Malam yang tiba-tiba hujan lebat itu menambahkan rasa resah dalam hati Aeris . Elok sahaja mereka pulang dari meronda tadi tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya dan guruh mula kedengaran
Aeris cuba untuk tidur lena . Matanya dipejam namun dia tidak dapat mengawal rasa berdebar setiap kali guruh dan kilat mula berbunyi . Rei ? Tiada dalam bilik . Dis tidak tahu ke mana suaminya pergi mungkin dekat bawah lagi .
Aeris duduk dari baringnya sebelum dia meraup rambutnya ke belakang . Tak boleh jadi , dia memang tidak boleh tidur kalau macam ni . Elok sahaja Aeris mahu membuka pintu biliknya itu , pintu itu sudah dibuka dahulu dari luar
Terpampanglah wajah Rei yang nampak sedikit bassh dan rambutnya juga kelihatan basah sedikit , dengan hanya mengenakan singlet hitam besarnya itu .
" Why , love ? Kau- "
" Awak pergi mana ha ? Awak tahu kan saya takut guruh . Saya tak boleh tidur tahu tak ? " tanya Aeris terus memotong percakapan Rei
" I'm sorry okay ? Aku keluar sekejap tadi ada hal " kata Rei sebelum dia masuk ke dalam bilik dengan tangannya memegang lembut lengan Aeris
" Pukul 2 pagi ni urusan ? Awak pergi mana ? Awak jumpa perempuan lain eh ? " tuduh Aeris terus dengan wajah tegangnya . Mood dis tidak betul mungkin kerana mengantuk
" Love ? Kau okay tak ni ? .. janganlah tiba-tiba marah aku macam ni " Rei mendekati Aeris yang berdiri tegak dihadapannya dengan wajah tegang itu . Kedua belah bahu Aeris dipegangmya lembut
" Saya cari awak .. " perlahan sahaja suara Aeris berkata . Sejak bila dia boleh jadi mengada ni ? . " Okay my love , I'm sorry .. aku minta maaf sebab keluar tinggalkan kau sorang-sorang kat rumah " Rei berkata dengan nada penuh lembut . Tangan kanannya naik mengusap lembut pipi kanan Aeris
Aeris hanya memandang anak mata Rei yang turut memandang matanya itu dengan pandangan lembutnya seperti memujuk . Dan ia , Aeris memang terpujuk .
Aeris mendekati Rei namun suaminya menjauhkan diri dahulu daripadanya . Aeris memandang Rei pelik , dah kenapa ni .
" Aku basah . Kena hujan , bagi aku mandi kejap . Kau baring dulu ya ? Sekejap je " Rei mengucup perlahan dahi Aeris sebelum dia berlalu mencapai tuala miliknya dan masuk ke dalam bilik air
Aeris mengeluh perlahan dia duduk semula di atas katil . Baru sahaja dia mahu rebahkan badannya semula namun bunyi noti yang tiba-tiba muncul di phone nya membuatkan Aeris memandang ke arah phone nya itu
Aeris mencapai phone itu sebelum dilihat noti yang muncul di skrin itu .
How's your life now sayang ? Bahagia betul tanpa I .. bahagia lah dulu sayang . Sebab mungkin lepasni you tak akan bahagia lagi macam tu
Aeris melihat lama mesej yang dihantar itu . Apa maksud lelaki ni .. dia memang tahu sangat siapa yang hantar . Tapi .. kenapa , kenapa masih mahu ganggu dia ?
" Aghh ! " bunyi guruh yang kuat secara tiba-tiba itu membuatkan Aeris tercampakkan phone nya sendiri ke lantai sebelum menutup telinganya
Tolonglah , dia memang tidak mahu ingat semua perkara lama itu . Benda itu akan sentiasa menghantui dirinya , dia tidak suka !
" Kau memang bodoh kan ?! Kau memang nak kena kan ?! " lelaki itu melonggarkan tali pinggangnya dengan matanya memandang tajam ke arah gadis yang sedang menunduk dihadapannya itu
" To-tolonglah .. jangan .. ja-jangan pukul aku " gadis itu merayu dengan tangannya disatukan dihadapannya . Dia betul-betul takut sekarang
YOU ARE READING
Forever Her Protector
RomanceRei Koa Arien x Aeris Nalia Semua yang terjadi , semua sudah diketahui . Rahsia disembunyikan daripada si dia hanya untuk melindungi . " No matter what happened , I always put you first my love " - Rei Koa Arien Dia .. lelaki yang melindunginya...