Bab 14

383 21 1
                                    

" Selamat pagi pengantin baru " tegur Datin Arna yang sedang menghidangkan makan pagi dibantu Cik Sah itu

" Morning mama " balas Aeris . Rei turut ada disebelahnya .

" Meh lah duduk . Kita sarapan " ajak Datin Arna

Rei menarik kerusi untuk Aeris agar Aeris duduk disitu . Aeris duduk sebelum Rei duduk disebelahnya , Datin Arna sudah pun beredar ke dapur .

" Nak makan apa ? Awak nak roti ke nasi goreng ? " tanya Aeris . " Nak kau " Aeris mencubit lengan Rei perlahan apabila Rei berkata begitu

" Main-main lah awak ni ! " marah Aeris perlahan . Takut jika Datin Arna dengar .

" Betul lah , nak kau . Boleh tak ? " Rei sengaja menyakat dengan mendekatkan mukanya dengan Aeris

" Haa buat apa tu? " sergah Aeriq yang baru turun dari tingkat atas itu . Dia sudah lengkap berkemeja mahu ke kerja

" Morning adik ipar " Aeriq menepuk perlahan bahu Rei sebelum kepala Aeris diusap perlahan

" Nak pergi kerja dah ke ? " tanya Aeris

" Iya abang nak pergi kerja dah sekejap lagi . Makan lah Arien . Apa ni dik bagi lah suami tu
makan " tegur Aeriq

Aeris menjelingnya kecil sebelum roti yang sudah disapu jem coklat kapit itu diberi kepada Rei . Rei menyambut sebelum dia mula menjamah makanannya

" Morning anak-anak " tegur Dato Arez yang baru muncul di meja makan itu

" Papa " Aeris menegur Dato Arez

" Adik ni dah kahwin pun bangun lambat . Bangun awal sikit tolong siapkan makanan untuk suami tu " tegur Dato Arez pula

" Ngantuk . Pagi-pagi tu ada orang sibuk kacau nak solat " sindir Aeris sebelum dia selamba sahaja mengambil roti dan dimakannya juga

" Siapa pula kacau ? " tanya Aeriq

" Ada setan . Biasa lah " balas Aeris selamba

Rei disebelahnya hanya mendengar , kemain sedap Aeris berkata . Rei diam sahaja sebelum tangan kiri Rei tiba-tiba berada di atas peha Aeris dan diusap lembut . Sengaja !

Aeris terdiam sebelum dia tunduk memandang tangan Rei yang sedang mengusap lembut pehanya itu . Aeris memandang Rei disebelah yang tidak memandangnya langsung

Lelaki ni memang sengaja !

" Ooh biasalah tu . " Aeriq membalas sebelum dia melihat jam tangannya

" Lah semua dah ada . Haa makan-makan " Datin Arna muncul sebelum dia duduk disebelah Dato Arez dan turut menjamah makanannya

" Abang gerak dulu lah " Aeriq menyalam tangan kedua ibu bapanya

" Along " Aeris turut menghulurkan tangannya kepada Aeriq dan Aeriq menyambutnya . Aeris tunduk mengucup tangan abangnya , Aeriq mencium kepala adiknya sekilas

" Pergi dulu " Aeriq terus beredar untuk pergi ke kerja

" Papa pun sekejap lagi nak keluar dah . Mama pun ada kerja dekat office dia nanti .. kamu dua duduk rumah lah ya ? Kalau nak keluar boleh je " kata Dato Arez sebelum menghabiskan air teh nya

Aeris mengangguk sahaja . Tinggal rumah berdua dengan Rei yang buat risau ni !

.

Aeris duduk sahaja di ruang tamu sambil matanya memandang ke arah television . Cerita drama korea itu di tontonnya . Tiada cerita tengok sahajalah

Semua tiada di rumah . Hanya tinggal dia dan Rei sahaja . Cik Sah cuti hari ini jadi semua kerja dia buat lah sendiri .

Rei berjalan ke arah Aeris yang duduk bersila di atas sofa sambil menonton television itu . Laju dia turut duduk disebelah Aeris sebelum kepalanya berbaring di riba Aeris

Forever Her ProtectorWhere stories live. Discover now