Bab 18

285 24 1
                                    

Rei dan Aeris sampai di lokasi yang dihantar oleh Haina itu . Nampak gadis itu sedang duduk bersandar di keretanya di tepi perhentian bus . Rei dan Aeris turun bersama mendekatinya

" Abang " menyimpan phone miliknya sebelum menghampiri mereka berdua . " Hm " sahut Rei , dia terus menghampiri kereta Haina sebelum melihat apa yang rosak

" Dah call orang untuk repair ? " tanya Rei . " Dah , diorang lambat sikit . Tu mintak tolong abang tu " kata Hairina kepada Rei

Aeris hanya melihat . Mask dibetulkan , Aeris tetaplah Aeris . Mask miliknya tidak akan ditinggalkan . Haina memandang ke arah Aeris .

" Awak siapa ? " tanya Hairina hairan . " She's my wife " laju Rei menjawabkan

" Isteri ? Bila abang kahwin ? " tanya Hairina lagi . Tidak tahu apa-apa tiba-tiba sudah kahwin ?

" Lama dah . " Rei mendekati mereka berdua dan duduk disebelah Aeris yang duduk di bonet kereta itu

" Hairina tak tahu pun .. " katanya perlahan . Bagi Aeris nada suara Haina itu seperti kecewa sahaja bunyi nya .

" Buat kecil-kecil je " balas Rei . Tangannya memeluk pinggang Aeris dari tepi .

Hairina mengangguk sahaja sebelum dihulur tangan kepada Aeris . Aeris menyambutnya
" Hairina " katanya dengan senyuman nipis kenalkan diri

" Aeris " balas Aeris sepatah dengan nada mendatar . " Kenapa you pakai mask ? You .. sakit ke ? " tanya Hairina lagi

Aeris tidak menjawab apa-apa malah memandang Rei seketika sebelum dia menjawab " Dah terbiasa " balas Aeris .

Hairina mengangguk perlahan sahaja mengerti . Aeris memandang gadis itu lama memerhati . Dia perempuan , dia faham sahaja .

" Tu dah sampai . Cepat sikit cakap dengan dia . Aku tunggu dalam kereta . Come , love " Rei berkata sebelum tangannya menarik Aeris untuk masuk ke dalam kereta

Mereka berdua menunggu di dalam kereta sahaja . Hairina muncul dan dia masuk ke dalam kereta seat belakang . Rei mula memandu untuk hantar Haina ke rumahnya itu .

" Tak apa ke abang nak hantar Hairina rumah mummy , daddy ? " pertanyaan Hairina itu membuatkan Aeris berasa agak pelik . Kenapa harus soalan begitu ?

" Hm , sebabkan nak hantar kau je " balas Rei . 

Setelah itu mereka bertiga senyap sehinggalah tiba di hadapan rumah yang agak besar itu . Kereta Rei berhenti betul-betul di hadapan pagar rumah .

" Eh mana kereta diorang ? Keluar ke " tanya Hairina sendiri sebelum dia keluar daripada kereta itu

Rei dan Aeris memerhati sahaja dari dalam kereta melihat Hairina yang menghubungj .. tidak tahulah mungkin mengubungi kedua ibu bapanya itu

Pada waktu itu juga sebuah kereta bewarna merah berhenti disebelah mereka . Pandangan Aeris dan Rei teralih pda kereta merah yang berhenti disebelah mereka

Rei yang melihat kedua muka orang tua itu sudah cukup membuatkan darahnya mendidih . Laju dia mula mahu undurkan kereta mahu keluar daripada kawasan rumah itu

Tuk ! Tuk !

Cermin kereta yang diketuk itu membuatkan Rei terhenti . Dia melihat Hairina membuat isyarat menurunkan tingkap . Rei menurunkan tingkap keretanya

" Terina kasih tolong Hairina . " ucap Hairina kepadanya . Rei mengangguk sahaja sebelum dia mahu naikkan semula tingkap keretanya namun ada suara yang bercakap tiba-tiba

" Wahh , orang miskin macam kau pun boleh pakai audi ya ? Kau merompak ke " suara wanita itu berkata dengan sinis

" Dah miskin tu memang mencuri merompak lah kerjanya " sampuk lelaki berusia itu pula sebelum mereka berdua ketawa menyinis kepada Rei

Aeris yang mendengar itu membuatkan dia yang panas hati . Suka hati je hina orang , suami dia pula tu !

" Mummy .. dahlah tu " suara Hairina berkata perlahan kepada wanita itu

" Kau diam . Kau kenapa dari kecik bela sangat lelaki ni ? Dia bukan nak kat kau pun , bazir masa jelah kau pertahankan dia " kata wanita itu kepada anak perempuannya itu

" Entah berapa banyak perempuan dia dah mengandungkan dekat luar sana " kata wanita itu lagi

Aeris sudah tidak boleh sabar . Dia keluar daripada kereta tanpa sempat Rei menghalangnya .

" Excuse me , but .. what's wrong with you old lady ? Puan tengah hina suami saya tahu ? Puan ingat Puan bagus sangat ke ? " kata Aeris , walaupun nadanya mendatar masih terselit ketegasan disitu

Rei turut keluar daripada kereta dan mendekati isterinya " Love sudahlah . Kita balik jom " Rei cuba menarik tangan Aeris

" Dia hina awak kot . Awak diam je ? Kalau dapat kat saya makcik mulut puaka macam ni saya ceramahkan je ! " kata Aeris lagi memang sengaja kata kuat bagi mereka dengar

" Woi , biadap  kau kan perempuan selekeh . Kau ingat suami kau ni baik sangat ke ? Dia ni tak berguna langsung . Elok mati je" sampuk lelaki berusia itu pula membela isterinya

" You're the one who should die here ! " kata Aeris kepadanya

" Kurang ajar ! " wanita berusia itu sudah mengangkat tangannya mahu menampar Aeris . Laju Rei memegang tangan wanita itu

Rei memegangnya dengan kuat serta mencengkam . Perasaanmya terbawa sekali dengan pandangan matanya yang tajam .

" Eh budak bodoh lepaskan aku lah ! Sakitlah bodoh ! " wanita itu memukul perlahan badan Rei namun Rei masih mencengkamnya

" A-abang . Lepaskan tangan mummy abang " Hairina pula mendekatinya

" Lepaskan isteri aku ! " lelaki berusia itu memukul kepala Rei dengan kuat membuatkan Rei terus melepaskan tangan wanita itu dan memegang kepalanya

" Bodoh kau ! "

" Sa-sakit .. "

" Bodoh ! Tak guna ! " kepala kanak-kanak lelaki itu terus dipukul tanpa henti

Rei memegang kepalanya sendiri sebelum dis mula mendengar dan teringatkan semua perkara lama itu . Yang masih menghantui dirinya

Aeris yang perasan itu terus merapati Rei dan memegang lengan suaminya " Awak ? Awak okay tak ? " tanya Aeris

" Hhahahah kau mesti tak tahu dia ni mental . Tengok tu dah pegang kepala sendiri , gila nak datang lah tu " sampuk lelaki tua itu dengan gelak sinisnya

Aeris yang geram terus mencapai botol air di dalam beg tangannya dan dibaling serentak semuanya ke arah kedua orang itu . Hairina sempat mengelak

" Bodoh punya budak ! Kau tunggu aku upah orang kerjakan kau " kata wanita itu dengan marahnya

" Panggillah ! I'm not scared ! Stupid " Aeris terus menarik Rei masuk ke dalam kereta

Mereka bertiga tergamam mendengarnya . Memang kurang ajar ! Gadis itu perlu diajar cukup-cukup , berani dia berkata begitu kepada diri mereka ? Huh silap besar .

Aeris masukkan Rei di tempat penumpang dan dia yang memandu . Laju dia memandu meninggalkan kawasan itu . Rei disebelahnya dipandang . Rei masih diam dengan tangan yang berada di kepalanya

" Awak ? Awak okay tak " tanya Aeris kepadanya

Rei memandang Aeris sebelum dia mengangguk perlahan . Aeris perasan mata Rei sudah berkaca , Aeris memandu menggunakan tangan kanannya . Tangan kirinya memegang tangan kanan Rei dan digenggam

" Awak okay kan ? You're strong . " kata Aeris dengan tangannya yang masih memegang tangan Rei

Rei tersenyum nipis sebelum tangan Aeris yan memegang tangannya itu dibawa ke bibirnya sebelum dicium lama . Aeris hanya membiarkan sahaja dia tenang memandu .

Forever Her ProtectorWhere stories live. Discover now