Rei mencelikkan matanya sebelum dia melihat sekeliling , dia dimana ni ? Kepalanya disentuh .. berbalut ? Rei bangun perlahan-lahan sebelum bersandar di katilnya
Pintu yang dibuka itu membuatkan dia memandang ke arah gerangan yang masuk ke dalam itu
" Dah bangun ? " tanya Aeris sebelum dia mendekati ke arah katil Rei
" Aeris .. k-kau , kau okay ? Kau cedera tak ? " itu soalan pertama Rei tanya kepada Aeris
Aeris mengeluh perlahan sebelum dia duduk di kerusi sebelah katil itu . Wajah Rei yang memandangnya dengan perasaan risau itu dipandang
" Rei .. jangan fikirkan aku boleh tak ? Sekarang ni yang berbalut kepala kau tau . Kau patut fikirkan diri kau dulu " kata Aeris
" Dia cakap .. dia akan cederakan kau kalau dia nampak kau dekat dengan aku . Kau betul-betul okay ke ? " tanya Rei lagi bernada risau tidak dihirau apa yang baru Aeris kata tadi
Aeris diam sahaja memandang Rei . Lelaki ini .. benar-benar risaukan dia , dalam keadaan begini pun Aeris yang ditanya dahulu .
" Aku taknak dia cederakan kau Aeris .. " sambung Rei lagi
" Aku okay Rei .. aku tak apa-apa " balas Aeris dengan senyuman nipis
Rei diam sambil matanya tidak lepas memerhatikan Aeris yang menunduk itu
" Apa jadi ? Macam mana dia boleh serang kau? " tanya Aeria terus
" Tak payah fikirlah Aeris .. benda kecik- "
" Benda kecik ? Kecik apa bendanya kalau dia boleh cederakan kau , eh kau memang tak fikir pasal diri kau ke Rei ? " tanya Aeris dengan perasaan sedikit marahnya
" Benda nak jadi , apa aku boleh buat " balas Rei semula
" Ke kau yang cari dia ? " tanya Aeris
Rei diam tidak menjawab , dia hanay buat tidak dengar sahaja
" Jawab Rei . Kau yang pergi cari dia ke ? " tanya Aeris lagi dengan nada suaranya sudah mahu meninggi
Rei masih diam lagi tidak menjawab .
" Jawab aku tanya ! "
" Ya ! Memang aku yang pergi cari dia , sebab memang aku ikut kau . Aku nampak semuanya . Aku cuma nak beri dia amaran itu je ! " Rei menjawab semua soalan Aeris itu
" Tapi kenapa Rei ? Kenapa kau cari dia , kenapa kau kisah sangat- "
" Kau tak nampak lagi ke Aeris ? Kau tak nampak lagi ke ? Yang aku ni memang sayangkan kau ! " potong Rei
" Kau tak perlu buat semua ni Rei , fikirkan pasal diri kau . Kau cedera sebab aku , fikir Rei ! " kata Aeris bernada tinggi
" Apa-apa pun yang jadi aku tetap akan pastikan kau selamat dulu . " balas Rei tidak bernada dia sudah penat mahu terangkan semuanya
Aeris terdiam .. dalam apa-apa situasi sekali pun memang Rei akan utamakan dirinya dahulu ke ? Memang macam tu ? Tapi kenapa .. lelaki ini memang tidak sayangkan nyawa sendiri ke
" Rei .. aku hargai semua yang kau buat untuk aku Rei . " Aeris mula bersuara semula
" Tapi tolong Rei .. utamakan diri kau juga . Jangan terlalu nak menjaga aku sampai kau lupa jaga diri kau sendiri . " pesan Aeris lagi
" Aku tahu Aeris .. aku tahu jaga diri sendiri " balas Rei
" Tahu apa ? Dia dah pukul kepala kau kot . Tu pun masih kau cakap tahu jaga diri sendiri lagi" marah Aeris namun tidak se serious tadi
" Sudahlah . Sikit je ni .. kau risaukan aku ke? " tanya Rei mahu mengusik
" Tak ada maknanya . Dah kau terbaring tepi jalan tu .. aku tolonglah . Takkan nak biar " laju Aeris membalas semula
" Risau cakaplah . " kata Rei lagi mahu mengusik
" Aku tak risau . Dahlah kau rehat lah aku balik dulu . Nanti pandai-pandai lah nurse tu datang bawak makanan kau makan .. ni nak bagitahu parents kau tak ni ? "
Jeda
Diam , Rei tidak menjawab malah hanya mata dis sahaja tiba-tiba bertukar menjadi renungan tajam . Aeris dapat rssa walaupun Rei tidak memandsng ke arahnya
" Aku tak ada keluarga . Semua dah mati " keras nada suara Rei membalas
Aeris mengemam bibirnya , sedar dia tersalah cakap . Terus dia betulkan topi yang dipakainya
" Sorry " Aeris terus berlalu keluar daripada wad itu tanpa menoleh semula memandang Rei
Aeris diam , orang nampak dia mungkin seperti kurang ajar .. tapi dia memang begini . Lagi-lagi bila dengan lelaki .. semuanya bersebab .
.
Hairi mengusutkan rambutnya sebelum dia mundar-mandir di dalam biliknya sendiri . Kusut , sibuk pulak lelaki tadi nak bagi amaran bagai !
" Kau jangan ganggu dia lah Hairi ! Kau memang psiko kan ? " marah Rei dihadapan Hairi
" Eh kau berambus boleh tak ? Semaklah . Aku nak buat apa dengan dia sukahati aku lah kau sibuk apasal ?! " marah Hairi semula kepada Rei
" Kau nak apa lagi dengan aku si-l ?! Kau tak boleh ganggu aku , kau nak ganggu Aeris . Apa masalah kau ? " Rei memandang tajam ke arah Hairi atau lebih tepat
Abang tiri nya itu .
" Dia milik aku dari awal lagi ! Kau yang menyibuk ! Kalau aku tak dapat Aeris tak ada siapa boleh dapat dia ! " kata Hairi lagi
" Kau dera dia bodoh ! Macam tu kau cakap sayang ? Bodoh ! " Rei marah lagi
" Aku akan report polis. Kau jangan ingat kau akan terlepas macam tu je lepas apa yang kau dah buat dekat dia Hairi ! " Rei terus berjalan memebalakangi dirinya
Hairi mengetap rahangnya sebelum dia mencapai cangkul yang ternampak itu dan laju dia menghayunkan sebelum memukul kuat kepala Rei di belakangnya
Buk !
Hairi tergelak sendiri bila mengingatkan kisah tadi , kalau diikutkan nak sahaja dia memukul kepala Rei sampai pecah !
" Huh budak bodoh . Sampai besar menyusahkan orang " gumamnya sendiri
Aeris Nalia milik dia . Siapa lelaki itu mahu merampas hak milik dia ?
![](https://img.wattpad.com/cover/354290218-288-k925439.jpg)
YOU ARE READING
Forever Her Protector
RomanceRei Koa Arien x Aeris Nalia Semua yang terjadi , semua sudah diketahui . Rahsia disembunyikan daripada si dia hanya untuk melindungi . " No matter what happened , I always put you first my love " - Rei Koa Arien Dia .. lelaki yang melindunginya...