Bab 29

266 17 2
                                    

Mereka di dalam kereta masing-masing hanya mendiamkan diri . Masih terkejut dengan apa yang terjadi , macam-macam soalan ditanyakan oleh pihak polis

Mereka dapati ada bom masa yang sudah diletak di dalam cafe itu .

" I was so scared .. " Aeris memandang ke arah Rei disebelahnya

" Sa-saya minta maaf .. kalau saya tak- "

" It's okey my love . Benda dah nak jadi .. bukan salah kau " Rei berkata lembut kepadanya

" I can't forgive myself .. kalau aku memang betul-betul hilang kau " kata Rei lagi dengan nada perlahan

" Saya janji akan ikut je cakap awak lepas ni .. " Aeris memegang sebelah tangan Rei dan digenggamnya perlahan . Rei senyum nipis kepadanya

" Aku sayang- "

" Awak ! Jaga-jaga ! "

Baru sahaja Rei mahu menoleh ke kanannya namun kereta mereka sudah pun dirempuh oleh kereta lain di belah kanan mereka dengan laju

Kereta Rei hilang pertimbangan sebelum kereta mereka berpusing dan berada dalam keadaan terbalik

Rei mencelikkan matanya beberapa kali . Terasa serpihan kaca di badan dan mukanya . Rei menoleh ke sebelahnya dengan laju

" A-Aeris ! " Rei dalam keadaan dengan pening akibat berpusing itu berusaha keluar dari keretanya

Dengan kaki berjengket Rei berjalan ke arah Aeris dan membuka pintu kereta itu . Kepala isterinya yang berdarah itu dipegangnya , Rei mula cemas

Dua buah kereta berhenti agak jauh dari kereta mereka sebelum dua orang jejaka menghampiri mereka

" Rei ! " lelaki dan perempuan itu berlari laju ke arah mereka

Mereka berdua turut membantu Rei keluarkan Aeris dari kereta itu dalam keadaan gadis itu masih tidak sedarkan dirinya

" Azri ! Tolong Rei , tak apa aku tolong Aeris " Sara meletakkan sebelah tangan Aeris di belakang lehernya dan membawa gadis itu jauh dari kereta itu

Mereka berempat tunggu jauh dari kereta itu . Azri laju menghubungi pihak hospital dan memberitahu lokasi mereka .

" Ae-Aeris .. " Rei memegang wajah isterinya yang kelihatan pucat itu . Bahagian kepala gadis itu yang berdarah dipegangnya

Sara yang melihat itu mulas panas hati . Laju dia pergi ke keretanya semula . Namun Azri menahan dan bertanya " Kau nak pergi mana ? "

" Aku nak kejar kereta bangs-t tu ! Kau tak nampak apa dia buat dekat diorang berdua ?! " Sara menjawab dengan nada kerasnya

" Bahaya sekarang Sara . Diorang banyak rancangan , kalau kau kejar si tak guna tu belum tentu kau selamat " Azri membalas semula

Sara terdiam namun memandang lama ke arah Azri sebelum mereka berdua memandang ke arah Rei yang sedang memeluk erat tubuh Aeris disisinya

.

Sampai sahaja di hospital mereka segera dirawat namun Rei hanya kecederaan di bahagian kakinya dan luka-luka disekitar lengan dan mukanya

" Mana Aeris ? Macam mana dengan Aeris ? " laju Rei bertanya kepada Azri dan Sara yang menunggu di hadapan wad Aeris itu

" Sabar Rei .. doktor masih tengah rawat dia . " balas Azri

Rei terduduk , wajahnya diraup . Aeris .. tolonglah kuat ..

" Sampai bila kau nak biarkan mereka Rei ? Kau tengok apa diorang dah buat pada korang berdua ? Kau nak tunggu apa lagi ? " Sara bersuara . Dia memandang tajam ke arah Rei yang menunduk itu

" Aku rasa .. kau dah kena mulakan Rei . Bukti semua dah cukup . " tambah Azri pula yang duduk disebelahnya

" Kau ingat aku taknak tangkap anjing tu semua ? Aku cuma tunggu masa . Kau ingat kalau kita tangkap diorang sekarang , diorang akan kena hukum ? Diorang semua penuh dengan helah . " balas Rei semula

" Habis kau nak tunggu dia apa-apakan siapa sekarang ? Kau nak dia bunuh Aeris ? Macamtu ?! " soalan Azri itu membuatkan Rei berasa marah semula

Laju Rei mencekak kolar baju Azri dengan memandang Azri tajam . Sara menghampiri mereka berdua " Dahlah tu ! Rei , kau tahu kitorang risaukan kau juga . Janganlah nak marah dia macam ni " kata Sara

Rei melepaskan kolar baju Azri dengan kasar sebelum dia melepaskan nafas berat . Dia tahu apa yang sepatutnya dia buat ..

Sebaik doktor keluar dari bilik mereka Rei terlebih dahulu mendekati doktor itu .

" Doktor .. macam mana dengan keadaan isteri saya ? " tanya Rei terus kepada doktor itu

" Boleh saya berjumpa dengan encik secara berdua ? "

.

" Kami balik dulu . Kitorang nak kena cari maklumat dia ada dekat mana sekarang " kata Azri sebelum menepuk perlahan bahu Rei seperti memberi kekuatan

" Hati-hati .. " pesan Rei perlahan kepada mereka berdua

Sara dan Azri memandang sesama sendiri . Mereka tahu maksud nada suara itu ..

Rei masuk ke dalam wad isterinya itu dan melihat Aeris yang masih dalam keadaan berbaring tidak sedarkan diri itu . Kepala isterinya yang berbalut itu dipegangnya

" Love .. why it has to be you ? .. kenapa kau Aeris .. kenapa bukan aku yang terlantar dekat sini .. " Rei berkata perlahan dengan nada sebaknya

Remuk hatinya tadi bila dia dengar doktor lelaki itu kata kepadanya risiko Aeris untuk hilang ingatan sangat tinggi . Rei takut benda itu berlaku .. dia tidak mahu Aeris lupakan dirinya

" Please remember me .. tolong .. tolong jangan lupakan aku Aeris . A-aku takut sangat kalau kau lupakan aku .. " Rei memegang tangan Aeris dan diciumnya lama

" Aku gagal lindugi kau .. maafkan aku Aeris .. aku tak dapat lindungi kau dengan baik .. a-aku minta maaf Aeris .. " air mata Rei mengalir laju , apatah lagi melihat keadaan Aeris dihadapannya sekarang

Dia gagal .. dia gagal untuk lindungi gadis ini

Forever Her ProtectorWhere stories live. Discover now