Rei melihat semua barang yang berada dalam kotak itu sebelum dia menutupnya semula . Dengan perasaan marah dia berjalan sehingga dihadapan pintu rumah . Langsung diketuk kuat pintu rumah itu
" Apa benda lah memekak sangat ? " dengar suara lelaki dari dalam berbunyi sebelum pintu itu terbuka
" Kau dah- "
Buk !
Belum sempat Hairi bertanya Rei sudah melayangkan satu tumbukan padu kepadanya . Terjatuh Hairi ke lantai rumahnya semula
" Apa masalah kau bodoh ?! " tanya Hairi dengan suara meninggi , dia berdiri semula
" Jangan kacau isteri aku lah si-l ! Kau nak apa lagi ? Aku dah kahwin dengan dia , apa lagi kau nak ?! " marah Rei dengan suara lantangnya
" Huh , kau bodoh ke ? Kau patut kahwin dengan dia . Dan bawa dia masuk dalam keluarga ni , kau lupa ke ? " sinis Hairi bertanya semula
" Aku kahwin dengan Aeris bukan untuk ikut rancangan bodoh korang ! Jangan ingat aku lupa apa kau buat dekat dia , aku takkan lepaskan kau ! " kata Rei kuat sebelum dia melangkah keluar daripada rumah itu
Hairi memandangnya sebelum dia tersenyum sinis " Woi ! " panggilnya
" Tapi .. I miss Aeris . Aku rindu dia , aku rindu nak belai-belai dia .. " kata Hairi sengaja mahu membangkitkan kemarahan Rei
Rei mengetap rahangnya sebelum dia berpaling semula memandang Hairi dengan pandangan tajamnya . " She's not yours . She's mine ! "
" Hahaha , she's mine first . Kau yang rampas dia dari aku . Aku akan dapatkan dia balik " kata Hairi dia juga berkata dengan seriousnya
Rei hanya memandang sebelum dis tersenyum sinis dan terus mahu beredar tanpa kata . Cuba , silalah cuba .
" Kau dah berani pukul aku sekarang ya ? Dah tak takut ke ? Aku boleh je pukul kau macam dulu .. huh sampai nyawa-nyawa ikan " sinis Hairi lagi dengan berlagaknya
Rei diam sahaja sebelum kenangan lama yang menyakitkan itu mula berlayar di mindanya semula . Tangannya memegang kepalanya sendiri .
" Tak ingat ke macam mana kau merayu .. minta aku berhenti pukul kau . Cit , kau memang dasar lembiklah " kutuk Hairi lagi
Rei terus beredar . Ingatan lamanya mula bermain semula membuatkan emosinya mula tidak stabil .
.
Aeris tinggal seorang di rumah . Rei keluar mahu beli barang katanya . Tapi sampai sekarang belum pulang lagi , Aeris melihat ke arah jam . Sudah pukul 6.36 petang
Aeris berdiri dari duduknya sebelum dia beejalan ke dapur , mahu mencari manisan coklat yang disukainya . Namun hampa apabila peti ais dibuka tiada satu pun coklat
" Hmm dah habis semua " gumamnya sendiri . Dia berfikir perlukah dia keluar pergi beli sendiri sekarang ?
Aeris mahu naik ke atas untuk menukar bajunya namun terhenti apabila pintu rumahnya dibuka dan dia memandang ke arah Rei
" Awak .. saya nak keluar- "
" Tak boleh " potong Rei sebelum dia berjalan terus melepasi Aeris dan berjalan ke atas
" Tapi saya nak beli- "
" Aku cakap tak boleh ! Kau tak faham bahasa ke ?! " tinggi nada suara Rei menengkinrg dirinya semula
Aeris terdiam sahaja disitu berdiri . Rei memandangnya tajam sebelum dis terus naik ke atas dan masuk ke dalam bilik mereka .
Aeris cuba berfikiran positif , mungkin Rei penat tak sengaja ter tengking dirinya . Tak apalah . Aeris duduk semula di sofa ruang tamu itu dan bermain phone nya
YOU ARE READING
Forever Her Protector
RomanceRei Koa Arien x Aeris Nalia Semua yang terjadi , semua sudah diketahui . Rahsia disembunyikan daripada si dia hanya untuk melindungi . " No matter what happened , I always put you first my love " - Rei Koa Arien Dia .. lelaki yang melindunginya...