ingat balik . Ha jawab jelah soalan saya tu " Aeris menukar topik . Dia mahu tahu pasal soalan yang dia tanya tadi sahaja
" I think some of it .. it's my fault too . Sebab saya tak ada usaha bila dah besar ni , saya ingat cuma saya tak buat .. bodohnya saya . Cuma kalau waktu kecik memang saya tak dapat buat " jawab Rei jujur
" Tak dapat buat ? " ulang Aeris bersama kerutan di dahinya
" Sebab you know .. saya kan dijaga oleh mak ayah Hairi . They don't even praying . Jadi saya pun tak dapat solat sebab .. ya saya kena pukul hampir setiap hari . Badan saya sakit-sakit selalu .. " Rei mula membuka ceritanya pada Aeris yang tekun memandang dirinya itu
" Pernah sekali saya nak solat senyap-senyap tapi tak tahu pula yang mereka nak pukul saya waktu tu .. sebab saya terpecahkan pasu diorang . Bukannya sengaja " Rei menunduk sahaja . Hanya mulutnya sahaja tekun bercerita
Rei kemudian diam sahaja , tidak dapat diingat bagaimana peritnya hidup dia ketika itu . Dipukul selalu oleh mereka , dia hanyalah seorang budak kecil yang lemah tidak manpu melawan
" Awak okay ? " lembut suara Aeris bertanya
Rei mengangguk sahaja sebaik sahaja wajahnya diangkat Aeris terkedu melihat air mata lelaki itu yang mengalir sendiri .
" Saya .. saya rindu keluarga saya .. " luah Rei sebak nadanya . Air mata yang mengalir dikesat perlahan
Aeris perlahan-lahan mendekati lelaki itu namun Rei lebih laju memeluk erat isterinya itu . Wajah disembam ke leher Aeris , teresak-esak dia menangis disitu
Aeris tidak mahu berkata apa-apa . Dia hanya mengusap perlahan belakang badan Rei . Boleh rasa begitu kuatnya hidup lelaki ini dari dia kecil hingga sekarang ..
" Awak dah tak trauma ? Kalau teringatkan mereka pukul awak ? " soal Aeris , dia tiba-tiba terdetik mahu tanya
Dapat rasa kepala Rei dilehernya itu menggeleng perlahan . Mungkin Rei cuba untuk tidak terlalu ikutkan perasaanya untuk teringatkan perkara lama . Dan Aeris juga patut buat begitu ..
Kita akan terus terperangkap dalam masa silam jika terus mengingatinya
Rei menjarakkan wajahnya dengan tangan baik mengesat air mata sendiri . Tiba-tiba lelaki itu tergelak kecil dengan sendiri " I'm sorry , I look ugly .. sebab tu saya tak suka nangis " katanya
Rei agak terkejut apabila tangan Aeris memegang kedua belah pipinya sebelum kepalanya ditundukkan sedikit . Aeris melabuhkan ciuman lama di dahi suaminya itu tanpa berfikir apa-apa
Rei tanpa sedar bibirnya menguntum senyuman kecil . Kedua tangan Aeris yang melekap di pipinya itu dipegang lembut . Aeris menjarakkan wajah
" Saya .. saya tak tahu apa yang ada dalam diri saya yang buatkan awak nak jaga saya sampai macam ni . Everything you did for me .. I really appreciate it . " kata Aeris dengan senyuman nipis di bibirnya
" You want to know ? " soal Rei . Aeris mengangguk sahaja
" Sebab .. dalam diri awak , saya nampak diri saya sendiri . Saya lemah , saya tak melawan .. saya selalu takut . " Aeris terdiam mendengar . Rei memandang lama ke dalam anak mata gadis itu
" Sebab tu .. saya nak jaga awak . Saya taknak awak rasa macam mana saya rasa .. walaupun saya hanya perhatikan awak dari jauh .. "
" Saya sayang awak sangat-sangat Aeris .. rasa sayang saya pada awak , saya tak dapat nak gambarkan macam mana .. saya harap awak dapat rasa cinta saya pada awak " sambung Rei lagi
Aeris menunduk sebelum dia menekup wajahnya sendiri . Air matanya mula mengalir laju tanpa dia sedar , teresak-esak Aeris menangis dihadapan Rei .
Lelaki ini sanggup jagakan dia , jaga dia yang orang biasa ini .. begitu besarkah rasa sayang Rei kepadanya ? Lelaki itu juga yang selalu tolong dia dan selamatkan dia daripada Hairi
Rei mendekatkan dirinya dengan Aeris " Come here , my love " Rei menarik Aeris ke dalam pelukan . Sebelah tangan mengusap kepala Aeris , sempat dia mencium lembut sisi kepala Aeris itu
Kini panggilan ' my love ' yang Rei selalu gunakan untuk dirinya terasa lebih bermakna .
Aeris turut memeluk kembali tubuh Rei . Kuat dia memeluk lelaki itu seperti tidak mahu melepaskan . Rei tidak henti mengusap lembut kepalanya
" Saya sayang awak .. terima kasih sebab sudi jagakan saya . " ucap Aeris perlahan di telinga Rei
" I love you more " Rei membalas
Wajah Aeris dijarakkan oleh Rei sendiri . Ibu jarinya mengusap air mata Aeris , sempat dia mencubit lembut hujung hidung Aeris itu
" Merah dah hidung .. comel " Aeris tergelak . Dia mengesat air matanya sendiri
" Tapi .. apa tujuan mereka untuk dapatkan saya ? Saya tak rasa sebab Hairi sahaja " soal Aeris tiba-tiba
" Hairi pernah bercinta dengan ramai perempuan . Tapi dia cari orang yang kaya je , sebab ? Sebab nak duit diorang lah . Itu pun sebab dua orang tua tu yang nak . " Rei membuka cerita sebenar
" Takkan sebab tu je ? "
" Kalau ikutkan sebab tu lah , tak ada benda yang serious sangat pun . Duit yang Hairi minta tu tak banyak pun cuma duit tu diorang buat untuk beli dan jual dadah . Dengan buat banyak kerja-kerja kotor yang saya pun tak tahu " sambung Rei lagi
" Habis kenapa diorang nak sangat saya ? " tanya Aeris lagi
" Siapa diorang tu ? The only person who wants you is Hairi . Not them " jawab Rei
" Dia tu dah obses dengan awak . Tujuan dia dengan awak sama je macam yang lain , tapi dia jadi melampau dan keterlaluan pula . Sampai dia dera awak . " tambah Rei lagi
" Maksudnya .. semua ni jadi hanya sebab mereka nakkan duit ? " tanya Aeris . Rei mengangguk sahaja
" Hairi dengan Hairina masih bebas ? "
" Polis tengah cari lagi , termasuklah Azri dengan Sara . Diorang pun tengah cari juga mana dua beradik tu menghilang " setia Rei menjawab semua soalan Aeris
" Macam mana kalau Hairi akan cuba lagi untuk tangkap saya lepasni ? " tanya Aeris
" Awh trust me , my love .. dia takkan dapat sentuh awak sikit pun . Saya kan ada " tenang sahaja Rei menjawab . Tangannya mengelus perlahan pipi Aeris dan dicubitnya
" Macam mana pula kalau Hairi tangkap awak ? " Rei mengerut dahi kecil mendengar soalan Aeris itu " Tangkap saya ? Kenapa ? "
" Hairi mesti tak puas hati dengan awak . Dia gila tau , kalau betul-betul dia tangkap awak dan cuba bunuh awak macam mana ? " tanya Aeris , risau nadanya
" Mati lah , nak buat macam mana lagi "
" Saya tak main-mainlah Rei ! " laju tangan Aeris menampar bahu Rei . Terlepas tawa lelaki itu
" Just .. trust me okay ? " kata Rei
Aeris mengangguk lemah , apa-apa pun dia tetap akan percayakan lelaki ini . Setiap tindakannya ada sebab tersendiri .
YOU ARE READING
Forever Her Protector
RomanceRei Koa Arien x Aeris Nalia Semua yang terjadi , semua sudah diketahui . Rahsia disembunyikan daripada si dia hanya untuk melindungi . " No matter what happened , I always put you first my love " - Rei Koa Arien Dia .. lelaki yang melindunginya...